10 Disember 2014

ALI ABD JALIL BUKA TEMBELANG SIAPA KJ SEBENARNYA!!!!


Ali Abd Jalil: Siapa KJ nak halang saya balik Malaysia?

Khairy dilahirkan di Kuwait, hidup di luar negara 20 tahun dan hanya berbelas tahun saja berada di Malaysia.




SHAH ALAM: Rakyat Malaysia yang melarikan diri ke Sweden, Ali Abd Jalil mempersoalkan siapa Khairy Jamaluddin untuk memberinya arahan supaya jangan balik ke Malaysia.

Menurutnya, Menteri Belia dan Sukan itu tidak sampai dua tahun menjadi menteri, sudah berlagak.

“Khairy dilahirkan di Kuwait, hidup di luar negara 20 tahun, dia balik Malaysia pegang jawatan besar, kaya raya dan sekarang dia berada di Malaysia baru berbelas tahun saja,” tulisnya di laman Facebooknya.

Katanya, dia dan Alvin lahir di Malaysia dan membesar di Malaysia.

“Kami pernah dipenjarakan, diugut, dimaki fitnah dan macam lagi.Kami dilayan lebih teruk daripada pendatang haram. Kami baru beberapa bulan keluar negara, tapi pasport kami dibatalkan sedangkan kami tidak pernah ada rekod jenayah,” ujarnya lagi.

“Antara kami (Ali dan Alvin) dan Khairy Jamaluddin, siapa lebih anak Malaysia?” soalnya.

Semalam, Khairy Jamaluddin melalui Twitter miliknya meneruskan kritikan terhadap aktivis Ali Abd Jalil yang dilihat berterusan mengkritik kerajaan dan juga institusi diraja di Malaysia apabila pasportnya dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

“Baguslah. Jangan sesekali balik lagi,” tulis Khairy.

Ali melalui laman Facebook miliknya semalam mendakwa telah mendapat perlindungan daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), dan Perjanjian Dublin bagi pencari suaka politik.

“Saya sekarang adalah pemegang kad asylum di bawah undang-undang PBB dan Perjanjian Dublin. Saya tidak lagi tertakluk di bawah undang-undang UMNO dan Sultan. Sini bukan Malaysia,” katanya.

Ali sebelum ini berdepan dengan tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan kerana didakwa menghina Sultan Johor dan Sultan Selangor melalui Facebook. ~FMT

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...