01 September 2014

KEMELUT PPS MAKIN PANAS, ADA BAIKNYA BERBAHAS SECARA TERBUKA!!!

Guan Eng pertahan PPS, enggan tunduk kepada desakan Khalid

Lim Guan Eng ketika bercakap pada sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, pagi ini turut mencabar Khalid untuk berbahas secara terbuka berhubung isu PPS.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri itu dan tidak akan tunduk sama sekali kepada amaran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap pasukan itu.

Malah Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, pagi ini turut mencabar Khalid untuk berbahas secara terbuka berhubung isu PPS.

"Walaupun kami tidak ada kekuatan seperti Ketua Polis Negara, kami tidak akan tunduk kerana satu nilai sahaja iaitu kebenaran. Kalau beliau (Khalid) benar-benar rasa beliau benar, saya cabar Ketua Polis Negara untuk adakan satu perbahasan terbuka tentang PPS.

"Beranikah anda sebagai Ketua Polis Negara untuk mengadakan perbahasan tentang ucapan beliau yang sungguh tidak bertanggungjawab menggunakan kuasa untuk menangkap (anggota exco) Phee Boon Poh dan juga mengambil keterangan Ketua Menteri," katanya.

Semalam, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh.

Polis turut mengambil keterangan Lim dan Anggota Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer.

Lim berada di IPD Timur Laut sehingga jam 3.30 pagi.

Khalid dalam Twitternya semalam meminta mereka yang bertanggungjawab terhadap PPS segera menyerah diri sebelum polis menyerbu rumah mereka.

Tindakan terhadap PPS diambil berikutan kenyataan Khalid bahawa PPS adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang kerana tidak berdaftar dengan ROS.

Lim tetap menegaskan PPS adalah pertubuhan di bawah kerajaan negeri pimpinan DAP dan akan mempertahankan anggota pasukan itu.

"Kerajaan negeri tidak akan tunduk sama sekali dengan ugutan beliau (Khalid)...mungkin saya nak tanya, bilakah giliran saya untuk ditangkap...saya tunggu sama beliau," katanya.

Read more:http://malaysiagazette.

PPS direhat hingga mahkamah putus kesahihannya



Kerajaan Pulau Pinang hari ini akan memutuskan untuk merehatkan semua anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) selepas kesemua 156 anggotanya ditahan polis semalam.

Dalam kenyataan media exco kerajaan negeri, kesemua anggota PPS akan direhatkan daripada sebarang aktiviti sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

"(Kerajaan negeri) memutuskan untuk merehatkan peserta-peserta PPS daripada semua aktiviti berkaitan di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS," kata kenyataan itu.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menyediakan bantuan guaman dan kewangan untuk membantu 156 anggota PPS danExco kerajaan negeri Phee Boon Poh yang ditahan polis, untuk menghadapi proses perundangan mahkamah.

"Semua peserta PPS yang ditahan itu akan diberikan sumbangan RM200 setiap hari ditahan serta apa-apa kerugian munasabah yang dialami semasa dalam tahanan.

"Semua peguam yang perlu akan dilantik oleh pihak kerajaan negeri untuk membela mereka serta membuktikan kesahihan PPS," kata kenyataan itu.

Mesyuarat itu juga mendesak supaya kesemua 135 anggota PPS yang ditangkap oleh polis dibebaskan dengan segera dan tidak terus dianiayai dengan perintah reman, selepas 21 peserta PPS dibebaskan dengan jaminan polis pada awal pagi ini. ~MK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...