31 Ogos 2014

SEMBANG NAK BINA PROJEK BILION-BILION...DEWAN NAK RUNTUH PUN HANGPA BUAT BODOH!!!



Dewan orang ramai di Kampung Alor Gandak, Mukim Limbong memerlukan bantuan pembinaan semula.

LANGGAR - "Hanya menunggu masa untuk rebah." Demikian ungkapan penduduk Kampung Alor Gandak, Mukim Limbong, dekat sini setiap kali bertanya mengenai keadaan dewan orang ramai kampung itu yang dikatakan akan roboh pada bila-bila masa.

Dewan orang ramai yang dahulunya rumah seorang penduduk di kampung itu telah dikatakan diwakafkan dan perlu dibina semula bagi memudahkan mereka menjalankan sebarang aktiviti.

Suriani Zainol, 38, berkata, penduduk sangat memerlukan dewan orang ramai yang baru supaya segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar.

Menurutnya, tiang dan papan dewan itu dikatakan sudah banyak dimakan anai-anai hingga beberapa papan dinding sudah rosak dan roboh.

"Manakala tiangnya pula semakin goyah dan setiap kali ribut segala aktiviti terpaksa dihentikan gara-gara bimbang keselamatan peserta yang berada di dalam dewan itu.

“Baru-baru ini, peserta belajar memasak terpaksa berlari menyelamatkan diri ke dewan tadika berdekatan kerana ribut yang kuat menjatuhkan beberapa keping papan dan menggoyangkan dewan itu," katanya katanya yang juga Ketua Wanita Umno Kampung Alor Gandak.

Katanya, kejadian itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya sudah beberapa kali hingga menjejaskan segala aktiviti atau program yang dirancang.

Belum terima bantuan

Menurut Suriani, pihaknya sudah beberapa kali memohon bantuan dari pelbagai pihak sejak tiga tahun lalu tetapi sehingga kini belum ada sebarang bantuan diberi.

"Permohonan bagi membina semula dewan orang ramai itu juga turut mendapat sokongan dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang selalu membantu aktiviti di kampung ini," katanya.

Penduduk aktif jalankan pelbagai aktiviti

Bagi Rosnah Mohd Noor, 46, adalah merugikan jika dewan itu ditutup kerana masalah struktur binaan yang semakin reput kerana anai-anai.

"Penduduk di sini aktiviti menjalankan aktiviti termasuk dari pihak Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) kampung itu dengan mengadakan kelas memasak, bacaan Yasin dan kelas tambahan setiap minggu.

“Dewan ini sangat penting kerana ia menyatukan seluruh penduduk di kampung itu dengan turut mengadakan pelbagai program keagamaan untuk ibu bapa dan kanak-kanak di kampung itu," katanya.

Menurutnya, jika binaan dewan itu kukuh pihaknya berhasrat menjadikan dewan itu sebagai surau kerana selama ini penduduk terpaksa berjemaah di surau kampung berdekatan.

"Dewan ini sudah berusia lebih 20 tahun dan didirikan dengan kayu serta papan yang terpakai.

"Keadaannya yang semakin uzur perlu diganti semula dan memerlukan sumbangan dari pelbagai pihak supaya aktiviti penduduk kampung dapat diteruskan," katanya. ~SH

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...