31 Ogos 2014

TERKINI! KERAJAAN NEGERI PP BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP PPS, HARAP KPN JELAS

KEMASKINI 7.45PM

CM di soal siasat sejam yg lalu bagi membela 154orang tahanan dan YB2 masih menunggu di luar IPD tanpa berganjak...menghayati sebuah kemerdekaan

SUMBER


Anggota PPS ketika menyertai perbarisan merdeka pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI

PPS: Serah diri atau kami serbu rumah



Khalid Abu Bakar. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada pihak yang terlibat dengan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) supaya menyerah diri sebelum pihaknya membuat serbuan di rumah masing-masing.

“Tindakan segera Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ke atas PPS di Pulau Pinang. Eloklah mereka yang bertanggungjawab ke atas PPS ini segera menyerah diri sebelum kami serbu kediaman,” ujarnya menerusi laman mikro Twitter miliknya, hari ini.

Pagi tadi, 250 anggota PPS Pulau Pinang ditangkap selepas menyertai perbarisan sambutan hari merdeka peringkat negeri yang diadakan di Georgetown.

Mereka ditahan oleh sepasukan polis pada jam 10.15 pagi sejurus selepas menamatkan upacara rasmi perbarisan yang merupakan sebahagian daripada perarakan tahunan diadakan di Padang Kota Lama.

Mereka ditahan di Balai Polis Lebuh Pantai yang berhampiran untuk disoalsiasat. Polis mengepong balai polis itu dari dimasuki orang luar dan dikawal Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Khalid pada 26 Ogos lalu berkata, PPS bukanlah pertubuhan yang sah kerana ia tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini tegas mempertahankan PPS dan akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang mempertikaikan pasukan berkenaan.

Beliau juga turut mengingatkan Khalid supaya 'fikir masak-masak' sebelum mengambil tindakan. ~ Sinar Harian


250 PPS ditahan lepas perarakan merdeka

Polis menahan kira-kira 250 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang selepas menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade di negeri itu pagi ini.

Pasukan itu, yang berpakaian ungu, dibawa ke balai polis Beach Street, beberapa meter daripada tempat itu, kira-kira jam 10 pagi, menurut Wong Hon Wai, setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.



“Mereka semua diminta ke balai polis untuk memberikan kenyataan,” kata Wong, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Air Itam.

Anggota parlimen Bayan Baru daripada PKR Sim Tze Tzin pula berkata, kumpulan itu tidak ditahan pada masa ini tetapi akan dihantar ke ibu pejabat polis Timur laut supaya kenyataan mereka dapat dirakamkan.

Kumpulan itu dikawal oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang lengkap bercota dan berperisai.

Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat menemani kumpulan itu di balai polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri negeri.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu. ~mk


Statement ringkas Keadilan Cabang Bayan Baru
Keadilan Cabang Bayan Baru kesal dengan tindakan PDRM yang membuat tangkapan Pasukan Peronda Sukarela pada sambutan hari Kemerdekaan selepas aktiviti dijalankan di sini pagi tadi.Ini juga mengugat keharmonian ketika hari kemerdekaan sedang dinikmati semua rakyat.
Cabang B.Baru juga mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela PPS yang di tubuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bertaraf state agencies. Mereka membantu rakyat dalam pelbagai aktiviti seperti mengawal traffik, membantu mangsa kemalangan, meronda menjaga keselamatan komuniti. Ini semangat sumbangan kepada masyarakat dan negara yang harus dipupuk pada hari kemerdekaan.
Penahanan mereka membuktikan sekarang ini pihak polis tidak peka kepada mereka yang banyak membantu dan menyelesaikan masalah dalam semua hal ehwal keselamatan di kampung-kampung serta taman perumahan dalam membantu PDRM mengawal jenayah serta kebajikan penduduk setempat.
Bahkan untuk pengetahuan Datuk Seri Ketua Polis Negara, Jawatankuasa Keselamatan Kebajikan Kampung (JKKK) juga pertubuhan yang tidak berdaftar, adakah mereka juga pertubuhan haram?PDRM sepatutnya membantu Pasukan Peronda Sukarela untuk bekerjasama dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
Justeru itu Keadilan Cabang B.Baru mendesak supaya pihak PDRM membebaskan mereka segera tanpa syarat.
Aidil Ibrahim
Ketua Penerangan Keadilan Cabang Bayan Baru

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...