GAMUDA pemegang konsensi bukan mejoriti kini membeli saham dari GLC PNB dan Amcorp untuk menguasi sepenuhnya bagi mengaut keuntungan berulang dan juga untuk menaikkan kadar tol walaupun di bantah rakyat.
MUNGKIN SETAKAT INI SELAMAT LAGI KERANA PKNS MENOLAK TAWARAN LUMAYAN DARI MENJUAL SAHAM 30% MILIKNYA....JADI SEKIRANYA SELANGOR DIKUASI OLEH BN SUDAH PASTI PERKARA INI DISENYAPKAN.....DAN KADAR TOL DINAIKAN TANPA BANTAHAN.........FIKIRLAH MAINAN UMNO DAN KRONINYA HANYA MEMBELA MELAYU DARI MULUT SAHAJA......
PKNS tolak tawaran RM420 juta
MINGGU ini menyaksikan Gamuda Bhd berjaya menaikkan pegangan saham dalam syarikat konsesi Lebuhraya Shah Alam (LSA), Kesas Holdings Bhd (Kesas) kepada 70 peratus apabila Permodalan Nasional Bhd (PNB) setuju menjual 20 peratus saham miliknya dalam Kesas.
Namun, seperti dijangkakan pemerhati industri, Gamuda tidak dapat memiliki 100 peratus saham Kesas apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menolak tawaran terbaru Gamuda sebanyak RM420 juta untuk membeli 30 peratus pegangan PKNS dalam Kesas.
Gamuda yang asalnya memiliki 30 peratus saham Kesas membuat tawaran baru itu kepada PKNS dan PNB pada 23 Disember lalu.
Gamuda dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia, minggu ini, memaklumkan tawaran itu telah pun tamat pada 30 Disember lalu, dan tiada tempoh lanjutan diberikan.
"Pada tarikh tutup tersebut, Gamuda menerima persetujuan PNB berhubung tawaran baru ini. Maklumat penuh transaksi akan diumum sebaik perjanjian jual beli ditandatangani," menurut Gamuda.
Pada 4 November lalu, Gamuda membuat tawaran pertama sebanyak RM250 juta kepada PNB dan Amcorp Properties Bhd yang masing-masing memegang 20 peratus saham dalam Kesas, dan sebanyak RM375 juta kepada PKNS namun tawaran itu ditolak PNB dan PKNS.
Amcorp Properties bersetuju menjual pegangannya pada nilai RM250 juta namun nilai itu kemudian dinaikkan kepada RM280 juta oleh Gamuda, selari dengan tawaran baru dibuat kepada PNB dan PKNS.
Penganalisis Hong Leong Investment Bank sebelum ini menjangkakan PKNS tidak akan menjual pegangannya dalam Kesas kepada Gamuda berikutan iklim politik yang sensitif berhubung isu tol dan lebuh raya yang sedang menjadi perhatian rakyat.
Keuntungan Gamuda dijangka naik
Persetujuan PNB menerima tawaran baru itu menyebabkan penganalisis menjangka pendapatan Gamuda akan meningkat antara lima hingga enam peratus bagi tahun kewangan 2014 sehingga 2016.
"Kesas menyumbang antara RM30 juta hingga RM40 juta pendapatan bersih kepada kumpulan Gamuda mengikut anggaran kami dan pembelian ini berpotensi meningkatkan pendapatan berulang Gamuda," menurut penganalisis Public Investment Bank dalam satu nota, Selasa lalu.
Sementara itu, penganalisis Kenanga Research berkata, pemilikan penuh Kesas oleh Gamuda akan membolehkan syarikat itu tambah pendapatannya dengan ketara.
"Kesas adalah syarikat yang sangat menguntungkan dan jika Gamuda memiliki 100 peratus pegangan saham, Kesas dengan mudah boleh menambah RM100 juta kepada pendapatan Gamuda sekurang-kurangnya bagi tempoh 10 tahun akan datang, sebelum konsesi itu tamat pada 2024.
"Menurut pengurusan (Gamuda), untung bersih Kesas adalah kira-kira RM120 juta setahun jadi jika (pembelian semua saham) ini berjaya, kami akan menaikkan jangkaan pendapatan Gamuda sebanyak 12.9 peratus dan 11.3 peratus bagi 2014 dan 2015," menurut Kenanga Research dalam nota yang dikeluarkan pada 23 Disember lalu.
Kesas ditubuhkan pada 1993 untuk membina dan mengendalikan LSA serta mengutip tol bagi tempoh 28 tahun dan sembilan bulan.
Selain Kesas, Gamuda turut mempunyai pegangan dalam Lebuh Raya Damansara-Puchong, Lebuh Raya Sprint dan Lebuh Raya Smart.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan