13 Oktober 2013

PANAS ! CALON KETUA WANITA DAKWA UJUD PENGUNDI HANTU !!!


Post Pic



Wanita hempas mikrofon dan dakwaan pengundi hantu

Pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno hari ini merakamkan peristiwa luar jangkaan apabila calon Ketua Wanita Bahagian Petaling Jaya Selatan, Norkhaila Jamaluddin mendakwa wujud pengundi hantu dalam pemilihan bahagian itu.

Lawannya iaitu penyandang jawatan, Munaliza Hamzah menang jawatan tersebut dengan 198 undi berbanding Norkhaila yang mendapat 196 undi.

Menurut Utusan, Norkhaila mendakwa jumlah kehadiran perwakilan adalah seramai 389 orang sedangkan jumlah undi yang diterima adalah 401 undi termasuk 7 undi rosak.

"Jadi mana pengundi hantu itu dan saya kata ada penipuan besar di sini.

"Jadi saya harap perkara ini dapat diselesaikan kerana dengan cara beginilah orang fed up (bosan) dengan Umno ini," katanya kepada pemberita.

Beliau dilapor akan membuat bantahan pada malam ini untuk dihantar kepada Umno Selangor dan Umno Malaysia.

Di Gua Musang pula, seorang perwakilan dalam pemilihan Wanita dilaporkan bertindak menghempaskan mikrofon ke lantai apabila senarai pencalonan cawangannya tidak diterima dan ditolak.

Insiden jam 11 pagi berlaku apabila beliau bangun dan mencapai mikrofon untuk bercakap.

Namun, ia dipadamkan sekaligus mengundang amarahnya lalu bertindak menghempaskan mikrofon terbabit ke lantai.

Di Tampin, Utusan melaporkan mesyuarat Pemuda UMNO tegang selepas 99 ahli perwakilan bertindak keluar dewan beramai-ramai sewaktu mesyuarat berlangsung.

Ia berlaku kerana mereka tidak berpuas hati dengan kiraan undi perwakilan ke sidang perwakilan Umno bahagian Tampin pada 19 Oktober ini.

Calon Ketua Pemuda Umno bahagian, Saiful Adly Abd Wahab mendakwa pengiraan yang dibuat itu tidak sama dengan jumlah yang dikira oleh wakilnya.

Di Pasir Gudang pula, kekecohan turut berlaku apabila Pengerusi Tetap Pemuda Umno bahagian, Moeinuddin Zakaria menghalau wartawan dari tempai mesyuarat di Dewan UniKL di Bandar Seri Alam.



Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengekalkan jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Umno dengan mudah pada pemilihan dua sayap parti itu, Sabtu.

Khairy setakat ini memperoleh 115 undi daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara manakala Shahrizat mendapat 98 undi, menurut angka tidak rasmi.

Kerusi Ketua Puteri Umno pula dimenangi pendatang baru, Mas Emieyati Samsudin yang menewaskan Jamilah Hanim Othman.

Shahrizat tiba di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira jam 11 malam dengan mengangkat kedua-dua tangannya sambil dikerumuni penyokong beliau di hadapan berpuluh-puluh jurugambar media.

Mengikut keputusan rasmi setakat jam 10.30 malam, Khairy menerima 34 undi.

Tidak seorang pun daripada pencabar Menteri Belia dan Sukan itu memperoleh sebarang undi.

Keputusan rasmi juga meletakkan Shahrizat di hadapan dengan sokongan 35 bahagian.

Pencabar Shahrizat, bekas timbalan menteri Datuk Maznah Mazlan mendapat hanya satu undi setakat jam 10.30 malam sementara seorang lagi pesaing, Raihan Suleiman Palestin masih belum menerima sebarang undi.


Bagi jawatan Ketua Puteri Umno, Mas Ermieyati terus mendahului dengan 35 undi berbanding pencabar tunggalnya, Jamilah Hanim Othman yang mendapat sokongan 12 bahagian.

Pemilihan bagi ketiga-tiga sayap Umno itu menyaksikan penyertaan 220,000 perwakilan layak mengundi berikutan pindaan kepada perlembagaan Umno.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di PWTC selepas jam 10 malam.

Najib dan Muhyiddin bulan lalu mengekalkan jawatan masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Umno selepas tiada pemimpin mencabar kedudukan mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...