Ribuan penunjuk perasaan berarak di Bangkok dalam usaha menggulingkan Yingluck Shinawat kerana dituduh menjadi proksi kepada abangnya, Thaksin.
Jelas penganjur protes, matlamat mereka bukan hanya menggulingkan Yingluck tetapi menyekat pengaruh Thaksin di dalam politik negara gajah putih itu.
Pada Jumaat, penunjuk perasaan berarak ke ibu pejabat tentera bagi mendapatkan sokongan menggulingkan perdana menteri.
Bagaimanapun, tentera Thailand bertegas tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.Selain itu, protes turut diadakan di luar ibu pejabat Parti Pheu Thai yang dikawal ketat polis.
Pasukan tentera ditempatkan di Bangkok
BANGKOK, THAILAND. Pasukan tentera telah ditempatkan di ibu negara Thailand, Bangkok bagi menyokong pihak polis melindungi bangunan-bangunan rasmi daripada penunjuk perasaan anti kerajaan, lapor BBC.
Menurut saksi, gas pemedih mata telah dilepaskan apabila penunjuk perasaan merempuh sekatan di luar Rumah Kerajaan.
Aktivis mengancam untuk memasuki bangunan kerajaan termasuk ibu pejabat Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra.Hari ini merupakan hari kelapan protes berlaku yang bertujuan mengguling Yingluck.
Terbaru, dua orang dilaporkan terbunuh dan berpuluh orang cedera dalam pertempuran antara anti kerajaan dengan pro-kerajaan, semalam.Sebelum ini, hanya seorang dilaporkan terbunuh dan tiga cedera.
Wakil BBC di Bangkok, Jonah Fisher berkata, aktivis anti-kerajaan telah memasuki beberapa stesen TV dan sedang berunding untuk mengambil alih ‘programming’.
Menurutnya, situasi itu lebih ke arah cubaan rampasan kuasa.
Bangkok Post melaporkan, kumpulan penunjuk perasaan anti-kerajaan itu telah mengambil alih stesen TV Thai, PBS.
Mereka telah mengarahkan PBS untuk menyiarkan ucapan yang dibuat pemimpin protes, kata laporan itu.Yingluck pula berkata kerajaan akan menggunakan pasukan yang paling minimum untuk mengawal protes tersebut.
Awal hari ini, penyokong pro-kerajaan memakai t-shirt merah berkata mereka menamatkan himpunan di stadium Bangkok untuk memberi laluan kepada pasukan keselamatan mengawal demonstrasi pihak lawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan