02 Disember 2013

HANGIT ! TARIF LETRIK NAIK 15% ...BN @ BERI NIKMAT


Tarif elektrik naik 15 peratus mulai Januari


Putrajaya hari ini mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98 % atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh yang akan berkuatkuasa Januari tahun depan.

Kenaikan itu diumumkan oleh Menteri Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Pengumuman itu bakal mengundang kemarahan orang ramai berikutan rancangan Putrajaya untuk mengurangkan subsidi minyak bagi pembekal kuasa pada suku pertama tahun 2014.


Setiausaha kementerian, Datuk Loo Took Gee dilaporkan berkata, pengurangan subsidi minyak bagi bekalan kuasa diperlukan untuk kestabilan ekonomi.

Kadar elektrik semasa ketika ini adalah 33.5 sen per KWH, iaitu 8.5 sen atau 25.3 % di bawah kos asal pada kadar 42 sen KWH. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...