02 Disember 2013

TERHOT ! KERAJAAN TALIBAN DI KEDAH TIDAK MESRA SEJARAH. #kedahamanmakmur


Kerajaan Taliban di Kedah tidak mesra sejarah




"Kalau masjid diroboh baru orang nak bising".

"Tak ada beza dengan Taliban yang merobohkan kuil".

"Kalau Angkor Wat ada di Malaysia, 50 tahun lepas sudah diratakan".

"Cubaan terancang untuk mengubah sejarah".

"Adakah ini caranya mereka mempromosikan ketuanan Melayu Islam?"

Runcing kedengaran, tetapi itulah antara komen dan pandangan rakyat tentang perobohan tapak candi Sungai Batu yang berlaku di Merbok, Kedah.

Monumen yang berusia lebih 1,200 tahun itu jauh lebih tua daripada Angkor Wat, namun kewujudannya di Semenanjung Emas tidak hanya dilupakan, bahkan sedang giat dirobohkan.

Beginilah rupa jika manusia sesat menganuti agama materialistik kewangan. Atau mungkin mereka risau akidah Muslim bakal tergugat?

Lebih mengejutkan, kerajaan negeri Kedah dengan rendah dirinya mengakui, mereka tidak punya kuasa untuk menghalang kemusnahan tapak arkeologi yang juga masih di dalam permohonan untuk mendapatkan status tapak warisan dunia Unesco oleh Badan Warisan Malaysia.

Malah, Timbalan Ketua Menteri P Pinang, Dr P Ramasamy mengesahkan, Pejabat Tanah Merbok sendiri yang memberikan tabik hormat kepada pemaju untuk membersihkan tanah itu berdasarkan tiada laporan kewujudan tapak bersejarah.

Tapak sejarah ini juga menggamit kedatangan ribuhan pelancong yang datang dari dalam dan luar negara.

Namun, di atas nama batu bata kemajuan moden, nilai sejarah bukan hanya terus merudum tetapi kini tercungap-cungap kelemasan dalam lopak ketamadunan.

Entah Tuhan apa yang mereka pertuhankan, sehingga titis sejarah yang masih tinggal kini boleh dilenyapkan oleh ketamakan manusia oleh helaian wang kertasnya. Setapak kita ke hadapan bukan bermakna beribu tapak sebelumnya boleh dibiar diperkosakan.

Sebagaimana hebohnya pelakon filem Fast & Furious mati, sepatutnya sebegitu heboh jugalah penyebaran kancah ini. Kematian warisan harta generasi akan datang ini perlu lebih terasa peritnya.

Rakyat tidak boleh termakan berita hiburan semata, tetapi harus lebih peka dengan kemusnahan nilai sejarah negara mereka. 



BERITA BERKAITAN :

PKR: Roboh candi Lembah Bujang macam Taliban

Perdana menteri dan menteri besar Kedah harus bersuara berhubung perobohan kawasan candi bersejarah di Lembah Bujang, yang disifatkan anggota Parlimen pembangkang sebagai "kebudayaan tak bertamadun".
N Surendran (kiri), wakil rakyat Padang Serai, berkata, seluruh negara terkejut dengan pemusnahan stuktur candi yang dibina pada abad kelapan di tapak arkeologi itu.

"Perobohan, yang dilakukan pemaju swasta, tindakan kebudayaan tak bertamadun, setanding dengan perobohan Buddga Bumiyan oleh Taliban.

"Ia amat memalukan negara kita," katanya yang juga naib presiden PKR.

Lembah Bujang, menurut Surendran, tapak arkeologi paling penting di Malaysia dan terkenal di seluruh Asia Tenggara.

"Tidak boleh difahami kerana kawasan itu tidak diwartakan sebagai tapak sejarah.

"Bagaimanapun kerajaan persekutuan dan Kedah membenarkan perkara ini berlaku?" soalnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...