24 November 2013

TERKINI ! NAIB PRESIDEN PAS... SALAHUDDIN, TUAN IBRAHIM DAN HUSAM YANG TERPILIH







SHAH ALAM - Salahuddin Ayub (penyandang), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musa (penyandang) menang dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan Muktamar Tahunan Pas ke-59 di Stadium Melawati, hari ini.

Salahuddin memperolehi (917) undi manakala Tuan Ibrahim memperoleh undi (849) dan Husam (520).

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar memperoleh 504 undi dan Abu Bakar Chik hanya memperoleh 324, kalah dalam perebutan jawatan tersebut.

Keputusan ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi sebentar tadi.

Keputusan pemilihan Naib Presiden Pas yang sepatutnya diumumkan semalam namun ditunda hari ini kerana proses pengiraan semula terpaksa dilakukan berikutan terdapat perbezaan kiraan kertas undi calon.



AJK PAS Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat

1) Idris Ahmad (927)
2) Mazlan Aliman (840)
3) Nizar Jamuluddin (688)
4) Amiruddin Hamzah (679)
5) Dr Hatta Ramli (649)
6) Nasruddin Hassan (645)
7) Nik Abduh (627)
Mujahid Yusuf Rawa (626)
9) Dzulkefly Ahmad (610)
10) Hanipa Maidin (735)
11) Kamaruddin Jaafar (562)
12) Khalid Samad (643)
13) Nik Zawawi Salleh (518)
14) Syed Azman (476)
15) Riduan Mohd Noor (469)
16) Mahfodz Mohamad (449)
17) Dr Siti Mariah (437)
18) Nuridah Salleh (424)

Naib presiden PAS: Pengiraan semula, keputusan terkini

dikemaskini Seperti yang dijangkakan, persaingan bagi tiga jawatan naib presiden PAS adalah sangat sengit danmembawa kepada pengiraan semula undi.

Persaingan kali ini menyaksikan penyandangnya, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa mempertahankan jawatan masing-masing.

Ketiga-tiga penyandang itu dicabar oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abu Bakar Chik.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan, Asmuni Awi, mengumumkan proses pengiraan semula itu, selepas mengumumkan keputusan bagi jawatan timbalan presiden yang dimenangi oleh Mohamad Sabu.

Manakala Timbalan Pengerusi Tetap, Hussein Ibrahim pula berkata keputusan pemilihan jawatan naib presiden diumumkan esok.

Dalam sidang media kemudiannya, Asmuni berkata pengiraan semula undi dijalankan kerana terdapat perbezaan undi "sangat rapat" antara kelima-lima calon yang bertanding.

"Kami bertanyakan kepada wakil-wakil calon dan mereka setuju untuk pengiraan semula jumlah undi bagi naib presiden," katanya.

Asmuni yang juga seorang peguam berkata beliau memberi jaminan keputusan jawatan nombor tiga dalam itu akan diumumkan jam 9.30 pagi esok.







"Kita akan habiskan pengiraan malam ini. Tidak ada kiraan semula selepas ini," katanya.

Sebanyak 1,057 perwakilan yang mengundi dan sebanyak lima undi rosak dicatatkan, tambahnya.

Sidang media itu turut dihadiri Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Muktamar Datuk Takiyuddin Hassan. -mk

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...