30 November 2013

KISAH BENAR PENCEN TAK CUKUP , BEKAS WAKIL RAKYAT PUN HIDUP SUSAH...-MUBARAK

Mubarak pula cadang gaji YB dinaikkan




Abdul Aziz Rahman

APA PENILAIAN TS KHALID ADALAH BENAR, HANYA PEMIMPIN BODOH SOMBONG DAN KEPURAAN YANG NAMPAK LEBIH-LEBIH.....

TEMERLOH - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menggesa kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji wakil rakyat di peringkat Parlimen dan Dun memandangkan hampir 20 tahun elaun mereka belum dinaikkan.

Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, kadar kenaikan yang difikirkan layak adalah antara 100 ke 150 peratus memandangkan keadaan ekonomi dan harga barangan keperluan yang tinggi.

Menurutnya, kakitangan awam dan kerajaan sudah diberikan kenaikan gaji tetapi wakil rakyat belum menerima kemudahan itu.

“Apabila ia naik, gaji dan elaun pencen ahli Mubarak juga akan berubah kerana saya tahu keadaan kehidupan bekas wakil rakyat tidak semuanya baik,” katanya ketika ditemui di Temerloh semalam.

Abdul Aziz menganggap menaikkan kadar elaun wakil rakyat pada masa sekarang adalah wajar berikutan tugas dan tanggungjawab mereka semakin mencabar untuk membangunkan rakyat dan negara.

Bagaimanapun katanya, kenaikan itu perlulah setimpal dengan keadaan semasa dan seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara.

Menurutnya, kenaikan elaun sehingga 300 peratus seperti dilakukan Kerajaan Selangor adalah tidak munasabah malah keadaan itu mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah kenaikan gaji atau elaun kakitangan awam, swasta atau elaun wakil rakyat.

“Kerajaan negeri perlu mengambil kira beberapa faktor seperti kemampuan kewangan mereka untuk melaksanakannya, kalau perlu naik, ia mestilah berpatutan.

“Saya nasihatkan mereka yang memegang tampuk pemerintahan negeri usah sewenang-wenangnya membuat keputusan menaikkan elaun tanpa mengambil kira keadaan hutang negeri, pertumbuhan ekonomi dan sebagainya” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...