24 November 2013

TERHANGAT ! LELAKI MATI BAKAR DIRI AKIBAT DIUGUT OLEH GRO.....!!??


tbakar-diri

Cinta punca bakar diri

Kuala Lumpur: Angkara cinta dipercayai menjadi punca seorang lelaki yang juga anak seorang tokoh korporat membakar diri di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, lelaki berusia 20 tahun terbabit dikatakan baru tiba di rumahnya selepas keluar berjumpa rakan sebelum meminta minyak petrol daripada bapanya dan masuk ke dalam biliknya.

Sumber berkata, pelajar jurusan ekonomi dari sebuah universiti luar negara itu membakar diri di bahagian balkoni biliknya menggunakan minyak petrol itu sebelum ditemui ibunya dalam keadaan rentung lebih 80 peratus.

“Sebelum kejadian, mangsa berjumpa rakan dan berlaku pergaduhan. Mangsa disyaki mempunyai hubungan dengan seorang penari kelab malam. Wanita terbabit disyaki mengandung anak hasil hubungan mereka.

“Wanita terbabit menyuruh mangsa bertanggungjawab, namun mangsa enggan. Wanita itu memberitahu seorang rakan mereka yang dipercayai mengugut mangsa supaya bertanggungjawab,” katanya.

Menurut sumber, hubungan terbabit menyebabkan mangsa mengalami tekanan lalu bertindak nekad membunuh diri dengan membakar dirinya.

Katanya, kejadian itu hanya disedari ibu mangsa kira-kira jam 4 pagi ketika bangun daripada tidur dan melihat asap dari balkoni bilik anak lelakinya.

Sumber berkata, ibu mangsa masuk ke dalam bilik mangsa dan terkejut melihat anak lelakinya rentung.

Berikutan itu, bapa mangsa dimaklumkan mengenai kejadian itu sebelum menghubungi polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. 


Sumber myMetro

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum admin.

Posting ini melibatkan informasi sulit pihak polis dan boleh diambil tindakan kerana disebarkan kepada pihak awam.

Mohon kerjasama dan jasa baik untuk berhenti menyebarkan gambar siasatan serta maklumat peribadi mangsa berserta keluarga mangsa.

Hormatilah perasaan dan maruah keluarga yang masih berdukacita dengan kejadian ini.

Kerjasama admin amat dihargai.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai orang Islam yg tak cukup ilmu, mohon ada ahli dalam bidang agama Islam(yang ikhlas sahaja) memberi hukum berkenaan gambar semacam nie..Tapi pada aku, dengan melihat gambar sebegini menambah geram kepada ahli agama(pencacai kerajaan) yg tidak menjalankan tugas mentarbiah kerajaan dan rakyat. Dah makin banyak kes bunuh diri dikalangan orang Islam sekarang.

Gambar pembuhuhan pegawai ambank tempohari pula menambah kebencian kepada mereka yang terlibat memalsukan ic sehingga jenayah pati ini makin berleluasa. Aku akan transformasikan kebencian ku dalam pru seterusnya nanti..

Bagi mereka yg mendengar berita dari tv tiga suku atau utusek pula mungkin hanya kesian dengan apa yang terjadi. lepas tu lupa....sehingga ia berulang lagi..dan lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...