Spyshot : gambar rasmi pertama Proton Perdana baharu versi ‘rebadge’ Honda Accord didedahkan!
‘Rebadge’ merupakan perkataan dari Bahasa Inggeris, yang bermaksud melancarkan sesuatu produk di bawah jenama atau logo baharu. Dalam dunia automotif, Proton cukup dikenali dalam menghasilkan produk-produk ‘rebadge’ berasaskan kenderaan keluaran Mitsubishi.
Kali terakhir Proton mengeluarkan model kereta baharu yang dijenamakan semula ialah melalui pengenalan model Proton Inspira yang dilancarkan secara rasmi pada 10 November 2010, sebuah model sedan dalam segmen C yang diasaskan daripada model Mitsubishi Lancer.
Terkini, Proton masih mengeluarkan kereta baharu hasil daripada projek ‘rebadge’, tetapi kali ini bukan lagi dengan Mitsubishi. Buat pertama kalinya Proton telah bekerjasama dengan Honda untuk mengeluarkan model pengganti Perdana, dengan menggunakan model Honda Accord generasi ke-8 sebagai asas pengeluarannya.
Sebelum ini anda sudah melihat ‘spyshot’ model pengganti Proton Perdana iaitu sebuah Honda Accord berwarna hitam dengan logo Proton yang ditutup sedang menjalani ujian di jalan raya, dan kini giliran gambar rasmi Perdana-Accord baharu pula bocor di internet.
Gambar di atas dengan jelas menunjukkan itulah Proton Perdana baharu yang sebenarnya adalah model Honda Accord generasi ke-8 yang menggunakan logo Proton.
Proton masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bilakah model Perdana baharu versi ‘rebadge’ Honda Accord ini akan dilancarkan, namun jangkaan sebelum ini menyebut pelancarannya akan diadakan dalam bulan Disember 2013 akan datang.
8 ulasan:
utk apa ujian dijalanraya,kerana ini model asal honda accord yg telah pun berada dipasaran paling tidakpun sudah 5 tahun.proton jgn buat kerja bodoh dan menghabiskan duit.
Proton mmg bodoh pon...tgk korea...dulu sama level ja dgn proton tp skrg sudah maju..mcm kia dan hyundai...dulu korea pon guna teknologi dari jepun...now skrg dah bikin sendri
Korea dlu guna teknologi Jepun, skrg bikin sendiri. Kita? Terbalik... ada teknologi sendiri tp at last ciplak org punya jugak. perubahan yg proton buat cuma design lambang then lekat dkt depan honda...kahkahkah
Kita nak buat ketip kuku pun tak boleh. usah nakbuat kereta.....sepit kuku pun import dari China,,,
Setakat tu je la akai madey!!!
Hebat ciptaan anak tempatan hehehr
Cett...rakyat pn bijak pandai ngomen je...memey la negara x maju....
Cett...rakyat pn bijak pandai ngomen je...memey la negara x maju....
Catat Ulasan