08 Mei 2013

TERPANAS! KELANTAN AKAN IKUT TERENGGANU DAN KEDAH ?

Masalah Husam Isu Pertama PAS Selepas Ketiadaan Nik Aziz


Naluri saya gemar untuk menyorot mengenai kekalahan PAS Kedah sehingga kerajaannya negeri 'rebah bertungging'. Saya geram dan berminat untuk mengulas fasal apa kerajaan PAS Kedah jatuh. Ada sesuatu yang hendak saya lepaskan mengenai PAS Kedah. Saya sudah lama menyimpan dendam ini dan akan meluah hari ini selepas PAS kalah teruk. Saya tidak mahu menjadi jahat mengkritik dalam masa Azizan atau PAS di ambang berperang.


Tetapi memandangkan gelora politik di negeri saya Kelantan lebih panas apa berlaku di Kedah saya tangguhkan dulu. Rasanya ramai yang ternanti-nanti apakah komen dan ulasan saya mengenai Kelantan, bukan pencapaian PAS dalam pilihan raya tetapi pembentukan kerajaan Kelantan yang baru.

Di Kedah sudah sah Azizan Razak tidak lagi menjadi MB Kedah. Anak Mahathir, Mukhriz, 52 sudah pun mengangkat sumpah sebagai MB Kedah yang baru. Seluruh orang PAS Kedah perlu merasa malu dan Azizan Razak terutamanya kena tanggung kemaluan itu. Tahniah kepada Mukriz. Akhirnya permainan kali ini dimenangi anda dan bapa anda, Mahathir. Kemenangan disebabkan kerana pihak PAS degil dan keras kepala.

PAS Kedah hari ini senyap sendu. Negeri itu bagi PAS seperti dimakan geruda. Berakhirlah sebuah kerajaan yang diagung-agungkan. Ternyata PAS Kedah tidak pandai menjaga negeri. Apa dialami Terengganu tahun 1999 sama dengan dialami PAS Kedah. Kerajaan PAS Terengganu yang dibentuk tahun 1999 akhirnya meniarap makan tanah tahun 2004.

Kembali kepada Kelantan. Semalam Ahmad Yaacob sudah mengangkat sumpah menjadi MB Kelantan yang baru. Barisan Exco juga sudah dibentuk, khabarnya. Nama-nama atau senarai sudah disediakan dan akan mengangkat sumpah memegang jawatan masing-masing. Mohd Amar Nik Abdullah,51 yang sebelum ini galak menyusun calon-calon PAS bersama birasnya Zulkefli Mamat dilantik menjadi TMB. Akhirnya usaha tidak pernah mengenal kalah dan secara senyap Mohd Amar itu berjaya juga. Inilah politik dan keajaibannya.

Mohd Amar tidak boleh menafikan akan hakikat dan kerja ini. Kelelahan dan tidak berdaya Nik Aziz diambil kesempatan sepenuh olehnya. Saya ada maklumat kuat untuk menuduh perkara ini. Ia ditambah pula dengan sikap Husam Musa salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang jarang atau tidak begitu rajin untuk menghadiri mesyuarat. Kelewatan Husam tiba pada sesuatu mesyuarat telah diambil kesempatan orang Mohd Amar dan yang lain untuk mencatur mengikut kehendak mereka. Akhirnya Husam dimakan atau pun diperdaya dengan sikap acuh tidak acuhnya sendiri.

Usaha Mohd Amar berjaya. Pesepsi buruk ke atas Husam yang ditabur diserata tempat berjaya mencapai apa dihajatkan. Husam telah dinyahkan dari kerajaan Kelantan apabila beliau tidak disenaraikan sebagai Exco. Apakah Husam dipanggil sama semasa membincang untuk membentuk barisan Exco?

Hari ini Husam tidak disenaraikan bukan saja sebagai TMB, tempat yang dikira wajar dan tepat untuknya berdasarkan track rekod dan pencapaian, tetapi dia juga tidak dilantik menjadi Exco. Namanya tidak termasuk dalam sembilan nama Exco. Ketiadaan Husam dalam barisan kabienat Kelantan inilah yang anih dan ganjilnya dan menjadi isu di Kelantan kini. Husam memang kalah di perlimen Putrajaya, tetapi dia menang besar di Salor dengan majoriti, 3,683. Apakah mereka yang menyenaraikan nama Husam untuk dihantar kepada Sultan, terlupa yang Husam menang?

Otak dan kepala orang politik tidak mungkin mudah lupa akan perkara-perkara sepeting ini. Fikiran orang politik senantiasa tajam dan cekap. Jadi untuk mengatakan lupa ia adalah mustahil. Ertinya keciciran nama Husam dalam senarai kabinet Kelantan bukan atas sifat kealpaan manusia tetapi disengajakan.

Siapakah yang bertanggungjawab mengugurkan nama Husam? Inilah yang orang ramai ingin tahu. Apakah Nik Aziz atau siapa? Saya mendapat tahu mulanya nama Husam disenaraikan sebagai TMB Kelantan. Ahmad Yaacob mahukan dia menjadi timbalannya. Mungkin Ahmad sedar akan kebolehan Husam. Walaupun Ahmad ada terasa dengan tindak tanduk Husam dalam beberapa hal, tetapi sebagai orang jujur, beliau tidak melupai akan hakikat kebolehan dan kemampuan Husam. Husam sangat diperlukan untuk membantunya terutama dalam menjana pembangunan ekonomi negeri sesuai dengan beberapa plan tindakan yang sudah diambil.

Malangnya ketika sampai ke pihak Istana nama Husam didapati tidak ada? Jadi tidak timbul nama Husam dipotong atau pun di delete oleh pihak istana? Katanya seawal pihak Istana menerima senarai barisan kabinet kerajaan Kelantan nama Husam sudah tidak ada. Ruang yang sepatutnya terletak nama Husam dibubuh dengan nama Mohd Amar. Jadi bila nama Husam sudah tidak ada, maka tidak adalah apa-apa ogehan terhadap Husam. Di sini macam berlaku kolobrasi penipuan Sultan?

Salah seorang pegawal di istana yang terlihat senarai nama itu telah menghubungi seseorang dan dia terkejut kenapa nama Husam tidak ada? Jadi ini mengesahkan bahawa nama Husam dibuang awal-awal lagi oleh pihak lain bukan oleh Sultan. Ertinya permintaan Ahmad Yaacon yang mahukan Husam ditolak sebelum senarai nama itu sampai ke Istana. Tidak tepat kalau ada pihak mengatakan sultan tidak mahukan Husam.

Majlis angkat sumpah jawatan MB dan TMB sudah agak pelik sedikit bila mana ia tidak dihadiri sama oleh Tokguru Nik Aziz. Ia sudah berlaku secara ganjil. Nik Aziz yang lurus dan tidak tahu bertindak sendiri katanya telah dinasihati agar tidak hadir? Beliau malahan dihantar untuk berihat di hospital. Apakah penghantaran Nik Aziz untuk menerima rawatan di hospital itu bagi memberi alasan kepada Sultan kenapa Tokguru tidak hadir? Ah sejahat dan seburuk itu politik PAS ini?

Dan dalam masa sama juga tidak mahu memberi tahu yang senarai kabinet itu tanpa nama Husam? Mati-matian Tokguru ingat majlis angkat sumpah itu akan dihadiri sama Husam. Begitukah. Tokguru yang jujur tidak hadir dan mungkin tidak dirujuk langsung mengernai senarai itu. Tokguru segera menjadi 'tongkorang' buruk dicampak ke tepi selepas nyiur didapati. Ini satu kesilapan dan satu tektik kotor yang cukup jelek kalau ia berlaku. Sebagai bekas MB Tokguru harus berada sama dalam majlis berkenaan. Walaupun ia bukan satu kemestiaan tetapi untuk merai majlis angkat sumpah beliau kena hadir sama. Kalau ini satu perancangan mereka yang memberi idea ini seorang yang jahat. Dan Tokguru jelas terkecong dalam kes ini.

Keciciran nama Husam menjadi tanda tanya dan terkilan besar kepada rakyat Kelantan yang sudah melihat kejayaan Husam sebagai Exco selama ini. Bagi mereka Husam patut diberikan kesempatan, kalaupun tidak sebagai TMB tetapi cukup sebagai Exco bagi meneruskan beberapa projek yang telah dirangkanya. Apa yang berlaku sudah ada 'kadas kenting' dalam politik PAS Kelantan mengenai perkara ini. Kalau sebelum ini perihal 'kadas genting' ini hanya diketahui dikalangan orang dalaman sahaja tetapi dengan apa yang tersembur kini menyebabkan semua orang tahu.

Saya tidak mahu menggunakan alasan Sultan yang bertanggungjawab dalam hal ini. Memang sultan boleh berbuat apa sahaja dengan kuasa sama ada ligal atau lisan ke atas sesuatu yang berlaku di dalam negerinya. Walaupun baginda tidak wajar campur tangan tetapi itu masih haknya yang diterima sebagai halal atas nama batang tubuhnya sebagai sultan. Berani saya mengatakan kalau Sultan memainkan peranan dalam hal ini menafikan keperluan Husam kepada kerajaan PAS Kelantan ia sesuatu yang tidak betul dan perlu diperbetulkan. Tetapi apakah benar sultan bersikap demikian? Saya rasa ia bukan atas ulah sultan tetapi pihak lain yang bijak mencuri keadaan dengan menggunakan nama baik Sultan. Sultan juga terkecong dalam kes ini?

Sebelum ini sudah terdengar cerita-cerita yang Sultan tidak mahukan Husam, tanpa memberi sebab-sebab dan dalil kuat kepada rakyat. Yang didengar ialah bisik-bisik kononya begitu dan begini. Situasi ini menyebabkan timbul tanda tanya sejauh mana akan kebenaran Sultan murka kepada Husam. Kalau benar Husam ada membuat kesalahan Sultan harus perjelaskan menerusi makenisme tertentu biar rakyat tahu. Dan apakah semua kesalahan itu tidak boleh dimaafi atau diperbetulkan? Rasanya ajaran Islam tidak menyarankan begitu. Sifat pengampun dan pemaaf adalah sifat terpuji.

Rakyat khasnya penyokong PAS terkilan dengan apa yang berlaku. Perkara ini perlu disedari oleh semua orang. Kalau Husam ada melakukan kesalahan seperti ditafsirkan oleh Sultan itu tetapi ia tidak melibatkan rakyat atau penyokong PAS. Maksudnya penyokong PAS tidak tahu kesalahan dan kesilapan itu. Apabila penyokong PAS tidak tahu menyebabkan timbul berbagai persepsi dan ini bakal memberi penyakit kepada PAS.

Apa yang berlaku kini memberi senario yang tidak baik dan ia bakal menyusahkan kerajaan dan kepimpinan Ahmad Yaacob juga. Semua pihak kena tahu seorang menteri besar bukan saja setakat memerlukan mandat 2/3 di DUN tetapi sokongan berterusan dari semua peringkat. Penyokong atau kepercayaan rakyat yang diletak ke Husam bukan kecil. Tidak salah kalau saya katanya orang kedua selepas Nik Aziz mempunyai pengaruh terbesar di kalangan rakyat khasnya kalangan orang muda di Kelantan ialah Husam. Dan kini apabila Tokguru tidak lagi berada dalam 'hegomeni' kuasa, maka Husamlah menjadi ikon kepimpinan di Kelantan.

Sokongan untuk sesebuah kerajaan bukan saja dari kalangan ahli dan penyokong parti sahaja. Tetapi ia memerlukan sokongan rakyat dari semua lapisan masyarakat. Husam memiliki itu semua. Beliau dilihat dan dipandang bukan saja oleh golongan remaja di dalam PAS tetapi di kalangan pegawai-pegawai kerajaan juga. Orang kampung yang dapat mengecapi nikmati menerusi projeknya juga suka. Atau setidak-tidaknya rakyat Kelantan boleh menjadi halwa telinga dengan berbagai-bagai projek pembangunan yang dirancangnya. Setidak-tidaknya dalam keadaan Kelantan tidak mempunyai wang tetapi dia boleh berkhayal untuk mewujudkan projek, sementara orang lain usah nak melaksanakan, hendak berkhayal pun tidak mampu.

Penampilan, cara dia berfikir di respact oleh banyak pihak. Semua itu adalah modal utama untuk pengukuhan kerajaan Kelantan.

Saya tidak mahu memperkecilkan kebolehan Mohd Amar sebagai timbalan menteri besar. Tetapi hakikat apa yang saya sebutkan disaksikan oleh dunia. Justeru pembarisan kabinet Kelantan tidak perlu dibuat atas rasa sentimen peribadi atau kepuakan atau kumpulan, tetapi harus meletakkan kepentingan bersama dan satu keputusan rasional. Kesalahan Husam letak dibelakang bina keyakinan dan harapan baru bersamanya, itu sepatutnya... bukan terus membunuh kerjaya politiknya secara kejam.

Saya ingin kata orang yang berusaha menyingkirkan Husam atau mempengaruhi Sultan (tetapi saya tidak percaya sultan tergamak) agar Husam tidak disenaraikan, jangan bergembira sangat dan seronok dengan apa yang terjadi. Sebuah kerajaan bukan berusia setahun, tetapi lima tahun dan tahun-tahun mendatang. Dalam tempoh itu kerajaaan Kelantan memerlukan gabungan tenaga semua para pemimpinnya. Sekiranya gabungan ini gagal diwujudkan saya membayangkan kerajaan Kelantan yang ada hari ini akan goncang.

Kegoncangan ini bukan saja dari segi perpaduan parti, tetapi juga kegoncangan dari segi kewangan dan lain-lainya. Justeru tanggungjawab Ahmad Yaacob kini besar untuk mencari seorang Husam baru bagi menggati Husam lama itu. Kegagalan Ahmad mendapat pengganti atau seorang yang setaraf dengan Husam dari segi memiliki intelektual politik dan ekonomi menyebabkan Kelantan bermasalah. Kegagalan mendapat pengganti Husam akan dipertanggungjawab kepada beliau. Saya yakin kalau diadakan usaha, apa disebut sebagai perselisihan Husam dengan sultan seperti mana dijaja itu dapat dilendekkan, kerana tidak ada masalah tidak dapat diselesaikan.

Saya pernah menyebut keadaan Nik Aziz dengan Tuanku Ismail Petra semasa menjadi sultan dulu lebih dahsyat lagi sehingga Tuanku enggan bersalam dengan Nik Aziz di Balai Islam, dan Nik Aziz pernah mengangap sultan sebagai bukan manusia, tetapi akhirnya mereka berdua dapat berdamai dan duduk sekali membangun dan memakmurkan negeri. Apa disebut kononnya sultan ada masalah dengan Husam belum sampai ke tahap 'pergaduhan' ayahandanya dengan Nik Aziz satu ketika dulu.

Kepada Husam, biarlah dan redha atas apa yang berlaku. Perkuatkan iman dan kejapkan semangat. Banyak berzikir dan berdoa. Anggaplah apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan saya yakin kebenaran itu akan tetap menang dan ia menjelma selalunya lambat selepas terburainya kepalsuan. Rakyat yang akan bersama kamu. Terbaik, kalau Husam sudah tidak disenaraikan sebagai Exco kerana kononnya Sultan tidak mahu, ambil dan tempatlah Husam di mana-mana institusi pembangunan ekonomi di Kelantan. Jangan sia-sia kepakaran dan kebolehan yang beliau ada. PAS akan rugi besar kalau abaikan Husam kerana PAS telah melantih dan membentuk Husam menjadi Husam lebih 20 tahun tiba-tiba disia-siakan saja.

Ahmad Yaacob boleh memikirkan tempat yang sesuai untuk Husam. Saya percaya Ahmad sedang memikirkan masalah ini dengan serius. Beliau diharap tidak mudah terminum racun dari orang membenci Husam kerana amarah. Untuk ini ia terletak ke atas kebijaksanaan Ahmad Yaacob sendiri. Ujian pertama bagi Ahmad Yaacob sebagai MB ialah menghadapi isu mengenai Husam ini barulah selepas itu rakyat dan serangan-serrangan Umno. Kegagalan menyelesaikan isu Husam dengan baik akan menunjukkan kegagalan beliau juga.

Mohd Amar yang sudah mengangkat sumpah menjadi TMB dan ia tidak bileh diundurkan lagi. Hhajat lama yang terpendam sudah diraih. Setelah menjadi TMB seharusnya persepsi, cara berfikir dan melihat sesuatu masalah kena berubah. Dalam melayan kawan-kawan anda yang berdendam dengan Husam jangan berlebih-lebih sangat, sebab mereka adalah tukang halak dan sorak, tetapi yang akan memikulnya anda bersama Ahmad Yaacob. Ingat teman ketawa ramai, teman menangis hanya sedikit atau tidak ada langsung. Yang mengukuhkan kedudukan anda bukan 'desperado' tetapi ahli dan penyokong parti.

Isu Husam ini adalah isu pertama PAS Kelantan selepas ketiadaan Nik Aziz? ~MSO

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sgt berminat membaca tapi
sakit mata baca font yg di bubuh background cam tu.

Tanpa Nama berkata...

BUY MUSLIM FIRST

BCLM=BUY CHINESE LAST MOVEMENT

ABC=ASAL BUKAN CINA

ayuh, majukan ekonomi org Islam.

memang, cina pegang ekonomi...
tapi kita pegang kuasa membeli...

Tanpa Nama berkata...

tiada fakta baru dlm tulisan di atas melainkan ia bunga2 utk menjana agenda perpaduan oleh org luar. Wakaka...

Tanpa Nama berkata...

Agaknya PAS cuma di takdirkan untuk pasang bendera, penuhkan ceramah dan demonstrasi.Agaknya kalau PAS ta ada MB di Perak mungkin Perak masih di tangan PKR.

Saya bukan apa, apa bila menilai peristiwa Damansara dan Sungai Aceh saya amat kesal.

Saya sempat ka Labuan mendengar ceramah Dato Lajim dan saya amat meminati personality beliau.

Akan tetapi bila saya lihat sikap calun PAS yang kuat dengan haq beliau yang telah mendapat Watiqah pencalunan lebih dulu.

Beliau walau tiada sumber untuk menentang dakyah bodoh BN tetap berdegil melobi cara kecil kecilan, meminta ahli PAS menyokong dan mengundi beliau.

Patut beliau lupakan haq beliau tetapi bekerjasama dengan Tan Sri Ibrahim menentang BN

Tanpa Nama berkata...

artikel panjang di atas penuh dgn sangkaan tanpa bukti. wahai org2 beriman jauhi lah kamu dari sangkaan buruk krn sebahagiannya adalah dosa - hadis saw.

mnta dengaq sendiri penjelasan husam sblum ulas. jgn menabur fitnah dan berburuk sangka krn ianya kerja para macai umno.

Tanpa Nama berkata...

Saya sebenarnya tidak suka ulasan dr MSO, dulu
MSI lah orang paling kuat menghentam Husam dan TGNA! MSO musang berbulu ayam, kpd ahli PAS, jangan ambil endah kritikan dr mamat ni, apakah dia telah lupa kisah ksmbing janapari, baju kemeja kotak? Sekarang awak nak racun pula fikiran orang PAS kelantan! Sebenarnya MSO ni dah tak ada modal, tulisan yang syok sendiri dan tak lebih dari racun yang sudah tidak ada bisa! Nasihat saya pd MSO, bertaubatlah san ingatlah dosa mengadu domba itu sangat besar, dan neraka adalah tempatnya, sekian, khslas!

Tanpa Nama berkata...

Tarik balik penulisan ni!!!mintak admin delete!!!

Tanpa Nama berkata...

Aku nak Husam. Aku x kira. Mcm mane orang secerdik beliau boleh dipinggirkan? Sedikit sebanyak ada benarnya tulisan ni, kalau pun x semua. Soal penulis pernah mengkritik Husam dan Nik Aziz, habis nak mengampu setiap masa ke? Mengkritik bukan semestinya x suka ttp lebih kpd menegur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...