05 Mei 2013

PECAH BERITA ! SIDANG MEDIA KHAS PAKATAN 9.0 MALAM



Sidang media Pakatan di One World Hotel

KUALA LUMPUR: Pimpinan Pakatan Rakyat bersedia untuk menyambut kemenangan pilihan raya ke 13 dan akan membuat pengumuman mengenainya seawal jam 9 malam ini.

Sebuah dewan telah di tempat di One World Hotel, Bandar Utama (bersebelahan pusat beli belah One Utama) untuk tujuan tersebut.

Sidang media Pakatan Rakyat akan diadakan disitu jika Pakatan menang dalam pilihan raya ini.

Ia akan dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Malam tadi kempen PAS mencatat sejarah apabila peningkatan sokongan empat peratus berlaku kepada PAS dari pengundi Melayu. Peningkatan mendadak ini membayangkan suasana baik kepada PAS dan Pakatan di hari mengundi hari ini.
Sementara waktu itu, para pimpinan Pakatan akan berkumpul di Ibu Pejabat parti masing-masing bagi mengumpulkan keputusan pilihan raya ini.

Pemimpin PAS akan berkumpul di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya manakala DAP di ibu pejabatnya di Jalan Pudu.

Keputusan awal dijangka akan diketahui sekitar jam 7 hingga 8 malam ini melalui Borang 14 yang dikumpul di semua pusat pengiraan undi yang dijangka bermula jam 5.30 petang.

Semua pusat pengundi dijangka akan ditutup jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula jam 5.30 petang.

Undi awal pula dijangka akan sampai ke pusat penjumlahan undi dan dikira mulai jam 3 petang.


KEPUTUSAN TIDAK RASMI


Buletin Pakatan Rakyat


Hishamuddin Rais @IshamRais 15h
Laporan terkini parlimen Saratok di Sarawak telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.



TIDAK RASMI: KEADILAN MENANG SATU KERUSI!


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dipercayai sudah memenangi kerusi parlimen P205 Saratok menurut beberapa sumber memaklumkan perkara itu.

Calon KEADILAN, Ali Biju yang merupakan ADUN Krian memperolehi 3,769 undi berbanding lawannya dari Barisan Nasional (BN), William Mawan Ikorm yang memperolehi 2,418 undi setelah selesai 39 peti undi dikira.

Pusat pengundian juga telah ditutup jam 4.30 petang tadi.

@MrAloysiusCS: Unofficial Saratok: 39 peti undi BN (2418) PKR (3769) Bebas (86) Rosak (61)

Pengerusi Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim juga mengumumkannnya dalam laman sosial Facebook miliknya sebentar tadi.

Saratok merupakan salah satu daripada 12 kerusi yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk dimenangi kerana calon BN berdepan dengan masalah terutamanya pengundi di parlimen itu.

Mana-mana pakatan yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi terlebih dahulu akan berhak membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dijangka akan hadir dalam satu pertemuan di One World Hotel kira-kira 9 malam ini, dipercayai parti komponen Pakatan Rakyat akan memperolehi majoriti mudah kira-kira jam 11 malam nanti.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...