KUALA LUMPUR, 4 Mei — Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat menubuhkan kerajaan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), esok.
Perdana Menteri berkata Mukhriz, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk memimpin negeri Kedah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan perancangan transformasi negara.
"Saya yakin beliau boleh memberi kepimpinan yang dinamik dan dapat memimpin negeri Kedah ke arah kejayaan yang lebih besar," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Mukhriz, yang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Timbalan Pengerusi BN Kedah, akan mencabar penyandang kerusi DUN Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad daripada PAS, pada PRU13.
Hangpa jangan terlalu yakin, jentera PR harus sedia terutama kemasukan undi hantu juga kemungkinan tawaran wang yang lumayan kepada paca.
Terkini Dari Alor Setar - Ahmad Bashah Sudah Sabotaj Umno , berita yang belum disahkan...
Berita diterima dari sumber Umno Kedah penyokong Datuk Ahmad Bashah telah bertindak menutup bilik gerakan umno dan mencabut bendera dan poster umno sebagai membantah tindakan Najib mengumumkan pelantikan Mukhriz sebagai bakal MB Kedah sekiranya BN kembali menguasai Kedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan