07 Mei 2013

PECAH BERITA ! PRU13 - MCA DI TAPAU...?!!!!


Liow sebak nasib MCA selepas PRU13



Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak dapat menahan sebak apabila diminta mengulas tentang nasib parti itu yang terpaksa menghadapi cabaran sengit selepas mendapat keputusan yang layu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya parti itu telah berjuang selama 64 tahun dan kini pucuk pimpinan terpaksa mengharungi cabaran hebat bagi mengembalikan kerelevanan parti itu khususnya kepada masyarakat Cina di negara ini.

"Kami telah berjuang selama 64 tahun dan kini menerima tamparan hebat selepas PRU13. Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah semua anggota dan pemimpin dalam parti mesti bersatu untuk mendapatkan semula sokongan. Kita perlu bersatu padu semula.

"Saya berdoa mudah-mudahan parti dapat mengatasi cabaran, saya percaya kita boleh mengharungi cabaran ini. Saya benar-benar berharap kita dapat bersatu," katanya kepada pemberita selepas pertemuan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan anggota parlimen BN di sini hari ini.

Pada PRU13, parti itu hanya menang tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 Dun yang ditandingi kali ini.

Keputusan yang dicatat pada pilihan raya ke-13 ini lebih buruk berbanding 2008 kerana ketika itu MCA menang 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dun daripada 40 kawasan Parlimen dan 90 kerusi Dun yang ditandingi.

Ditanya tentang keputusan parti untuk tidak menyertai Kabinet, Liow berkata, beliau menghormati keputusan yang dibuat pucuk pimpinan itu sebelum ini.

"Jika ditawarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kami akan rujuk kepada Presiden parti (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) untuk membuat keputusan.

"Walau apapun keputusan yang dibuat selepas itu, saya akan menghormatinya," katanya.

Beliau berkata MCA perlu mengkaji dan memperbaiki semula apa peranan sebenar mereka pada masa akan datang untuk memulihkan kembali sokongan masyarakat Cina terhadap mereka.

"Bagaimanpun, kami tidak akan berdiam diri dan akan terus membela nasib masyarakat Cina serta memastikan kestabilan politik dan keharmonian kaum di negara ini," katanya.

Semalam Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengulangi bahawa parti itu tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan, baik peringkat pusat mahupun negeri, seperti yang dipersetujui pada mesyuarat agung luar biasa parti tahun lepas.

Dr Chua juga tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu yang dijadual tahun ini.
- Bernama

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Subject: Pekerja Sambilan Dirumah
Diperlukan
Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan.
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan
Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham
B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri
Maklumat lanjut sila ke website di bawah:
==> http://partner.jobdirumah.com/jdr.php?
uid=agentbucks_1_eaid_1

Tanpa Nama berkata...

MUSLIM FIRST

BCL=BUY CHINESE LAST

ABC=ASAL BUKAN CINA

AYUH MAJUKAN EKONOMI ORG ISLAM.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 11.52.00. Satu idea yg nampak hebat tapi boleh ke... Kat tpt saya masa kempen baru ni pung pang pung pang ada sorang kawan sembang pasal ketuanan melayu agak rasis la konon..last2 pi intai beli barang utang kedai cina gak..huhuhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...