05 April 2013

TUDUHAN JEN (B) HASHIM PENGKHIANAT, INI JAWAPANYA.....



Jen. (B) Hashim layak digelar pengkhianat: Tuduhan Zaini




Pencerobohan di Lahad Datu - Boleh selesai dalam masa singkat 
Jen(B) Hashim


Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein: Kenapa Saya Masuk PKR?



Jen. (B) Hashim layak digelar pengkhianat: tuduhan Zaini


SHAH ALAM: Bekas Panglima Turus Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang baru diumumkan sebagai calon PKR kerusi parlimen Johor Baharu layak digelar 'pengkhianat' apabila berterusan mengutuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam siri ceramah pembangkang.

Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said berkata Hashim sebagai bekas pegawai tentera tidak sewajarnya mengkritik organisasi yang pernah dipimpinnya lebih-lebih lagi apabila ramai anggota keselamatan telah terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah.

Hashim dalam ceramah pembangkang di Gerik malam tadi mendakwa aset persenjataan dibeli dengan harga yang berlipat kali ganda daripada sepatutnya dan bukan secara tender terbuka.

Beliau turut menuduh bahawa ATM tidak mendapatkan pandangan daripada pegawai tentera selain pemberian komisyen pembelian kepada individu tertentu.

Kesemua tuduhan berkenaan dilemparkan selepas beliau menyertai PKR pada 6 Mac lalu kononnya bersedia untuk menabur bakti dan idea berhubung sistem pertahanan keselamatan negara bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

"Dia mengkhianati organisasi yang pernah dipimpin dahulu dengan mengatakan mereka tidak elok, kelengkapan tidak betul dan gagal menjalankan tugas dalam masa kita sedang hadapi ancaman. Ini satu perkara yang tidak boleh kita lakukan.

"Kita mengkhianati perjuangan dan pengorbanan anggota kita sendiri yang sedang menghadapi musuh. Ini yang buat saya rasa amat kecewa," kata Zaini dalam satu wawancara eksklusif bersamaAntarapos.

Beliau berkata demikian mengulas kritikan terbuka Hashim terhadap anggota keselamatan negara yang bertugas dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Terbaru, Hashim membuat kenyataan yang dilihat cuba memecah-belahkan pimpinan pasukan keselamatan negara apabila mendakwa terdapat campur tangan politik dalam operasi tersebut.

Sebelum ini Hashim juga membandingkan operasi keselamatan bersabit insiden bersenjata di Sauk pada 2000 dengan peristiwa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu mendakwa ia sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa singkat.

Dalam pada itu, menceritakan perwatakan sebenar Hashim sewaktu masih menjadi anggota tentera, Zaini berkata Hashim rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dahulu.

Menurutnya Hashim adalah anggota tentera yang taat kepada kerajaan dan beliau langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menyertai politik pembangkang. "Dahulu saya tidak nampak sangat. Hanya yang saya tahu dia kawan rapat dan sahabat kepada Ketua Pembangkang.

"Tetapi selama dalam perkhidmatan dia tidak mengatakan itu dengan nyaring dan jelas. Dan tidak menunjukkan dia lebih kepada simpatinya kepada pembangkang," katanya.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dato zaini x pyh sembang..lu pencen 3 bintang..Gen Hashim 4 bintang (Panglima Tentera Darat) antara pegawai2 terkanan dlm ATM..cermin diri tu dato zaini...Gen Hashim berkata benar walaupun pahit bg yg mendengarnya..isu2 keselamatan xda kompromi..begitu juga dgn persenjataan...sendiri mau ingat dato zaini...

GENERATE INCOME HALAL berkata...

BUDAKBOY

Pertanyaan untuk Dato' Seri Zaini. kalau gua kritik dan cakap jeneral yang hadir mesyuarat untuk membolehkan pegawai2 tentera mencarum dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera dengan bodoh sombongnya mengatakan bahawa" We officers, we can manage ourselves" dan TIDAK bersetuju pegawai tentera mencarum tu,,, adakah gua jugak dikatakan pengkhianat????

Setiap pegawai tentera yang ingkar, Section 9, Akta Angkatan Tentera 1972, Pindaan 1996 menunggu.

Dah pencen, jadilah orang yang bijak wahai dato' seri zaini..

Kepada Mantan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Hashim, gua salute mantan OC Boy's Wing 1978 ni..

Semoga Tan Sri diberikan kemenangan oleh Allah, insya Allah..

Tanpa Nama berkata...

Tidak benar mengatakan siapa sokong
pembangkang tidak setia pada Negara. Malah lebeh setia dan sayang demi kebaikan Negara.Apakah sudah dapat kerja mesti sokong parti pemerintah.Ini yang dikatakan rasuah cara halus. Dia buat kerja dia patut dapat gaji.Dia diambil berkerja dia patut dapat upah. Apabila dilihat ada kekotoran mesti sokong juga.Ini sudah jadi tak betul???

Tanpa Nama berkata...

Betol bro anon 3:43. Ini bukan zaman komunis mau kasi takot semua org sampai teberak dlm suar pon tak boleh pegi cebok..gua syg ini negara sbb tu kita kasi tukarla satu kali tgk. Kalau pr tak boleh buat kerja kita pon kasi warning jgk. Aku syg msiaaaaaa......

Tanpa Nama berkata...

kewajipan atm dan pdrm adalah utk setia kpd kerajaan malaysia walau parti manapun yg jadi kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa masa dia pegang jawatan PTD dia tak buat semua tu...berapa byk keistimewaan kerajaan dah bagi,lepas bersara jadi Pesuruhjaya Tinggi di Pakistan,bagi lagi itu dan ini,kenapa persoalkan operasi di Lahad Datu,cara dia seolah2 mengata diri sendiri...ntah hapa janji Anwar smpi sanggup dia join PKR tak tau la

Tanpa Nama berkata...

Alahai si mat hashim ni, claim panglima 10 bgd para kunun tapi terjun tak sampai 6 kali pun, terjun mlm & terjun dgn peralatan haram x penah langsung tetapi pkai wing kalau boleh sampai ke belakang bontot pun nak letak..punyalah pembohong punya manusia.. Harap teori & baca buku je, tapi pengalaman satu haram takda, mcm ni nak jadi wakil rakyat, sendiri mau ingat lah bro!!

Tanpa Nama berkata...

Kacang lupakan kulit betul lah dia ni...daripada melalak tak dtg kan hasil, baik balik hadap bini baru & jaga cucu, lagi byk faedah.. ;))

Tanpa Nama berkata...

Sorang perasan mcm bagus sgt, sorang lagi perasan nak jadi bagus.. Dua2 sama je, 2x5 ...HAMPEH!!!

' 1 TANAH MELAYU' berkata...

Jeneral Hashim, kalau betul anak jantan waktu pegang jawatan Panglima Tentera Darat kenapa tak cakap hal2 kononya byk benda tak betul dlm tentera.Dah pencen baru nak ckp siapa pun bolrh buat mcm ini. Betul lah kata Let Gen Zaini karektor mcm ini adalah orang yg akn mengkhianati organisasi yg dia biasa pimpin satu ketika. Jadi anak jantan sikit lah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...