04 April 2013

TERHANGAT ! TAIB MAHMUD GUNA GEROMBOLAN PENYANGAK ASING UNTUK MENCURI DANA NEGERI...!!!



“Berhentilah Melindungi Orang Yang Korup” – Peguam-Peguam Di London Digesa Mengabaikan Taib Mahmud

Kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mishcon de Reya adalah tidak betul dan tidak tepat.

Mishcon de Reya, sebuah syarikat guaman yang berpejabat di London yang mewakili Taib Mahmud dan menantunya Sean Murray dan juga syarikat-syarikat mereka Sakto, Sakti dan Ridgeford Properties, telah diberi amaran untuk “berhenti melindungi mereka yang korup” dan mengabaikan pelanggan mereka yang penuh kontroversi itu.

Dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, Bruno Manser Fund (BMF) menunjukkan:

“Hubungan Mishcon de Reya dengan keluarga Taib Mahmud wujud sejak 2011, apabila syarikat guaman itu telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa orang pemberita British yang terlibat menuliskan laporan-laporan kritikal mengenai Taib Mahmud sekeluarga dan hubungan mereka dengan harta berjuta-juta dollar di beberapa buah negara.”

NGO yang berpengkalan di Switzerland itu menuntut supaya hubungan syarikat guaman itu dengan keluarga Taib Mahmud itu diputuskan sama sekali.

Kenyataan yang salah memihak pada Taib


“Pada minggu lalu, akhbar The Independent telah memetik para peguam dari Mishcon de Reya sebagai menyebut “kerajaan Sarawak mengeluarkan lesen-lesen bagi tanah-tanah yang diambil dengan cara yang terkawal … Ini merupakan amalan pentadbiran, bukannya naungan politik. Pelanggan kami tidak pernah menuntut atau menerima sebarang bentuk sogokan berkaitan pemberian lesen-lesen dan surat-surat pajak tanah.”

BMF telah mencabar Mishcon de Reya untuk menjelaskan mengapa, dalam “keadaan yang terkawal” ini, hampir 200,000 hektar tanah hutan di Sarawak telah menjadi milik syarikat-syarikat perladangan kelapa sawit di mana kebanyakan ahli keluarga Taib Mahmud diketahui mengadakan hubungan perniagaan mereka”. [kenyataan dalam Stop Timber Corruption, 28/3]

Perkara itu telah dengan pantasnya mendapat tempat dalam laman Wikipedia, yang bertindak sebagai pihak ketiga yang jelas telah membuat keputusan untuk mengatur kempen-kempen publisiti yang pastinya telah dibiayai oleh keluarga Taib Mahmud dalam usaha mereka menentang para pengkritik mereka sejak beberapa bulan kebelakangan ini.



Pelanggan yang kaya tetapi berniat jahat.

Kenyataan-kenyataan yang lain yang turut mengelirukan dari Mishcon de Reya bagi pihak pelanggan mereka adalah bahawa Taib Mahmud tiada sebarang kepentingan sama ada sebagai pengarah atau pemegang saham dalam syarikat-syarikat Sakto, Sakti mahupun Ridgeford Properties.

Dakwaan ini dibuat dalam tahun 2011 oleh Mishcon de Reya setelah Sarawak Report menerbitkan dokumen-dokumen rasmi yang memperincikan bahawa Taib Mahmud adalah secara peribadinya dinamakan sebagai pengarah bagi syarikat Sakti sebagaimana tertera dalam dokumen rasmi syarikat California. Kami juga pernah menerbitkan surat perjanjian rahsia peguam bahawa kawalan 50% dalam kesemua saham itu harus dipegang secara rahsia bagi pihak Taib Mahmud, walaupun secara luarannya, di bawah nama ahli-ahli keluarganya.

Berhentilah mengancam para pemberita

BMF juga mencabar Mishcon de Reya untuk berhenti mengancam pihak pemberita yang berusaha menyampaikan fakta-fakta yang benar pada pengetahuan umum mengenai perniagaan Taib Mahmud sekeluarga. NGO itu menegaskan bahawa ancaman-ancaman yang disasarkan itu tidak beretika walaupun bagi pihak pelanggan mereka yang teramat kaya, tetapi kotor. Ianya tidak wajar untuk kredibiliti mereka jika ancaman-ancaman itu didapati kosong:

“Pada bulan April 2011, pemberita British Clare Rewcastle Brown telah menerima sepucuk surat yang bertanda “sulit dan persendirian” daripada Mishcon de Reya dengan tajuk “Pemberitahuan Mengenai Hasrat Prosiding Mahkamah”. Surat itu yang ditulis bagi pihak menantu Taib Mahmud, Sean Murray, yang mengadu mengenai tulisan artikel pemberita itu yang menyentuh tentang syarikat milik keluarga Taib Mahmud Sakti International Inc. (US), Sakto Corporation (Canada) dan Ridgeford Properties (UK).

“Rewcastle Brown, seorang editor dalam Sarawak Report, telah diberikan tempoh 7 hari untuk menarik balik tuduhan-tuduhannya, jika dia gagal maka Mishcon de Reya mengancam untuk “mengheretnya ke mahkamah”. Syarikat guaman itu turut menyebut bahawa “pelanggan kami berhak untuk mengeluarkan prosiding menentang anda mengenai tuduhan-tuduhan anda itu.” Apabila Rewcastle Brown telah tidak memadamkan tuduhan dari blognya itu, maka ancaman dari syarikat guaman itu menjadi ancaman kosong”.


Mishcon de Reya juga mewakili menantunya, Sean Murray (suami pada Jamilah Taib), yang berasal dari Kanada.

NGO itu sedang giat membongkar penglibatan beberapa orang “pembantu asing” yang membantunya mengeksploit negeri Sarawak, dan sebagai balasan dia membayar mereka dengan yuran yang tinggi.

Syarikat guaman Mishcon de Reya itu merupakan sebahagian dari gerombolan penyangak professional yang didapati bekerja untuknya bersama dengan para akauntan, para pakar perbankan, orang-orang PR dan pakar-pakar teknikal seperti Torstein Sjotveit, yang dituduh oleh para NGO membantu Taib Mahmud memesongkan dana negeri mengatasi nilai-nilai beretika.

Dengan bertambahnya bukti-bukti untuk menentang ketua negeri yang teramat korup dari Sarawak itu, yang kini telah menjangkaui tempoh 33 tahun sebagai Ketua Menteri, para “Pembantu Asing” pada Taib Mahmud ini mendapati bahawa kedudukan mereka tidak lagi menjadikan umum cemburu.




SEMENTARA ITU BELIAU BERTINDAK MENCABAR SPRM - Hari ini



Taib enggan beri kerjasama pada SPRM

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan mengenai urusniaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya.

SPRM juga tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa bertindak "nakal” dan “tidak jujur”, kata Abdul Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur hari ini.



Abdul Taib juga menegaskan beliau tidak takut untuk disiasat oleh badan anti-rasuah itu.

"Mereka tidak layak terima kerjasama dari saya kerana mereka nakal dan tidak bertindak jujur.

"Biarkan mereka (SPRM) buat kerja. Selagi mereka berlaku adil saya tidak takut," katanya ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini.

Taib juga menafikan tanggapan bahawa isu yang dibongkarkan melalui satu video oleh NGO antarabangsa Global Witness itu akan menjadi bebanan kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

Malah, beliau juga berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga kepada BN di Sarawak dalam pilihan raya umum ke-12.

"Saya bebanan? Saya telah menang pada pilihan raya lalu dengan lebih dua pertiga majoriti dan mereka tidak kisah pun tentang perkara ini," katanya lagi.

Ditanya lagi sama ada pendedahan tersebut memberi kesan terhadap sokongan rakyat di Sarawak terhadap BN, Taib berkata kesannya amat kecil.

"(Kesannya) Minimum. Ia tidak bersesuaian dengan sentimen penduduk tempatan," katanya lagi.

SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas maklumat video yang didedahkan Global Witness itu.

Bukti video berkenaan antara lainnya merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Abdul Taib dan rakan perniagaannya menyalahguna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Suruhanjaya itu turut menjalankan serbuan ke atas pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa itu.


1 ulasan:

Unknown berkata...

tolonglah SPRM siasat taib ni betol2...kesian rakyat sarawak...dah la die bedal segala hasil srawak,penduduk asal pun dihina nya...mmg xde perasaan nye si laknatullah ni...semoga allah hancurkan kekayaan,kekuasaan yg dimiliki die secara haram tu...aminn


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...