02 April 2013

BERITA GEMPAR ! ISTERI TOYIB MAHMUT JADI ARTIS PULAK...BUNGKUSLAH KAK MAH...!!!



Permasuri  Ragad .... ada macam penari Lubnan ke .....silap haribulan la lu tangkap gambar dengan siduri nie..... 


Taib Mahmud Sanggup Mengutuk Bapa Saudaranya Dan Konspirasi Hanya Untuk “Mengenakan” Dia!




“Tiada kena-mengena dengan saya, kan?”

Pendedahan video mengenai salah laku rasuah Taib Mahmud Mahmud sekeluarga dan juga rejimnya telah hebat diperkatakan dan ditonton umum sejak kewujudannya awal minggu ini.

Bercakap kepada pemberita sambil dirakam kamera semalam Ketua Menteri yang sering bercakap besar itu kelihatan cuba nampak ceria, namun tidak lama kemudian kemaharannya sukar disembunyikannya.

Sarawak Report dimaklumkan bahawa peguam-peguamnya di London telah mengambil masa berminggu-minggu untuk menutup mulut Global Witness sebelum pendedahan itu dikeluarkan.

Dan dalam beberapa siri alasan yang diberikannya, Ketua Menteri itu telah melakarkan suatu konspirasi yang kompleks yang kononnya untuk “mengenakannya” yang dilihat sebagai mengenepikan semua logik, di samping menuduh orang-orang yang mendapat manfaat dari rejimnya yang penuh penghianatan.

Dengan renungan matanya yang liar dan kembali semula pada kamera-kamera setelah meninggalkan para pemberita yang mengekorinya, dia turut menyelar ahli-ahli keluarganya sendiri, iaitu anak-anak perempuan bapa saudaranya yang juga pendahulunya, Tun Abdul Rahman Bin Ya’kub.


Raja Kepala Putih Sarawak jutawan itu telah, pada mulanya, cuba menunjukkan dirinya sebagai mangsa sekumpulan NGO yang kuat.

Meluru ke arah kereta Rolls Royce, namun kemudian berpatah balik untuk menuduh orang-orang yang “cuba mengenakan” dia

Namun dengan berfokus kepada peristiwa silamnya, persengketaan dengan bapa saudaranya, Taib Mahmud telah melupakan bukti-bukti lain yang didedahkan dalam video itu.

Fakta utama yang diperkatakan setiap orang dalam video itu adalah sama, iaitu bahawa Taib Mahmud memberikan lesen-lesen untuk setiap satu perkara di Sarawak dan sama ada untuk kepentingan keluarganya atau untuk mendapatkan sogokan untuk dirinya.

Salah sebuah dari kebanyakan keluarga kroni yang amat dekat dengannya dalam perniagaan, iaitu keluarga Hii, juga turut dirakamkan dalam video itu yang mengakui bahawa Datuk Hii Yii Peng mendapat kesemua lesennya kerana dia amat rapat dengan Ketua Menteri dan bahawa dia membayar wang pendahuluan 10% sebagai tanda kesyukurannya.

Adakah keluarga Hii menyertai ‘konspirasi untuk mengenakan Taib Mahmud’ itu atau adakah mereka telah cuai terhadap seseorang yang mereka anggap akan membeli tanah NCR yang telah Taib Mahmud berikan kepada mereka?

Orang yang bercakap itu adalah anak saudara Hii Yii Peng, yang merupakan peguam keluarga yang merundingkan jualan tanah NCR, yang telah dirampas dan diberikan Taib Mahmud kepada mereka.

Adakah keluarga Hii juga terbabit dalam konspirasi untuk menggigit tangan yang menyuap mereka makan?

Dan bagaimana pula dengan peguam Alvin Chong, yang mendapat banyak faedah dari kerja-kerja yang dikaitkan dengan Ketua Menteri, termasuk membela Jabatan Tanah dan Survei?

Chong tidak dapat berhenti bercakap mengenai kaedah-kaedah yang digunakannya untuk menipu dan mengelakkan cukai, seperti para majikannya iaitu anak-anak Tun Rahman, dia menegaskan bahawa inilah cara urusniaga tanah sering dikendalikan di Sarawak.

Singapura, jelas Chong lagi, adalah sebuah negara di mana setiap orang ingin menerima bayaran untuk urusniaga sedemikian, kerana ianya selamat dari pihak-pihak berkuasa percukaian yang akan meneliti sebarang keuntungan yang diperolehi berbanding jumlah yang kecil yang dikenakan oleh Taib Mahmud ke atas tanah bagi pihak penduduk dan juga negeri Sarawak dan amaun yang dapat perolehi oleh rakan-rakannya dan juga keluarganya dari urusniaga itu.

Dengan menggunakan alasan-alasan sebegini Taib Mahmud merujukkkan persengketaan lamanya dengan bapa saudaranya dilihat sebagai suatu usahanya untuk mengalih pandangan umum.

Perkara yang relevan adalah kesan dari konflik itu, yang tercetus apabila Taib Mahmud mengambil-alih kedudukan bapa saudaranya dalam tahun-tahun 1980-an dahulu dan dengan segera telah membatalkan semua lesen berasuah, yang telah diberikan kepada ahli-ahli keluarga dan para penyokong Abdul Rahman.

Taib Mahmud telah mempastikan bahawa lesen-lesen yang baru itu memihak padanya dan juga para kroninya, di samping berpura-pura untuk membanteras rasuah dan menyelamatkan hutan-hutan Sarawak

Jika Awang Tengah berjaya menggantikan Taib Mahmud sebagai ketua menteri sebaik sahaja selepas pilihanraya umum nanti (sebagaimana pernah kita laporkan) kita akan melihat pembatalan lesen-lesen yang terdahulu dan sebaliknya mengeluarkan lesen-lesen yang baru.

Pembohongan paling besar yang terpacul dari mulut Taib Mahmud semalam adalah dakwaan mudahnya bahawa setiap perkara dilakukan di Sarawak bukan menerusi pintu belakang, tetapi dilaksanakan secara terbuka dan berperaturan,

Namun, sebagaimana yang setiap orang tahu, semua kontrak dan lesen di negeri Sarawak telah dirundingkan secara tertutup tanpa tender terbuka dan berakhir di tangan-tangan ahli keluarganya, para proksinya atau para kroninya!



Tiada rundingan haram, hanya ‘prosidur-prosidur kerajaan’ – maka bagaimana kamu mampu memiliki sebuah Rolls Royce dengan gaji menteri itu?

Taib Mahmud merupakan seorang peguam dan dia telah mempastikan bahawa walaupun selepas 30 tahun terbabit dengan rasuah dia masih tahu bagaimana sesuatu perkara itu harus dilaksanakan. Namun dia bukan meyakinkan orang lain, selain dirinya sendiri jika dia ingat orang akan percaya bagaimana segala sesuatu perkara itu dilaksanakan di Sarawak.

Inilah sebabnya setiap orang, termasuk peguam utamanya seperti Alvin Chong, bercakap secara terang-terang mengenai rasuah dalam sistem pemerintahan BN. Lagipun, bagaimana orang sepertinya dapat melepaskan dirinya dari urusniaga tanah secara haram dan mengelakkan cukai jika Taib Mahmud sendiri tidak menutup sebelah matanya pada rompakan ke atas rakyatnya sendiri?

Adakah sudah tiba masanya kerajaan yang baru akan membersihkan perkara-perkara seperti itu?

1 ulasan:

kahkahkah berkata...

Mampos ko rahad disihir' mama puaka' higga keliang lahad kalu ko lebih2 sgt!!kah kah kah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...