05 Mac 2013

Terkini 'Pejuang Moro dilapor akan bantu penceroboh Sulu' ...?


Nur Misuari pengasas Moro National Liberation Front (MNLF) yg sering hadir sebagai jemputan terhormat dlm Perhimpunan Agung UMNO secara tiba tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Sarawak adalah kepunyaan bangsamoro....

'Pejuang Moro dilapor akan bantu penceroboh Sulu'

Bekas ketua proganda Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Hadji Acmad Bayam mendakwa bahawa para komander MNLF yang dilatih di Malaysia akan datang membantu pasukan Kesultanan Sulu di Sabah.

Bayam memberitahu Buletin Manila bahawa MNLF dikatakan mempunyai simpanan senjata yang banyak yang mereka sembunyikan
di Sabah selepas latihan mereka di sana, termasuk GI buatan Belgium dan FAL, yang didakwanya dibekalkan oleh pemimpin Libya ketika itu, Muammar Gaddafi, melalui Malaysia.

Beliau menyatakan keyakinannya bahawa senjata tersebut belum ditemui pasukan Malaysia kerana ia telah disembunyikan dengan baik oleh para komander MNLF yang tinggal di Sabah.

Bayam juga mendakwa ramai penduduk Filipina yang tinggal di Sabah telah menyertai perjuangan apa yang mereka anggap sebagai "kekejaman" Malaysia dan bahawa banyak pihak sedang berusaha untuk sampai ke Sabah bagi membantu pasukan Sulu.
-mk




Apakah ini yang dimaksudkan Ada Konspirasi disebalik insiden Lahad Datu oleh Presiden Filipina. PERHIMPUNAN NUR MISUARI DAN MNLF DI PULAU JOLO SULU PADA 3hb Januari 2013...

AGENDA:

-Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi PEMERINTAHAN MILF-FILIPINA yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.

-Mendapatkan sokongan dan saranan apakah TAUSUG bersetuju menghadapi Malaysia untuk mendapatkan NOERTH BORNEO SEMULA? KALAU NAK TUNTUT BAGAIMANA? ADAKAH PERLU MENGANGKAT KESULTANAN SULU? KALAU YA, SIAPA SULTAN YANG DISOKONG DAN DIDOKONG?



'Tiada bukti pejuang Moro juga akan serang Sabah' - Datuk Zahid

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mungkin membantu menentang pasukan keselamatan Malaysia yang melancarkan operasi terhadap 'Tentera Diraja Sulu' di Lahad Datu, Sabah.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat di Lahad Datu petang tadi, Zahid berkata perkara itu tidak perlu dilayan kerana tiada bukti mengenainya.

Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayammendakwa dalam laporan media Filipina bahawa bekas komander MNLF yang menetap di Sabah selama beberapa dekad, akan membantu penceroboh Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Acmad juga mendakwa wujudnya simpanan senjata di Sabah yang mereka akan ambil untuk tujuan ini.

Zahid berkata pasukan keselamatan sedang menumpukan pada Kampung Tanduo sekarang, tetapi akan bertindak segera jika terdapat maklumat mengenai pencerobohan lain.

"Jika ada tempat-tempat kita dengar ada pencerobohan, angkatan tentera dan polis sentiasa bersedia," katanya.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...