Sultan Sulu dakwa tawan 4 rakyat kita
4:53PM Mac 3 2013
Kesultanan Sulu mendakwa berjaya menawan sekurang-kurangnya empat orang rakyat Malaysia susulan satu pertempuran di Sri Jaya Simunil, Semporna petang semalam.
Laporan stesen radion dzBB Filipina menyebut, jurucakap kesultanan itu mendakwa demikian dalam satu sidang media di Taguig City, Manila.
Maklumat lanjut mengenai sidang media tersebut masih belum diperolehi namun ia menunjukkan bahawa Kesultanan Sulu terlibat dalam kejadian pertempuran di Semporna
UPDATE 12.36 PM
Harian Metro @hmetromy
5 anggota polis terbunuh dalam serang hendap penjenayah bersenjata di Kg Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, semalam. - Ketua Polis Negara
4:53PM Mac 3 2013
Kesultanan Sulu mendakwa berjaya menawan sekurang-kurangnya empat orang rakyat Malaysia susulan satu pertempuran di Sri Jaya Simunil, Semporna petang semalam.
Laporan stesen radion dzBB Filipina menyebut, jurucakap kesultanan itu mendakwa demikian dalam satu sidang media di Taguig City, Manila.
Maklumat lanjut mengenai sidang media tersebut masih belum diperolehi namun ia menunjukkan bahawa Kesultanan Sulu terlibat dalam kejadian pertempuran di Semporna
UPDATE 12.36 PM
Harian Metro @hmetromy
5 anggota polis terbunuh dalam serang hendap penjenayah bersenjata di Kg Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, semalam. - Ketua Polis Negara
SEMALAM HANGPA KATA KHABAR ANGIN.......?
Dua anggota keselamatan terkorban diserang hendap di Semporna
3 MAC 2103 11.36 AM
3 MAC 2103 11.36 AM
KUALA LUMPUR: Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.
Beliau berkata, dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam.
Beliau bagaimanapun, tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti
anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui
panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini'
di sini pagi ini.
Hamza berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan
penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan
penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan
Sulu dari Filipina.
Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata, mereka terhad di
Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.
Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah
terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar
angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk
mendapatkan pengesahan. - BERNAMA
Sulu dari Filipina.
Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata, mereka terhad di
Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.
Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah
terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar
angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk
mendapatkan pengesahan. - BERNAMA
Malaysia demands surrender of Filipino fighters ~ AlJazeera
At least 14 people were killed on Friday in a shootout between men calling themselves the Royal Sulu Army and Malaysian security forces. Al Jazeera's Charles Stratford reports.
KPN sahkan tembak-menembak di Semporna berkait pencerobohan di Lahad Datu
KUALA LUMPUR 2 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.
Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ.
"Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu.
"Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya.
Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan tercedera.
Sementara itu di LAHAD DATU, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, dua anggota polis cedera dalam kejadian tersebut.
Hamza bagaimanapun menafikan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna diserang dan berkata keadaan di Semporna terkawal serta tidak ada perintah berkurung dilaksanakan.
Menurut Hamza setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tembakan itu dan polis masih menyiasat suspek yang bertanggungjawab. ~BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130303/dn_02/KPN-sahkan-tembak-menembak-di-Semporna-berkait-pencerobohan-di-Lahad-Datu#ixzz2MQmuLJPe
Tembak menembak di Semporna: Ketua Polis Sabah nafikan laporan Bernama?
Bernama melaporkan seorang lagi anggota Polis terbunuh manakala seorang lagi cedera akibat pertempuran dengan Kumpulan Penceroboh yang merancang untuk menyerang Balai Polis Lahad Datu dan laporannya disahkan oleh Ketua Polis Negara..
Manakala The Malaysian Insider pula melaporkan menurut Ketua Polis Sabah dua orang anggota Polis cedera diserang beberapa individu membawa senjata dan tiada balai polis yang diserang .. Ini laporan oleh BERNAMA..
TERKINI! Seorang Lagi Anggota Keselamatan Malaysia TERBUNUH!
Lapuran pagi semalam 3/3/13 2.00 AM :
2013/03/02 - 22:35:14 PM -Berita Harian
LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi mengesahkan dua anggota polis cedera ditembak penyerang hendap berhampiran Kampung Simunul, Semporna.
Beliau, bagaimanapun, menafikan kejadian itu ada kaitan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, katanya, polis masih memburu kumpulan penjenayah terbabit.
Tembak-menembak di Semporna, polis kata tiada kaitan insiden di Lahad Datu
MARCH 02, 2013 -TMI
Kapal tentera laut diraja kelihatan dalam gambar fail Reuters, berhampiran perairan Lahad Datu, Sabah.
KUALA LUMPUR, 2 Mac — Dua anggota polis ditembak di Pulau Simunul sekitar jam 7 malam tadi, kata Ketua Polis Sabah Datuk Hamzah Taib.
Hamzah berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke pulau tersebut apabila mendapat laporan ada beberapa individu membawa senjata.
"Pihak polis memasuki kawasan perkampungan tersebut dan mereka ditembak ... Dua anggota kami cedera," kata Hamzah.
Situasi tegang dilaporkan tercetus dan penduduk berhampiran Semporna dan Tawau apabila dikatakan terdapat lelaki bersenjata menyerang pasukan keselamatan.
Hamzah turut berkata operasi berterusan di lokasi berkenaan sedang diteruskan.
"Buat masa ini, kami percaya ianya tiada kaitan dengan insiden di Lahad Datu," katanya lagi.
Malah beliau turut menafikan ada balai polis yang diserang.
Ketegangan di Sabah tercetus apabila berlaku pertempuran antara penceroboh dari Filipina dan pasukan polis Malaysia pada Jumaat yang mana menyaksikan 10 penceroboh, dan dua anggota polis terkorban. -TMI
Menyusul lagi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan