03 Mac 2013

Lahad Datu : Kerajaan perlu jelaskan status keselamatan negara ( Video Sidang Media )


Lahad Datu: Kerajaan digesa bentang kertas putih
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membentangkan kertas putih berhubung krisis di Lahad Datu, Sabah yang mengakibatkan dua anggota komando negara terkorban.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, berkata kertas putih tersebut perlu dibentangkan bagi rakyat mengetahui keadaan sebenar insiden tersebut.

"Ia juga bagi mengelakkan orang awam dari terus membuat pelbagai spekulasi berkenaan krisis ini," tegas Mahfuz pada satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga komando yang terkorban dalam serangan di Lahat Datu itu.

Pada 9 Februari lalu, kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung dan berlabuh di Kampung Tandaou, 100 kilometer dari Lahat Datu.

Pihak keselamatan negara bertindak mengepung perkampungan itu sejak 11 Februari lalu, dengan melakukan beberapa siri rundingan dengan kumpulan tersebut.-HD

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...