23 Februari 2013

TERPANAS ! BERNAMA KANTOI..CIPLAK LAMANWEB PRO-BN...PATUTLAH BN MENANG BESAR KAJIAN EIU


Laporan Bernama tentang EIU diangkat dari lamanweb pro-BN

Satu laporan baru-baru ini mengenai ramalan keputusan pilihan raya umum oleh agensi berita nasional, Bernama, nampaknya telah diciplak dari portal berita lain dalam talian yang menerbitkan sebuah artikel yang hampir sama kira-kira dua minggu lebih awal.




Semakan Malaysiakini mendapati artikel Bernama yang bertarikh 21 Februari itu adalah hampir seperti disalin dari sebuah artikel yang disiarkan pada 9 Februari oleh lamanweb pro-BN,The Choice (kanan).

Versi Bernama itu telah disiarkan semula oleh media arus perdana media talian, termasuk Malaysiakini, yang kemudiannya dimaklumkan oleh seorang pembaca tentang persamaannya dengan artikel dalam The Choice.


Kedua-dua artikel itu memetik badan pemikir Economist Intelligence Unit (EIU) sebagai berkata BN dijangka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Selepas diteliti kedua-dua artikel itu, mendedahkan bahawa Bernama menokok tambah tiga perenggan kepada versi yang disiarkan oleh The Choice.

Terdapat juga sekurang-kurangnya tiga ayat yang telah dipindahkan, manakala selebihnya merupakan perubahan kecil, seperti menukar istilah PRU13 kepada 'pilihan raya'.

Malaysiakini telah menghubungi EIU dan The Choice, yang dikendalikan oleh sekumpulan penulis tanpa nama, untuk mendapat komen semalam tetapi masih belum menerima jawapan mereka.


Sementara itu, Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong berjanji untuk menyiasat perkara itu apabila dimaklumkan mengenainya oleh Malaysiakini.

Agensi berita nasional itu sebelum ini pernah dituduh mengubahsuai foto untuk dua peristiwa berasingan sepanjang tahun lalu, kedua-duanya didakwa untuk memberi gambaran jumlah hadirin yang ramai di majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yong (kanan) menafikan dakwaan pertama pada 5 September tahun lepas, tetapi pada 20 September mengakui bahawa dakwaan kedua itu adalah benar.

Beliau yang mendakwa insiden kedua itu sebagai satu sabotaj, dan Yong berkata pada masa itu, pihaknya memandang berat perkara itu dan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara itu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Plagiat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...