MEMBONGKAR CERITA
Pertemuan eksklusif di antara Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim beberapa hari sebelum saya meninggalkan negara kerana ke Madinah dan Makkah telah menjadi isu panas dan kontroversi.
Haron Din: Suka anti klimeks.
Bukan pertemuan di antara dua umarak (politician) dan ulamak itu yang menjadi isu, tetapi intipati pertemuan itu yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan ramai. Yang menyebabkan orang merasa kurang senang, kesal dan terkilan yang amat sangat sehari dua ini.
Tidak hairanlah sejak beberapa malam lalu sudah ada orang bersolat hajat agar perkara ini - tujuan pertemuan itu - tidak akan menetas menjadi masalah kemudian akhirnya menguburkan harapan rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru yang adil, telus dan saksama. Mereka tidak mahu nyalaan api untuk membakar UBN akan menjadi layu dan terpadam sebelum tiba masanya.
Risau juga saya melihat perkembangan hari ini berpunca dari masalah itu kerana ada yang tidak menahan perasaan dan terlebih emosi sampai menangis memikirkan kemalangan dari apa yang meletus kini. "Tolonglah sheikh, kita sayang... kepada semua, dan apa yang dah ada ni colek dah," begitulah rayu dan desah seorang pembaca blog saya. Beliau rujuk kepada konsensus sepadu Pakatan Rakyat sebelum.
Walaupun saya sudah dapat meneka tujuan pertemuan itu, tetapi saya sengaja tidak dedahkan. Jauh dilubuk hati saya menyelinap rasa sayu dan sedih dengan apa yang diketahui dan turut juga berdoa agar ia selamat. Lantas saya hanya bertanya apakah hajat besar Dr Haron Din maka beliau menemui Anwar dalam 'gelap' - maksudnya secara diam dan SULIT. Tujuan saya melontarkan itu memberi signal dan isyarat bahawa saya sudah tahu apa yang terbungkus dalam kilas Haron Din dengan harapan apa-apa yang dikilas itu tidak akan terburai di tengah jalan.
Ia juga memberi isyarat bahawa apa-apa yang berlaku termasuk dengan niat busuk tidak boleh disembunyikan kerana akhirnya ia akan terdedah juga kemudian memberi natijah buruk kepada diri sendiri -back fire.
Saya sengaja tidak mendedahkan agar orang ramai khasnya penyokong Pakatan Rakyat tidak 'terkanyak' dengan peristiwa itu. Saya tidak terlalu menganggu emosi dan semangat mereka. Biarlah mereka tenang dan terus mengumpul kekuatan rohani dan jasmani untuk menumbangkan UBN tanpa dikacau ganggu. Biarlah air yang tenang terus menjadi tenang dan jernih manakala gunung kekuatan untuk tumbangkan UBN terus tegak kukuh seperti awalnya. Dan kalau mereka mengetahuinya dari sumber lain itu adalah takdir dan inisiatif diri sendiri.
Bagaimana pun akhirnya seperti saya katakan dalam intri itu (rujuk sini) buah yang jenis berbau tidak boleh ditusukselindugkan. Apabila ia sudah masak ia akan mengeluarkan baunya dan lendir ketika itu ia tidak dapat disembunyikan lagi. Sesuatu keburukan dan kebatilan itu tidak boleh diselindungkan kerana akhirnya kebenaran akan mengambil tempat. Laksana bangkai yang terdedah maka akan berderulah dubuk datang mengoyak dan mengheretnya menjadi habuan perut mereka.
Bau itu kini sudah mengalir keluar dan sudah diecerkan. Ia menyendak ke dalam lubang hidung para pendokong Pakatan Rakyat. Ia sudah mulai membusuk keadaan. UBN sudah mengambil kesempatan menjaja untuk menceritakan Pakatan Rakyat bermasalah. Isu pertemuan dan cadangan itu telah meringankan beban asmara UBN. Jangan salahkan anjing kalau ia menggonggong tulang hanyir.
SAMBUNG LAGI SINI
Zawawi Buat Isyarat Syahadat 1Malaysia...?
LIHAT GAMBAR INI.....Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan