Ini gerak kerja terbaru Umno, I HELP YOU... YOU HELP ME...!!!
Seperti yang dijangkakan juga, ibu pejabat Umno kini sudah mula sibuk mengedarkan komputer riba dan telefon bimbit kepada semua bahagian parti untuk kegunaan semasa hari mengundi, sama seperti kempen calon presiden Amerika Syarikat Mitt Romney tahun lalu. Entah berapa juta RM pulak peruntukan untuk komunikasi ini dibelanjakan demi memastikan hantu-hantu mereka menjalankan tugas sebagaimana yang diharapkan oleh Najib sendiri. I HELP YOU... YOU HELP ME...!!!
Komputer riba neh untuk menyemak status pengundi dan daftar pemilih terbaru. Dan telefon bimbit untuk menghantar kembali keputusan pilihan raya ke ibu pejabat. Puteri Umno akan menggunakan komputer riba yang mempunyai daftar pemilih manakala ahli Umno lain akan menghantar keputusan kepada ibu pejabat parti.
Pegawai Umno berkata parti itu telah bekerja keras untuk memastikan tidak terdapat kegagalan komunikasi untuk menggerakkan pengundi dan juga menerima keputusan dan penilaian pada hari mengundi, tidak seperti Romney yang mana pelayan kempen rosak dan menghalang aktiviti hari mengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan daftar pemilih terbaru dengan 13.34 juta pengundi berdaftar akan digazetkan Jumaat ini. Malaysia mempunyai 28 juta populasi dan lebih kurang 16 juta orang layak mengundi, di mana ramai mendaftar semenjak Pilihan Raya 2008.
Apa tugas kita di pihak PR...???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan