Orang yang mengeluarkan parang untuk mengugut mahasiswa ( t'shirt putih )
MENGAKU MEMBAWA PARANG DI SEKATAN DI CHINI TIMUR 1,2 DAN 3.
MENGAKU MEMBAWA PARANG DI SEKATAN DI CHINI TIMUR 1,2 DAN 3.
Ketiga2 ini pengurus felda
Dia mengaku ketua keselamatan.. mungkin ketua Rela kut... dia ketua menghalang juga lowyer Harris Al-Hajj antara yang akan kita saman nanti
Sekumpulan anggota Gerakan Mahasiwa PRU-13 hari ini mendakwa diugut oleh sekumpulan individu bersenjatakan parang dalam satu kejadian ketika mereka mengedarkan risalah di satu rancangan Felda di kawasan parlimen Pekan.
Mereka adalah antara 50 mahasiswa yang berkumpul di kawasan parlimen tersebut sejak 11 Februari lalu. Mereka berpecah dalam kumpulan kecil untuk mengedar surat tersebut di kawasan berkenaan.
Seorang siswa terlibat, Safwan Shamsudin ketika dihubungi Malaysiakini berkata kumpulan lima individu bermotosikal itu mengepung dan mengacukan senjata tajam tersebut ke arah mereka.
Kumpulan tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat serta mengarahkannya dan tiga lagi rakannya supaya keluar dari tempat kejadian, itu, kata Safwan.
"Bila nampak parang, kami pun beritahu (kepada pemuda bermotosikal), kami akan beredar. Salah seorang mereka merampas risalah (surat) yang kami bawa.
"Kita tidak melawan. Kita bimbang keselamatan siswi. Kita ambil pendekatan yang rasional. Kalau melawan, nampak radikal.
"Kami beredar balik ke rumah penunjuk arah yang terletak kira-kira 500 meter daripada tempat insiden berlaku," katanya.
Menurut Safwan, dia bersama kumpulan siswa berkenaan, termasuk dua orang siswi, sedang mengedarkan risalah bertajuk 'Surat Mahasiswa untuk Warga Pekan' ketika kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11 pagi di kawasan sebuah rumah di Felda Chini 4 itu.
Beliau seterusnya melaporkan kejadian tersebut di balai polis Chini kira-kira 50 minit kemudian, kata siswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu lagi.
Tiga rakan mereka semalam turut berdepan tindakan kekerasan oleh sekumpulan individu dalam satu kejadian berasingan ketika mengedarkan risalah tersebut di Kampung Dato' Keramat, Mukim Ganchong, juga di Pekan.
Kumpulan siswa berkenaan mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu.
Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan surat berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Surat tersebut yang diperolehi Malaysiakini, antara lain menyatakan mereka nekad untuk menjadikan pilihan raya umum itu sebagai "masa untuk BN bermuhasabah atas segala pelakuan semasa menjadi kerajaan Malaysia" serta mendesak rakyat membuat perubahan dengan memilih parti selain BN memimpin kerajaan baru.
"Tidak ada salah kita mencuba kerajaan baru, kita berhak untuk mengundi BN, kita juga berhak untuk mengundi selain BN.
"Jika kepimpinan baru nanti gagal memenuhi kehendak rakyat, maka kita berhak untuk kembali memenangkan BN sebagai kerajaan Malaysia," surat itu dipetik.
Safwan berkata sebelum insiden itu berlaku, seorang pemuda menaiki kereta putih mengambil gambar dan menyuruh mereka beredar dari situ sebelum "apa-apa berlaku".
"Kami ingat ia hanya ugutan biasa sahaja. Jadi kami teruskan. Kami tidak syak apa-apa," katanya sambil menambah tindakan pemuda itu berlaku sewaktu mereka mula mengedar surat tersebut.

MAHASISWA2 DIHALANG MASUK KECHINI TIMUR 1,2 DAN 3
6 ulasan:
org tua ni memang tak cerdik, dgn budak2 sebaya dgn anaknya pun nak bergaduh hingga keluar parang
Puak2 tak de akal....sesama Islam pun nak gaduh. Bukan pasal sepak terajang mak bapa dia.....bkn pasal maki hamput anak beranak dia. Rasanya, inilah org yg paling 'mangkuk hayun'...
Dasar orang tua yang telah diperbodohkan oleh UMNGOK.
NGOK2 BELAKA
Kesian.
Kesian...kesian...kesian...ishhh..ishh...dgn bebudakb boleh lah POKCIK MAT Kontol....
AYUH MAHASISWA BANGKIT SEBAGAI PEJUANG.JANGAN TAKUT PADA PARANG.UMNO MEMANG MACAM TU NAK TAKUT KAN ORANG.BILA RAMAI YANG BANGKIT DEPA TAKUT KECUT TELO
SAKSIKANLAH DGN MATA HATI KALIAN. MEMANG BENAR KATA MAHATHIR, TIADA LAGI YG CERDIK DLM UMNO. SEMUA YG DILANTIK MENJADI KETUA AKAN MEMASTIKAN TIADA YG LEBIH CERDIK DRPNYA DISERAP MASUK DLM UMNO. BILA KETUA INI MATI, PENGGANTINYA PASTI LEBIH BODOH. BEGITULAH SETERUSNYA. AKHIRNYA, KETUA2 YG ADA DLM UMNO SEMUA BER IQ YG RENDAH. MEMANG WAJAR UMNO DIGANTI. DAH SAMPAI MASA UTK KITA BUAT PERUBAHAN DEMI MASA DEPAN MALAYSIA YG LEBIH BAIK.
Catat Ulasan