13 Februari 2013

KANTOI ! BN Pulau Pinang Gelabah Bewak..Syak Ada Sabotaj...Kata Ada Sokongan 80K...!!!


Penyanyi Korea, Psy berjaya menarik ribuan pengunjung membanjiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional di Georgetown semalam.

BN Pulau Pinang nampaknya sudah gelabah bewak....nak sedapkan hati kata " Ada Sabotaj "........

BN Pulau Pinang syak ada pihak sabotaj Majlis Rumah Terbuka

GEORGETOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mengesyaki ada pihak tertentu menghantar sekumpulan ahlinya untuk sabotaj Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang di Padang Sekolah Tinggi Han Chiang, kelmarin.

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata, beliau percaya kumpulan melaungkan perkataan ‘No’ (tidak) ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanyakan kepada orang ramai ‘Are you ready for BN’ (adakah kamu bersedia bersama BN) adalah kumpulan dihantar untuk merosakkan majlis.



“Bukan semua yang hadir melaungkan 'tidak'. Kita ada rakaman video yang menunjukkan sebahagian besar pengunjung melaungkan 'ya' apabila perdana menteri bertanyakan soalan itu beberapa kali.

“Saya percaya mereka dihantar untuk sabotaj rumah terbuka yang kita anjurkan ini dan kita dapati ada beberapa pengunjung yang hadir turut memakai baju seperti yang disarankan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan segelintir pengunjung yang menyahut seruan Najib dengan berkata 'tidak' kepada BN sebelum persembahan bintang Korea Selatan, PSY yang popular dengan tarian Gangnam dan artis tempatan Shila Amzah.

Chang Yeow berkata, sekiranya kumpulan yang melaungkan perkataan 'tidak' itu adalah ahli mahupun penyokong BN, ia adalah satu perkara yang membimbangkan.


LAPORAN JUJUR OLEH PIHAK MEDIA SINGAPURA MENGENAI KONSERT PSY
NAJIB DIMALUKAN DISELURUH DUNIA..LAPORAN JUJUR OLEH PIHAK MEDIA SINGAPURA MENGENAI SAMBUTAN KONSERT PSY YG DIANJUR OLEH BN..


Honest and independent reporting from Singapore TV media on CNY party By BN Penang.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalammu'alaikum!
Terasa juga sedih apabila PM Kita dihina bukan oleh jeritan "No" tapi tindakan Psy yang enggan keluar walaupun dijerit oleh hadirin termasuk VVIP ".... we want Psy....." beratus kali dengan tepuk tangan lagi tu.

Psy yang dianggap istimewa hingga dr m.i.m merasa malu & aib kerana TGNA tak kenal Psy, Yin yin pula tak sabar nak joget dengan Psy(nyonya yin yin kalau PM pun beruk psy ini tak kisah apatah lagi nyonya tua), ramai bloggers umno / bn begitu ghairah....... bersembang pasal Psy seolah-olah dia ni wali pulak....

AKHIRNYA PSY KERA GILA (kalau di tambah PangPsy jadi berak) mengaibkan PM kita dengan tidak keluar menyertai upacara 'yee shang' dengan PM, saya sedih dan rasa terhina sebagai rakyat Malaysia kerana penyanyi kera Psy melakukan demikian kepada PM kita, saya melihat PM bukan atas orang yang bernama Najib, tetapi sebagai JAWATAN UTAMA NEGARA = PM.

Psy perlu memohon maaf, kedutaan Korea perlu memohon maaf atas KEBIADABAN RAKYATNYA KEPADA PM Malaysia (bukan Najib) kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.......

Mana perkasa, putera dan puteri umno, mana rais, mana jati mana mana mana... Kenapa menikus PM (bukan Najib) dihina, kerana majlis itu lancar resmi oleh PM Malaysia bukan ats nama Najib atau umno.

Tokwan perak

Tanpa Nama berkata...

Betoi...betoi..betooool.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...