11 Februari 2013

Akibat Najib Kantoi..Blogger Umno Fitnah Penyokong Dap.....



Akibat PM Najib dah Kantoi ketika ucapan beliau  semasa sambutan CNY pagi tadi  blogger pro-umno habis mati kutu....



  Biasale tu tabur janji lagi... sana sini.....

PM janji kaji beri status kolej universiti kepada Han Chiang.


GEORGE TOWN, 11 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji akan mengkaji permohonan status kolej universiti dalam ucapannya sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) pagi ini.
“Kita bercadang untuk menaiktarafkan Han Chiang kepada sebuah kolej universiti untuk komunikasi massa,” kata beliau dalam ucapannya di padang sekolah di mana acara itu diadakan.

Padang tersebut dipenuhi pentonton — yang dianggar pihak polis seramai 100,000 orang — hadir bagi menyaksikan persembahan penyanyi sensasi Korea Selatan Psy yang terkenal dengan lagu “Oppa Gangnam Style”.

Beliau juga mengulangi komitmen untuk membina sistem monorel di negeri itu, sistem penyuraian trafik dan memperbaiki sistem pengangkutan untuk menyelesaikan masalah trafik di sini.

Baca dibawah spin dan fitnah....blogger pro umno :


PENYOKONG DAP LEMPAR MERCUN KEPADA PERDANA MENTERI DI GURNEY DAN ISYARAT LUCAH UNTUK PERMAISURI AGONG!!!

Posted by CUCU TOK WAN  SUMBER



Belum lagi berkuasa, nampaknya para penyokong DAP dari kalangan sebangsa dengan Lim Guan Eng sudah mulai menunjuk kebiadapan dan kurang ajar mereka. Mereka yang tidak sedar diri dan perasan kononnya masyarakat di Malaysia sangat bergantung nasib kepada mereka, kini tidak ubah seperti anasir subversif yang mendapat sokongan jitu daripada Melayu yang menyokong PKR dan PAS.

Ketika Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang rata-rata pekerjanya adalah Melayu dipaksatugas oleh Lim Guan Eng untuk membuang semua bendera 1Malaysia dan wajah Najib Abdul Razak, satu persatu insiden kurang ajarnya DAP dan ahli-ahli mereka yang terdiri daripada mata sepet kulit kuning, mulai didedahkan oleh masyarakat awam.

Jam 4:30 petang tadi, beberapa buah lori MPPP dan lima buah motosikal serta sebuah kenderaan pacuan empat roda dari jenis Perodua KEMBARA sedang menjalankan kerja-kerja membuang bendera 1Malaysia dari kawasan McCalum sehinggalah ke Bayan Lepas.

Di Sekolah Hian Chiang, tindakan yang serupa juga telah diambil oleh petugas-petugas MPPP.

Apabila ditanya, kata mereka, arahan tersebut datangnya daripada Lim Guan Eng!

Menariknya, tiada tindakan yang serupa di negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional dan UMNO walaupun bendera, bunting, banner, pemidang dan sebagainya milik Pakatan Rakyat, bersepah-sepah dan bergantungan di sana sini.

Terdapat satu insiden di pintu masuk Sekolah Hian Chiang semasa ketibaan Perdana Menteri. Seorang lelaki Cina yang merupakan penyokong kuat DAP dan menganggap Melayu sebagai pendatang di Pulau Pinang dan Pulau Pinang sebagai milik Cina, telah membaling nasi dalam bekas polistrin ke arah Perdana Menteri. Bagaimanapun, balingannya tidak tepat dan mengenai orang lain.

Ketika Lim Guan Eng membanggakan dirinya kerana menyambut keberangkatan tiba DYMM Raja Permaisuri Agong di Pulau Pinang, seorang lelaki Cina telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memberikan isyarat lucah kepada konvoi dan kenderaan yang dinaiki oleh Raja Permaisuri Agong.

Manakala di Gurney, ketika Perdana Menteri sedang melakukan walk-about, seorang lelaki Cina telah membaling mercun bom berhampiran Perdana Menteri. Najib Abdul Razak pada ketika itu sedang makan di food court.

Ramai yang melihat tindakan dan perbuatan berkenaan dilakukan oleh DAP bagi mewujudkan provokasi agar rakyat Malaysia saling bermusuh dan menumpahkan darah antara satu sama lain. Bagaimanapun, ramai pula yang melihat, itulah sikap sebenar DAP yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa belang dan temberang mereka telah pun diketahui
.


Video Najib Kantoi..............


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



Assalammu'alaikum,
Berlalu sudah konsert Psy.....
Penganjur menghadapi dua perkara mengaibkan......
1. Satistik sambutan yang juah dari yang dijangkan dengan perbelanjaan yang begitu besar rm2 juta, memang tak berbalaoi..... Pulangan pelaburan jika dikira dari segi pulangan yang menfaat tidak munasabah.

2. Apabila majoriti pengunjung cakap no to BN. Mengaibkan seorang pemimpin negara.

Kenapa perkara ini berlaku pada satu upacara perayaan rakyat yang sepatutnya diraikan oleh semua pihak dalam suasana, semua kaum dan semua idologi politik bergembira bersalam melontarkan ucapan selamat TBC.

Kita tidak sepatutnya menjadi opotunist mempolitikan Perayaan Rakyat. Sering pemimpin negara mengingatkan kita JANGAN POLITKAN PERYAAN RAKYAT, sambutlah dalam suasana harmoni, persaudaraan dan hormat menghormati.

MALANG SEKALI DS NAJIB telah menampakan kebodohan, ignorance, bebal dan 'political desperation' nya dengan MEMPOLITIKAN PERYAAN RAKYAT TBC menungkah arus saranannya sendiri.
Atas sikap itulah ia DIAIBKAN SEDEMIKIAN RUPA.....

BETUL KATA TUN M Najib pemimpin yang lemah.... Tokwan nak tambah lemah segala, fikiran, minda, pengawalan kabinet, anak-anak, kewangan dan ISTERI.
Jika ia hanya berhenti jeritannya pada ungkapan 'are ready for Psy???' Dengan respond "YES" x 3. Mungkin ia lebih dihormati dan tidak TERAIB dengan ungkapan politiknya (politcal cry) 'are you ready for BN?' Dan jawapannya "NO" x 3
Sungguh mengaibkan.
NAJIB TOKWAN NAK NASIHAT JADILAH LELAKI DEWASA DAN SEBENAR kawal anak isteri mu, kabinet mu, tahu bila masa bercakap politk dan tahu bila masa bercakap sosial. JANGAN MEMBENARKAN TEMPLAK TUN M MENJADI KENYATAAN. JIKA TAK MAMPU BERHENTI SAJA BERPOLITIK......

Tokwan Perak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...