10 Januari 2013

TERHOT ! SATU DUNIA KENA TIPU...GAMBAR TARIAN SEPARUH BOGEL TU..JANTAN...le beb ?



Aksi lelaki seksi bukan dirancang: Polis

Zahedi (kiri) dan Ketua Siasatan Jenayah Shah Alam, DSP Muhammad Idzam Jaafar (dua dari kanan) pada sidang media di IPD Shah Alam, semalam.

Shah Alam: Persembahan tiga lelaki berpakaian seksi seperti wanita dalam majlis anjuran Polis Shah Alam pada 4 Januari lalu, berlaku tanpa dirancang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata tarian dipersembahkan bukan yang ditempah penganjur Majlis Malam Mesra Sekalung Budi, Segunung Intan.

Majlis anjuran Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu bertujuan meraikan bakal pesara dan pegawai serta anggota berpangkat rendah yang akan bertukar.

Ia adalah majlis tertutup dan yang hadir hanya pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam.

Apa yang berlaku adalah secara spontan tanpa izin penganjur, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Gambar majlis berkenaan yang dimuat naik ke laman sosial Facebook sebelum ini, mendapat reaksi negatif umum hingga ada yang melemparkan tuduhan kononnya majlis ditaja oleh bapa ayam.

Zahedi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menganjurkan majlis yang bertentangan dengan teras dan budaya PDRM serta Islam.
Susulan kejadian itu, beliau merisik dengan pengurusan hotel terbabit bagi mengetahui gambaran sebenar kerana penari berkenaan tidak menghadiri raptai majlis.

Ditanya sama ada pihak bertanggungjawab sudah dikenal pasti, beliau berkata: Saya dimaklumkan penganjur membuat aduan kepada pengurusan hotel pada malam yang sama.

Bagaimanapun, Zahedi enggan mengulas sama ada kejadian itu mempunyai unsur sabotaj manakala penari berkenaan adalah penari lelaki berpakaian wanita.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...