12 Januari 2013

#KL112 : Polis kata hanya 45,000 yang hadir..Ok tu..Esok Utusan Lapor 8,000 saja (+ Video-video Panas buat Rosmah Mengamuk ? )


#KL112 : Polis kata hanya 45,000 yang hadir.. betul ke? 


Polis telah mengurangkan jangkaan awal mereka tentang jumlah kehadiran peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat dari 80,000 ke 45,000 orang, di dalam dan di luar Stadium Merdeka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asst Comm Zainuddin Ahmad memberitahu pemberita dalam sidang media bahawa terdapat anggaran 10,000 peserta perhimpunan beradadi luar stadium semasa acara itu berlangsung, manakala selebihnya bersesak dalam stadium.

"Kami jangkakan terdapat lebih kurang 40,000 orang... diantara 40,000 dan 45,000," katanya.

Stadium Merdeka dikatakan boleh memuatkan sejumlah 40,000 orang ditempat duduk dan padang.

Terdahulu polis mengumumkan di laman Twitter rasmi mereka bahawa stadium dipenuhi seramai 80,000 orang.


Tidak berapa lama selepas itu, @PDRMsia mengeluarkan Tweet tersebut dengan mengatakan ianya disebabkan oleh "kesilapan teknikal" dan angka rasmi akan diumumkan oleh ketua polis daerah.

"Crowd datang dari pelbagai arah ... calculation kita tak betul," ACP Zainuddin menjelaskan ~ The Malaysian Insider



Betulkah apa yang dianggarkan oleh pihak Polis itu atau kerana adanya tekanan dari pihak atasan yang ditekan pula oleh pihak yang lebih atas lagi?

Tak apa.. kita orang faham...

Jumlah itu sebenarnya perlu dikurangkan bagi mengurangkan besarnya kemaluan yang akan diperolehi Najib jika Himpunan yang dianjurkannya di Tesco, Semenyih dijadikan perbandingan dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat tadi.. nanti siap aku siarkan artikel itu..

Bagaimanapun ribuan juta terima kasih diucapkan kepada pihak Polis kerana menunjukkan sikap yang benar-benar proffesional kali ini..

Cuba korang tolong kira sat berapa orang yang hadir sebenarnya dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat ini..

Ini video ketika para peserta bergerak ke Stadium Merdeka..




Ini diluar Stadium..





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Untuk kiraan mudah ialah standard tempat duduk Stadium Merdeka hanya boleh dipenuhi sekitar 25 ribu orang. Jika diasak-asak dan semua berdiri ia boleh mencapai 35 ribu orang. Jika ada sesiapa yang mempunyai gambar menunjukkan tempat duduk Stadium Merdeka telah diisi secara tersusun, padat dan ramai yang berdiri maka sila tunjukkan bukti. Ini kerana gambar-gambar yang sampai kepada kami menunjukkan sebaliknya.

Keluasan padang bola pula ialah sekitar 50 ribu kaki persegi. Dengan andaian setiap orang berdiri secara menegak dan hanya mengambil ruang sebanyak 2 kaki persegi setiap orang, hanya 25 ribu dapat dimuatkan di atas padang. Dua kaki persegi adalah ruang sebesar “dua tile” saiz biasa di rumah anda. Bolehkah semua orang hanya menggunakan 2 kaki persegi untuk berdiri?

Tanpa Nama berkata...

tak kisahlah berapa ratus jumlah yang hadir yang pasti objektif HKR telah tercapai. semua orang ada persepsi masing2 lebih2 lagi pehak polis yang terpaksa memberi penjelasan kepada orang yang lebih atas. HKR tak menjanjikan apa2 jika dibandingkan dengan program bersama najib di semenyih yang memberi beras kepada orang yang hadir ke tesco, yang untung pembekal beras dan kroni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...