08 Januari 2013

Panas ! BN Sarawak Dilanda Taufan ? (+ video)



Kalau ada orang yang tanya betul ke tak, aku cuma jawab ya 80 peratus.

Selebihnya bergantung kepada perkembangan yang terjadi selepas perkara ini berlaku lebih 72 jam lalu.

Maklumat ini sebenarnya berkait rapat dengan apa yang sedang berlaku nun jauh di Bumi Kenyalang terutama selepas lawatan tiga hari Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang tamat semalam.

Tapi Anwar tak mencari pemimpin Barisan Nasional (BN) sebaliknya juak-juak Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang nak sangat berjumpa meminta buah fikiran sekiranya masih ada peluang untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Daripada 31 kerusi parlimen yang terdapat di negeri itu, BN pusat difahamkan mahu menyingkirkan sembilan ahli parlimen terutamanya dari parti yang diketuai Taib sendiri, Parti Pesaka Bumiputera (PBB) yang menang besar dalam pilihanraya negeri April tahun lalu.

Berang dengan perkembangan inilah yang mendorong Taib menghantar sepasukan empat orang pemimpin senior parti itu untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Anwar selaku ketua Pakatan Rakyat.

Perdana menteri, Najib Altantuya sendiri dikatakan menjadi punca pergolakan ini sudah mengetahui perjumpaan sulit Anwar dengan pemimpin PBB tersebut yang diadakan di satu lokasi yang dirahsiakan dari pengetahuan umum, termasuk ahli rombongannya.

Dalam pertemuan tersebut, mereka diminta Taib supaya apa sahaja bentuk kerjasama boleh dilakukan dengan Pakatan Rakyat sekiranya Najib Altantuya berkeras mahukan sembilan ahli parlimen sedia ada digugurkan dan enam yang lain dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan beberapa parti komponen lain diambil tindakan sama.

Turut terjebak dalam rasa tidak puas hati ini ialah presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), James Jemut Masing.

Hemat Najib Altantuya, dengan tindakan ini sahajalah maka pengaruh Taib dapat dikendurkan berikutan kegagalannya sendiri menyingkirkan Taib selaku ketua menteri selepas kontroversi upacara mengangkat sumpah jawatan itu timbul hanya sehari selepas keputusan pilihanraya diumumkan.

Rupanya bukan setakat Taib yang tidak berpuas hati dengan Najib Altantuya, malah presiden SPDP, William Mawan Ikom juga menyatakan niat serupa apabila Tiki Lafe yang disokong Najib Altantuya enggan mengosongkan kerusinya walaupun diminta pemimpin akar umbi di parlimen Mas Gading.

Tindakan Najib Altantuya mengekalkan Lafe yang dipecat dari parti itu pada November 2011 terus menjadi duri dalam daging BN yang dikatakan bakal tewas sekiranya calon yang salah diletakkan dan undi protes makin bertambah seterusnya bakal mengakibatkan SPDP keluar BN di saat-saat akhir.

Anwar yang menyedari hal tersebut kemudiannya menghubungi Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang memaklumkan perkembangan terbaru ini.

Nyata mereka menerima makluman Anwar dan membenarkan rundingan tersebut diteruskan.

Untuk rekod, Taib dikatakan sanggup membawa PBB dan enam parti komponen BN di negeri ini keluar dari BN sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi manakala Taib sendiri mahu mengekalkan legasinya yang sudah berkuku sejak 1981 terpelihara.

Inilah yang membimbangkan Najib Altantuya kerana pilihanraya umum mesti diadakan selewat-lewatnya April depan dan difahamkan satu jawatankuasa khas dibentuk bagi menangani polemik yang timbul ekoran cadangan Najib Altantuya sendiri yang mahukan calon boleh menang diletakkan berbanding pemimpin senior parti komponen masing-masing.

Sekiranya Najib Altantuya tersilap congak kali ini, bukan setakat Sarawak akan menjadi 'kubur' buat BN malah Sabah juga yang mempunyai 25 kerusi untuk direbut bakal kehilangan sejumlah besar kerusi parlimen ke tangan Pakatan Rakyat. ~ Sumber





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...