13 Jun 2012

RASUAH SUDAH JADI BUDAYA HIDUP BN, MENTERI LUAR ANGGAP REMEH ISU TUDUHAN RASUAH!

Mengapa kerajaan tidak serius rasuah Scorpene?



“Kes ini melibatkan maruah, imej, dan integriti kerajaan. Malah ia juga melibatkan aspek keselamatan di mana rahsia keselamatan negara didakwa telah bocor kepada pihak lain oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,”


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal kerana kerajaan Malaysia melihat kes rasuah Scorpene sebagai tidak serius sedangkan rakyat melihatnya sebagai sesuatu yang amat serius.

Bahkan, kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss , masyarakat antarabangsa termasuk media mereka memberikan liputan meluas terhadap kes ini.

“Kes ini melibatkan maruah, imej, dan integriti kerajaan. Malah ia juga melibatkan aspek keselamatan di mana rahsia keselamatan negara didakwa telah bocor kepada pihak lain oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ia juga, ujarnya dikaitkan dengan jenayah pembunuhan yang melibatkan seorang warga asing di negara Malaysia.“Kesemua dakwaan dan kaitan kes ini amat besar dan terlalu serius yang perlu diberikan perhatian utama oleh kerajaan Malaysia,” ujarnya.

Sepatutnya, kata beliau Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman merasa malu kerana nama baik

Malaysia boleh jatuh merudum di mata dunia kerana ia membabitkan nama pemimpin tertinggi negara.“Malah kewibawaan Anifah sendiri turut dipertikaikan sekiranya beliau menangani skandal ini dengan baik sehingga gagal menutup aib Malaysia,” ujarnya.

DPPM, ujarnya mempersoalkan apakah Anifah menganggap kes rasuah sebesar RM3.1 bilion sebagai bahan mainan dan senda gurau semata-mata.

“Mungkin juga beliau tidak memandang serius kerana baginya nilai rasuah yang dituduh terhadap PM tidak sebanyak rasuah pemimpin lain bernilai berpuluh berbilion ringgit,” katanya.

Atau, katanya ia mungkin telah menjadi amalan dan budaya pemimpin Umno dengan rasuah serta

sebati dengan jiwa pemimpin-pemimpinnya sehingga dakwaan rasuah terhadap mana-mana pemimpin negara telah biasa didengar dan kerajaan tidak lagi memandang ini sebagai sesuatu yang serius.

“Jika beginilah sikap Menteri Luar Negeri Malaysia, DPPM tidak boleh membayangkan bagaimana kerajaan Malaysia mampu menyelesaikan dan menangani isu rasuah yang berleluasa yang membelit pemimpin-pemimpin negara,” katanya.

Menurutnya, negara akan menuju kemusnahan, masyarakat akan hancur manakala rakyat pula akan hilang pedoman sehingga hilangnya sikap toleransi, amanah dan bertanggungjawab dalam diri mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...