Filem tentang NFC akan bercorak komedi
Apa macam gua cadang Hisamudin rais ambil kerena kapoor jadi heroin pasti meletop kalau tayang tempat ceramah penuh makcik-makcik....amno...ha..ha....
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, rancangan untuk menerbitkan filem mengenai Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dan isu National Feedlot Corporation (NFC) kini dalam perbincangan bersama pengarah filem Hishamuddin Rais.
Menurut Rafizi, beliau mencadangkan agar genre filem pendek itu adalah komedi.
"Bagi saya politik ini kalau ceramah, serius, bosan. Saya nak lebih daripada ceramah. Politik ini mesti ada satu nilai artistik.
"Filem ini mungkin selama 45 minit dan akan pastikan supaya lebih kepada komedi dan seninya bukan terlalu banyak mesej politik. Soal siapa pelakonnya, saya serah pada Hisham (Hishamuddin)," kata Rafizi (atas).
Dalam temubual dengan saluran atas talian Radio Bangsar Utama malam tadi, Rafizi ketika ditanya mengenai risiko perundangan sekiranya filem itu diterbitkan tidak menolak kemungkinan itu.
Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada pihak tertentu yang merasakan filem itu ada unsur fitnah atau tidak.
"(Risiko perundangan) mungkin. Bergantung macam mana... sudah tentu filem itu fiksyen semata... tak ada kaitan hidup mati.
"Tapi bergantung pihak tertentu merasakan ada unsur fitnah mereka atau tidak. Kita perlu teliti biar ia betul-betul berasaskan fakta," katanya lagi.
Idea membawa isu panas itu ke layar perak diumumkan Rafizi dalam ceramahnya di Kuala Lumpur malam kelmarin.
Selain bergiat dalam aktivisme mahasiswa dan BERSIH, Hishamuddin (gambar atas, berbaju hijau) juga terkenal sebagai pembikin filem dan pernah mengajar mahasiswa perfileman di beberapa institusi pengajian tinggi negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan