SAMM, PKR Kutuk Sikap Menteri Sukan Dalam Kemalangan Drag Putrajaya
SHAH ALAM, 28 MEI: Menteri Belia dan Sukan serta pihak penganjur perlu bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku dalam Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya semalam hingga menyebabkan 17 penonton cedera termasuk empat parah.
Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, penganjur sepatutnya menyediakan penghadang bagi melindungi keselamatan dan bukannya menyalahkan penonton mahupun peserta.
Sementara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia pula mendakwa penganjur menghalang berita kejadian itu tersebar luas dengan merampas kamera mangsa dan penonton yang mengambil gambar kejadian.
“Kita minta satu siasatan terperinci dilakukan memandangkan perkara ini amat serius dan melibatkan keselamatan awam,” Surendran berkata.
“Kita minta undang-undang mengenai keselamatan awam pada acara di tempat awam dikaji semula untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku kerana saya rasa standard keselamatan acara awam tidak
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Ianya bukan satu kemalangan yang berlaku begitu sahaja tetapi ianya adalah kecuaian daripada pihak penganjur dan pihak kerajaan perlu menyiasat perkara ini,” katanya.
Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 tengah malam semalam, seramai 22 orang penonton cedera apabila sebuah kereta yang mengambil bahagian dalam perlumban itu terbabas ke tebing pembahagi jalan.
Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin pula berkata kenyataan Menteri Belia dan Sukan seolah-olah melepaskan batok di tangga kerana menganggap kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana.
“Sebagai menteri bertanggungjawab, kenyataan (Datuk) Ahmad Shabery Cheek harus lebih bijak dan berhemah selain daripada ‘menyalahkan tuhan’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini
Lihat kemalangan tersebut di YT dibawah lebihkurang 5 minit 30 saat -tindakan penganjur merampas HP & gajet perakam semasa kejadian untuk menyembunyikan kejadian ini mungkin acara Drag Race tidak mendapat kelulusan dari AAM dari segi keselamatan memang sah Race ini diketogeri " RACE HARAM".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan