28 Mei 2012

Depa nak ambik Selangor, pasal nak sapu PROJEK RM12 BILION !!!

Air S’gor buat kroni Umno kenyang -Rakyat akan tahu bahawa projek ini sebenarnya untuk kepentingan kroni dan Umno malah Noh sendiri, bukannya untuk kesenangan rakyat, kata Faekah Husin.


Kenyataan seorang pemimpin Umno Selangor bahawa jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri itu maka masalah air akan diselesaikan adalah muslihatnya untuk memberi ’makan’ kepada kroni dan dirinya sendiri. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata, kenyataan ini merupakan amaran awal BN akan meneruskan projek pembinaan loji Langat 2.
Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung masalah bekalan air yang bakal dihadapi negeri itu menjelang tahun 2014.

“Rakyat akan tahu bahawa projek ini sebenarnya untuk kepentingan kroni dan Umno malah Noh

sendiri, bukannya untuk kesenangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.Beliau menegaskan, “jika Noh gagal memahami isu ini, kita tidak hairan bagaimana kementerian beliau gagal menangani isu penyelewengan dana NFC (National Feedlot Corporation) yang memalukan seluruh menteri kabinet.

“Kita telah tegaskan masalah air di Selangor berpunca dari pengurusan yang lemah dan pengetahuan yang cetek. Disebabkan kelemahan-kelemahan ini, rakyat terpaksa menanggung kos pembinaan Langat 2 yang sangat mahal. ‘Sedia payung sebelum hujan’ Jika ini berlaku katanya, tiada guna rakyat menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur. Adalah lebih baik rakyat ‘menyediakan payung sebelum hujan’ dengan menolak Umno-BN yang jelas hanya berjuang untuk menambah kekayaan keluarga dan kroni.

“Kos RM12 bilion untuk membina Langat 2 mungkin ditanggung rakyat Selangor hingga ke cucu cicit

dengan kenaikan tarif air yang melampau dan membebankan,” tegas beliau. Faekah menempelak cabaran Noh menyarankan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya minum air empangan sebagai benar-benar kurang bijak yang hanya menggambarkan betapa ceteknya akal beliau.
“Air empangan hanya selamat diminum selepas dirawat di loji pembersihan. Di negara-negara maju, air paip selamat diminum terus dari paip tetapi di Selangor sebaliknya berlaku.

“Pengguna terpaksa mengeluarkan lagi perbelanjaan untuk membeli penapis air kerana air berkeladak dan berbau klorin.Ujar beliau, “inilah hasilnya apabila pengurusan air diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mengutamakan kualiti tetapi mengejar keuntungan semata-mata untuk menambah kekayaan kroni dan keluarga.“Oleh sebab itu, kerajaan negeri akan membina loji pembersihan sendiri tanpa perlu menebuk Banjaran Tiiwangsa yang kosnya dianggarkan RM12 billion.

CADANGAN KERAJAAN SELANGOR LEBIH JIMAT DAN BERDAYA SAING :


SHAH ALAM 27 MEI : Cadangan Kerajaan Selangor untuk mengambil bekalan air dari empangan di Terengganu hanya akan menelan belanja RM 700 juta, berbeza dengan pelan Kerajaan Pusat untuk mengambil air dari Pahang yang akan memakan belanja RM 8 billion.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengambilan air dari empangan Terengganu akan menggunakan paip bawah tanah yang sedia.

Manakala cadangan kerajaan pusat akan menelan belanja yang besar kerana terpaksa membina rangkaian paip baru dan merentasi kawasan gunung bagi menyalurkan air dari Pahang.

“Kita tidak perlu susah-susah untuk korek gunung ganang untuk ambil air dari Pahang itu untuk disalurkan ke loji air Langat Dua.


“Kerajaan negeri sudah mempunyai rancangan sendiri, kita sudah mengenal pasti tempat yang sesuai dan kita juga mempunyai paip, rizab paip itu adalah sangat panjang dan mampu untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Katanya lagi, cadangan itu sudah dikemukan sebanyak lima kali ke Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui. Sehingga kini, Peter didakwa tidak memberi sebarang maklum balas terhadap lima permohonan Abdul Khalid untuk membincangkan racangan tersebut.

Abdul Khalid berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Lanjutan

Tempoh Pajakan Tanah ke 99 tahun dan Penyampaian surat hak milik kepada peneroka Bukit Cherakah, di Dewan MBSA, Seksyen 13, di sini.

Sebelum ini, kerajaan pusat telah mencadangkan pelan untuk menyalurkan air mentah dari Sungai Pahang ke Selangor bagi dirawat di loji Langat 2. Akan tetapi rancangan itu dibantah Kerajaan Selangor atas sebab kos yang tinggi.

“Keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat itu tidak memikirkan rakyat, rakyat akan menjadi mangsa dengan kos projek yang mahal itu,” kata Khalid.“Jika projek itu dilaksanakan harga air akan naik tetapi dibawah kerajaan negeri sekarang kita boleh bagi air percuma selama 15 tahun.

“Tidak perlu membayar kenaikan harga air lebih dari 15 peratus berbanding kerajaan pusat yang meminta kenaikan harga air sebanyak 35 peratus,
katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...