28 Mei 2012
BR1M KE 2....BERAPA...RM1,000.00 HADIAH ATAU BELI UNDI ?
Kegagalan transformasi Najib dalam pentadbiran kini nampak tidak berkesan langsung, tiada petunjuk ekonomi berkembang. Kos hidup terus meningkat dan tiada peningkatan dari segi gaji lebih dari 15 tahun kebelakang ini. Ini punca utama rakyat kini hilang keyakinan kepada BN untuk terus pemerintahan yang mana pemimpin masih mengamalkan korupsi terang-terang tanpa mengindahkan rakyat kebanyakan yang mereka masih berkhayal rakyat boleh dibohongi dengan mudah.
Kebanyakan rakyat generasi x tidak lagi buta maklumat, malahan mereka sekarang sedang ketagihan media baru terutama facebook. Mungkin usaha terakhir mereka akan memberikan BR1M kedua untuk membeli undi dalam keadaan masa yang terhad untuk memulihkan sokongan rakyat kepada BN.
Kita lihat kenyataan Sdr. Rafizi tentang BR1M ke-2 makna BN gagal kawal kos hidup
PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa syor agar kerajaan menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua menandakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah gagal dalam mengawal kos sara hidup rakyat.
"Jika kali kedua BR1M ini diberikan, ia membayangkan kegagalan Perdana Menteri mengawal sara
hidup rakyat. "Pemberian BR1M kali pertama nyata tidak membantu kurangkan beban sara hidup rakyat seperti mana Najib uar-uarkan untuk meringankan beban sara hidup rakyat," kata beliau pada sidang media hari ini.
Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua.Malah BR1M, yang diperkenalkan menerusi Bajet 2012, perlu dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa, kata beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain.
Rafizi juga mendakwa BR1M yang diberikan oleh kerajaan pada awal tahun ini adalah satu proses untuk meraih undi daripada rakyat. "Pemberian BR1M kali kedua berlaku kerana jangkaan tarikh pilihan raya pada awal tahun ini meleset dan ini adalah strategi Umno-BN untuk pancing undi.
"Saya juga tak fikir BR1M kali kedua ini mudah dilaksanakan kerana mereka telah berhutang dan perlu pergi ke Parlimen untuk peroleh bajet untuk tujuan tersebut," tambah Rafizi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan