03 Oktober 2011

ISU SEKS UNTUK MENJATUHKAN MELAYU

Perkataan Yang Dikenali Sebagai Seks

JADI, Jabatan Agama Islam Negeri boleh sepatutnya di panggil "Jabatan Pencegahan Seks Haram". Ia sebenarnya tidak berfungi sebagai Jabatan Agama, ia adalah Jabatan Pencegahan Seks Haram. Jutaan wang ringgit dari pembayar cukai digunakan untuk membayar gaji ribuan pegawai yang kerja mereka memastikan anda mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang sah, mengikut tabie yang betul; bukan dengan pasangan yang tidak sah dan tidak bertindak di luar tabie.

Apabila semuanya gagal, dakwaan salah laku seks ditimbulkan. Ia berkesan setiap masa. Sewaktu mereka hendak menjatuhkan Anwar Ibrahim pada tahun 1998, mereka lakukannya. Kenapa tidak ditimbulkan dakwaan penyalahgunaan kuasa, korupsi melibatkan kontrak, projek, saham, dll? Saya yakin tentu ada di kalangan rakan-rakan dan juga saudara mara Anwar yang telah menerima "habuan" kerajaan ketika itu.

Setiap ahli politik Barisan Nasional (dan/atau rakan/keluarga meraka) menerima faedah dalam pelbagai bentuk dari sumbangan kerajaan. Saya tahu mereka yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamed dan Anwar, telah menerima faedah secara langsung daripada "keakraban" perhubungan dengan Perdana Menteri/Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Tidak sukar untuk memberi contoh situasi di mana Anwar boleh dikatakan telah melakukan salahguna kuasa beliau untuk memberi kekayaan kepada rakan dan keluarga beliau. Secara peribadi, saya tahu tentang perkara itu. Walau bagaimanapun, saya tidak akan berkongsi perinciannya kerana nanti akan timbul dakwaan, mengatakan saya telah "dibeli", berpaling tadah, sebagai kuda trojan (Trojan Horse) dan macam-macam lagi. Anwar tidak lakukan apa-apa kesalahan. Saya tidak boleh katakan Anwar telah lakukan kesalahan, jika saya hargai kehidupan saya.

Rahim Thambi Chik, bekas Ketua Menteri Melaka, juga seorang yang korup. Terdapat beberapa kejadian di mana dia terlibut dalam aktiviti korupsi yang bernilai jutaan ringgit. Tetapi, hanya SATU kes dakwaan salah laku seks berjaya menjatuhkan dia, bukan 50 kes korupsi yang melibatkan bekas Ketua Menteri tersebut.

Mat Sabu dan Ahmad Sarbaini (Pegawai Kastam yang meninggal dunia di tangan SPRM) juga sekarang dicemarkan dengan kaitan aktiviti salah laku seks. Kenapa mesti salah laku seks, dan tidak perkara lain? Kerana dakwaan salah laku seks ini berkesan dan tidak pernah gagal untuk menjatuhkan mereka yang dikaitkan dan didakwa.

Mereka mungkin terlibat dalam aktiviti seks rambang, jadi? Mereka mungkin seorang gay atau bi-seksual, jadi? Mereka mungkin melakukannya mengikut kemahuan mereka, jadi? Apa kesannya kepada saya secara peribadi? Di mana ketikanya saya merana? Adakah saya kerugian apa-apa? Adalah negara kerugian apa-apa? Mampukah keadaan ini menyebabkan negara muflis? Eknomi negara merudum? Adakah semua kegiatan ini dibiayai oleh pembayar-pembayar cukai?

Semua di atas, atau mungkin lebih lagi, akan berlaku jika negara kita disalah tadbir, dan kekayaan negara diagih-agihkan sesama mereka yang berkuasa. Selain dari itu, negara, malah saya sendiri tidak merasa tempiasnya. Mereka yang berkuasa sekarang pun ada tuntutan dan kemahuan seks masing-masing.

Jadi, kenapa kita heboh dengan hal "seks" ini, walhal kita sepatutnya memandang serius tentang isu korupsi dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran kerajaan sekarang? Senang saja, rakyat Malaysia tidak peduli tentang masalah yang penting. Kebanyakan mereka kepoh, sibuk dengan hal seks; siapa dengan siapa dan bagaimana mereka buat.

Mereka timbulkan dakwaan salah laku seks untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada perkara yang lebih penting. Dan kerana itulah, nama baik Allahyarham Ahmad Sarbaini mula dicemari dengan dakwaan yang sama di laman-lamab blog UMNO.

Pada awalanya, Ahmad Sarbaini dikaitkan dengan aktiviti rasuah bernilai billion ringgit. Kemdian angka tersebut berkurang menjadi ratusan juta ringgit. Dan sekarang, Ahmad Sarbaini dikata pernah mengadakan hubungan seks dengan wanita selain dari isteri beliau. Dakwaan yang terkini tentang seks, walaupun kecil dan tidak memberi impak kepada saya dan negara, akan mereka gunakan kerana ianya selalu berjaya.

Saya fikir, kepada masyarakat Cina, dakwaan seperti ini tidak membawa apa-apa makna. Malahan, ia mungkin menjadi batu loncatan untu menjadi presiden parti politik. Jika Chua Soi Lek boleh mengaturkan supaya 100 lagi terbitan DVD memaparkan aksi seks dan teknik-teknik seks beliau, mungkin jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia jadi milik beliau.

Tidak kepada masyarakat Melayu, mereka pantang didakwa seperti tersebut. Ia pasti menjatuhkan seseorang, jika yang didakwa berbangsa Melayu.

Kenapa masyarakat Melayu begitu sibuk dengan isu "seks"? Saya tidak pernah belajar tentang sosiologi atau antropologi, tetapi tidak sukar untuk menganalisa cara pemikiran orang Melayu. Biarkan saya terangkan kenapa (mungkin saya boleh dapatkan PhD untuk artikel ini).

Kita lihat kontroversi sekarang tentang undang-undang Islan, Hudud. Hudud adalah di antara undang-undang Syariah, dan melibatkan jenayah-jenayah berat di dalam Islam, jenayah-jenayah seperti rompakan, pemberontakan, pembunuhan dan lain-lain, termasuklah dakwaan salah laku seks.

Di dalam Islam salah laku seks adalah satu jenayah berat, dakwaan salah laku seks adalah sesuatu yang amat serius. Di dalam Islam, mereka yang membuat fitnah, ia seperti membunuh manusia lain.

Di antara tujuh jenayah berat yang di dalam Hudud adalah menuduh seseorang wanita melakukan kegiatan tidak bermoral. Jika dakwaan itu betul dan boleh dibuktikan, atau disokong oleh keterangan saksi-saksi (atau video/foto sebagai bahan bukti), hukumannya amat berat. Jika wanita itu masih bujang, hukuamannya rotan 100 kali, atau ditanam dan direjam sampai mati jika dia sudah berkahwin. Tetapi jika yang mendakwa gagal memberi bukti, si pendakwa pula akan dihukum rotan 80 kali.

Salah laku seks adalah di antara tujuh jenayah serius di dalam Islam. Membuat dakwaan palsu tentang salah laku seks juga adalah jenayah yang serius di dalam Islam.

Masyarakat Melayu, sebagai penganut agama Islam telah dibesarkan dengan minda sedemikian; seks adalah sensitif dan salah laku seks adalah jenayah besar. Perlakuan-perlakuan lain seperti perkauman, penindasan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, berbelanja wang pembayar cukai untuk memenuhi nafsu berbelanja si isteri, kejam terhadap haiwan bukan jenayah yang serius dan penting untuk diberi perhatian. Dakwaan salah laku seks lebih penting, lebih serius.

Oleh kerana itulah, setiap dakwaan-dakwaan seperti ini ditimbulkan. Ia akan menjadi sesuatu yang amat penting dan serius kepada masyarakt Melayu. Pemikiran mereka dibanjiri dengan seks.

Jabatan Agama Negeri mengadakan serbuan untuk menahan mereka yang terlibat dalam kegiatan tidak bermaruah. Adakah jabatan berkenaan juga mengadakan serbuan untuk menangkap mereka yang terlibat dalam hal perkauman, penindasan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, berbelanja wang pembayar cukai untuk memenuhi nafsu berbelanja si isteri, kejam terhadap haiwan? Sudah tentu tidak. Mereka tidak pedulikan hl tersebut, yang mereka tahu, menahan orang yang melakukan aktiviti seks haram.

Jadi, Jabatan Agama Islam Negeri boleh sepatutnya di panggil "Jabatan Pencegahan Seks Haram". Ia sebenarnya tidak berfungi sebagai Jabatan Agama, ia adalah Jabatan Pencegahan Seks Haram. Jutaan wang ringgit dari pembayar cukai digunakan untuk membayar gaji ribuan pegawai yang kerja mereka memastikan anda mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang sah, mengikut tabie yang betul; bukan dengan pasangan yang tidak sah dan tidak bertindak di luar tabie.

Menyediahkan bukan? Ia sememangnya sesuatu yang menyedihkan.

Sekarang anda sudah faham cara pemikiran masyarakat Melayu? Dan kerana itulah, dakwaan-dakwaan salah laku seks timbul dan menjadi senjata yang berkesan untuk menjatuhkan seseorang.

Masyarakat Melayu telah dibesarkan dan diasuh sebegitu rupa, dan dalam pemikiran mereka cuma ada seks, seks, seks!

Adakah saya telah mengecewakan dan menimbulkan kemarahan sebilangan orang Melayu? Saya harap begitu, kerana sememangnya saya berniat demikian. -RPK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...