08 November 2011

Doktor peribadi Michael Jackson bersalah,penjara 4 tahun


Dr Conrad Murray digari selepas juri mengumumkan keputusan mereka dalam perbicaraan berkenaan kematian Michael Jackson, semalam.


LOS ANGELES, 8 Nov — Doktor peribadi Michael Jackson didapati bersalah menyebabkan kematian penghibur tersohor itu dua tahun lalu.
Dr Conrad Murray, 58, dibawa keluar dari mahkamah dengan digari selepas juri Los Angeles, pada akhir perbicaraan selama enam minggu, mencapai keputusan sebulat suara.

Doktor itu yang berhadapan dengan hukuman penjara selama empat tahun akan dijatuhkan hukuman pada 29 November ini.

Dia didakwa melakukan pembunuhan tidak sengaja ke atas Jackson pada 25 Jun 2009.

Murray sebelum ini mengaku tidak bersalah kerana memberikan penyanyi “Thriller” satu dos maut ‘anaesthetic propofol’ yang terlalu aktif — yang biasanya digunakan dalam pembedahan - yang diputuskan sebagai punca utama kematian raja pop itu.

Pendakwa berhujah bahawa Murray bertindak cuai dalam menguruskan bahan itu untuk membantu Jackson tidur. Bagaimanapun peguam pembela pula mendakwa Jackson sendiri yang mengambil dos tersebut.

Ekoran keputusan juri, hakim mengarahkan Murray, yang dibebaskan dengan diikat jamin sejak dua tahun lalu, ditahan sehingga hukuman dijatuhkan akhir bulan ini.

Murray yang tidak memberi keterangan dalam perbicaraan, tidak menunjukkan apa-apa perasaan ketika keputusan diumumkan.

Ibu Jackson, Katherine dan kakak mendiang Rebbie menitiskan air mata ketika keputusan dibacakan.

Jackson ditemui mati di rumah agamnya di Los Angeles pada 25 Jun 2009 ketika berusia 50 tahun, kira-kira tiga minggu sebelum memulakan siri konsert di London. — Reuters

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...