03 April 2009

Ceramah Pakatan Rakyat tetap sentuh isu AltantuyaFriday,
Oleh: Rusnizam Mahat


SUNGAI PETANI, 4 APRIL (SK) - Kempen Pilihanraya Pakatan Rakyat di Dun N.25 Bukit Selambau akan terus membangkitkan pelbagai isu di peringkat tempatan dan nasional termasuk skandal penglibatan Perdana Menteri, Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya.

Ketua Penerangan keADILan, Tian Chua berkata demikian dalam satu sidang media di Bilik Gerakan Angkatan Muda KeADILan di bangunan Yayasan Aman, Sungai lalang di sini tengahari semalam.Beliau berkata, Pakatan Rakyat tidak boleh menghalang keinginan rakyat untuk mengetahui tentang hal berkenaan yang sehingga kini masih tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan.

“Kita akan terus jelaskan skandal peribadi (melibatkan najib) dan bukan dengan melarang rakyat dari berbincang terhadap isu-isu ALtantuya,” katanya.
Katanya, meskipun Polis melarang perkara itu dibawa dalam kempen dan ceramah, namun kerajaan tidak mempunyai hak untuk melarang rakyat dari membicarkan dan mengetahui tentang hal sebenar.

Sebaliknya, kata Tian Chua kerajaan seharusnya mengambil tindakan terhadap laporan akhbar Perancis, Liberation yang menyiarkan skandal penglibatan najib dalam kes berkenan. Beliau mencadangkan Perdana Menteri supaya mendakwa akhbar itu di mahkamah kerana ia melibatkan maruah negara..
“Maruah negara harus dipertahankan. Kita tegas untuk jelaskan pendirian kita,” tegas beliau.

Menurutnya, Pakatan Rakyat akan menjelaskan tentang pelbagai tindakan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap pemimpin yang cuba membongkarkan kes itu, termasuk pergantungan Ahli parlimen Puchong, Karpal Singh dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun akibat membangkitkan isu berkenaan.

“Kita tak boleh halang rakyat yang mempunyai keinginan untuk tahu,”jelasnya.
Sidang media itu turut dihadiri oleh Ketua Wanita keADILan, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Majli Tertinggi KeADILan Khalid jaafar.

1 ulasan:

hasbul berkata...

najib tetap gagal buktikan dia tak terlibat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...