Bukit Selambau: Masyarakat Siam sokong Pakatan Rakyat
BN dakwa mereka umpama ‘layang-layang terputus ekor’ terpusing ke sana ke mari tanpa tujuan maka tidak hairan mereka boleh melakukan berbagai cara semata-mata untuk menang.Deng Hong, 55, mendakwa Umno dan BN tidak boleh dipercayai lagi ekoran terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh kepimpinan tertinggi.Lagipun, BN sering menggunakan peluang yang ada untuk kepentingan diri serta kroni.
“BN tidak boleh dipercayai lagi. Kami dah tak mau BN, ” ujarnya.
Rakannya, Ook Tai, 40, menegaskan, sejak era reformasi sokongan terhadap KeADILan tidak padam sebaliknya lebih meningkat tambahan lagi kelakuan kepimpinan BN yang terlampau zalim.Maka, sekarang ini hanya tinggal golongan tua sahaja yang masih tidak berubah. Situasi ini bukan di kalangan orang Siam malahan semua kaum di Malaysia.
“Semasa di Kuala Lumpur saya terlibat dengan reformasi dan sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk menghukum BN setelah berjaya melakukan demikian pada pilihan raya umum ke-13 lepas, ” katanya yang juga Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Kuala Sin.Beliau yang kembali ke Bukit Selambau pada tahun 2003 berjaya menarik ramai di kalangan masyarakat Siam untuk menyertai KeADILan.
Sekarang ini usahanya berhasil apabila ramai kalangan masyarakat Siam muak dengan sikap BN yang sering mengutamakan kroni sahaja.
Seorang lagi penduduk Bukit Selambau Din Hong, 53, berkata, tiada makna selama ini beliau memberi sokongan pada BN yang mana setiap permohonanya pembesaran longkang tidak dihiraukan.Pernah permohonan untuk membina jalan tar di rumahnya ditolak oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan alasan orang Siam tidak ramai lagi di Kampung Perak ‘B’.
“Kali ini saya tidak lagi beri sokongan pada BN. Saya mahu Pakatan Rakyat kerana ia terserlah berjaya dengan kebaikan dan kejayaan, ” jelasnya.
http://www.harakahdaily.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan