30 Mac 2009

NEGARA KITA AKAN HANCUR


BUKIT SELAMBAU : Wanita UMNO dah istihar JIHAD...

Wanita Umno perhebat kempen di Bukit Selambau
SUNGAI PETANI: Wanita Barisan Nasional (BN) akan memperhebatkan gerak kerjanya untuk memastikan kemenangan calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini.Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pihaknya sudah menggerakkan jentera pilihan rayayang dianggotai ahli peringkat cawangan dan bahagian serta Wanita Umno negeri dari seluruh negara."Kita sudah mengatur dan mengagihkan kerja bagi memastikan calon BN mencapai kemenangan," katanya selepasmengadakan perjumpaan bersama kira-kira 300 petugas Wanita BN DUN Bukit Selambau di sini.Hadir sama, Ketua Wanita MIC, Datin Paduka P Komala Devi.Beliau berkata, Wanita BN akan menjadikan pilihan raya kecil itu sebagai medan untuk mempertahankan diri, keluarga dan tanah air daripada ancaman yang dikhuatiri hadir bersama parti dan individu berkenaan."Kami Wanita Umno menganggap ia sebagai jihad untuk menentukan tidak ada mana-mana individu diberi peluang menghancurkan kestabilan dan kemajuan negara."Rakan wanita komponen BN berasa pilihan raya kecil ini amat mustahak dan kami berikrar bahawa negara ini tidak akan dihancurkan," katanya yang enggan mendedahkan jumlah petugas Wanita BN pada pilihan raya kecil kali ini.Shahrizat berkata, pihaknya akan membantu sedaya upaya dengan strategi yang lebih berkesan daripada apa yang dilaksanakan pada pilihan raya kecil sebelum ini."Kaum wanita tidak suka politiking. Baginya, paling penting ialah menjalani kehidupan dengan lebih baik dalamsebuah negara yang aman dan stabil," katanya. (BeritaHarian)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...