Umno cawangan Guar Jering Jaya umum bubar di bilik gerakan PKR
Umno cawangan Guar Jering Jaya, yang dikatakan tempat asal calon Barisan Nasional PRK Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, dibubarkan, pagi ini.
Seorang individu yang mendakwa dirinya ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya mengumumkan pembubaran cawangan itu pada sidang media di bilik gerakan PKR Permatang Pauh, pagi ini.
Asri Ahmad, 44, yang mengaku menjadi ahli Umno selama lebih 30 tahun berkata, cawangan yang ditubuhkan pada 2006 dengan 68 orang ahli itu dibubarkan kerana diabaikan kepimpinan tertinggi Umno.
"Kami diabaikan selama bertahun-tahun. Kami tidak dapat peruntukan dan mesyuarat cawangan kami juga dibatalkan tanpa sebab.
"Kami ada hantar surat kepada setiausaha agung Umno tapi sehingga kini masih belum dapat jawapan," katanya.
Beliau berkata, mereka kini sedang mempertimbangkan sama ada akan menyertai PKR atau tidak dalam masa terdekat ini.
Timbalan Ketua Pemuda PKR negeri merangkap exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata pembubaran itu satu tamparan hebat buat calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin.
"Kampung Guar Jaya Jering ini tempat asal Suhaimi. Kalau orang kampung dia pun dia tak jaga, bagaimana dia mahu jaga Permatang Pauh.
"Di kampung dia sendiri dia gagal jaga kebajikan orang kampung dia. Kita minta dia berhenti kempen sajalah," kata ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya itu.
Katanya, Asri selepas ini akan membantu menubuhkan bilik gerakan di Guar Jering Jaya bagi membantu kempen PKR.
Sementara itu, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Othman dalam reaksi segera berkata, permohonan untuk membubarkan cawangan itu diterima Umno negeri sejak tahun lepas lagi.
Namun, beliau perlu menyemak status permohonan tersebut dan mereka yang didapati berkempen untuk PKR sewaktu masih lagi memegang keahlian Umno akan dipecat daripada parti.

4 ulasan:
Puak.umno tak do tolur kalau dah dibubarkan apa tunggu lagi kempenlah utk PKR baru botul
Ada brani ada tolur.
Kalau dah cawangan sendiri pun diabaikan macamana nak berjanji berbagai bagai utk rakyat permatang pauh. Hahhahahahahahahaa...
Ini cakap tak serupa bikin punya orang...
Umur baru 44,masuk umno dah lebih 30 tahun, biar betul ni, umno terima orang umur 14 tahun jadi ahli???

Catat Ulasan