Pemuda UMNO kutuk KP Kastam
Kastam menangguhkan keputusan kad isian semula telefon prabayar tidak dikenakan GST. Sehubungan itu, semua kad isian semula dikenakan GST sama seperti selepas 1 April.
PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar mengutuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) kerana membuat pusingan-u berhubung harga kad isian semula telefon prabayar.
Beliau berkata, apa yang telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad itu amat memalukan.
Dia berkata, adalah lebih baik jika Khazali diam dan tidak membuat apa-apa kenyataan yang boleh mendatangkan malu.
“KP Kastam… Semalam cakap lain, Hari ini cakap lain.. Lepas ni jangan lagi cakap apa apa… Berhenti terus… Bikin Malu…” tulisnya di Facebook.
Dalam kenyataan media pada Rabu, Khazali berkata pengumuman bahawa harga kad isian semula tidak dikenakan GST yang diumumkan pada Rabu, telah ditangguhkan.
Sehubungan itu, harga kad isian semula prabayar sama seperti harga jualan selepas 1 April.
Ini bermakna, kad isian semula berharga RM10 djual pada harga RM10.60 termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Khazali menyatakan arahan penangguhan itu selepas mengambil kira pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa kajian mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat komunikasi.
1 ulasan:
Siapa sebenarnya lebih berkuasa disini. Kastam atau SKMM?????
Bukankah cukai dan perlaksanaan cukai dibawah kuasa Kastam. Mengapa tak boleh selesaikan masalah ini.
Catat Ulasan