29 April 2015

GEMPAR! MALAYSIA DALAM BAHAYA, APAKAH PUNCANYA?

Malaysia dalam bahaya


Wakil Rakyat DAP Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyifatkan personaliti yang ditunjukkan PM meletakkan Malaysia dalam keadaan berbahaya.



PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengambil langkah sistematik dan drastik bagi mendedahkan keburukan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain siri jelajah ke seluruh negara, terdapat cadangan supaya beliau mendedahkan kepada dunia, siapa sebenarnya Najib.

Saranan itu dibuat Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berikutan serangan bertubi-tubi kumpulan pro Najib ke atas mantan Perdana Menteri apabila beliau membangkitkan pelbagai persoalan terhadap kepincangan yang berlaku dalam pentadbirannya.

“Gelagat Najib menunjukkan business untuk remove him from office bukan suatu perkara senang. Jadi jangan kita hidup dalam khayalan. Dr Mahathir tidak akan boleh desak Najib supaya berundur. Geng Najib akan kata- siapa si mamak tua ini? Malah persendaaan kepada Dr Mahathir sudah pun dimulakan.Bloggers UMNO kata apa yang diucapkan oleh Mahathir SEMUA nya fitnah dan dusta,” syornya.

Sebagai contoh, katanya, rakyat marah mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetapi, penjelasan yang diberikan tidak terperinci.

“Rakyat hendak tahu apa yang kurang pada SST dan kenapa ianya diganti dengan GST? Jika GST kutip cukai yang lebih rendah, mengapa pilih GST kecualilah GST itu sebetulnya skim kutipan cukai yang lebih cekap- yang sebenarnya ia begitu. Maka kita tahu kerajaan yang makin membesar memerlukan wang yang lebih banyak untuk mengurus.

Jika demikian, rakyat khuatir kerajaan yang dipimpin oleh seorang PM yang angkuh, yang belanja macam hilang pedoman, yang membenarkan korapsi dan tipu muslihat, yang tidak mengira apa jadi pada rakyat terus memimpin,”komennya.

Dakwanya, kerajaan menggunakan pelbagai cara untuk alasan untuk mempertahan GST dengan kelentong di sana sini, tanpa jawapan yang kukuh.

Mohd Ariff Sabri membuat ulasan berkenaan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak tampil secara langsung ketika melancarkan Laporan Tahun 2014 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada Malam Rabu.

“PM Najib muncul dengan ucapan ala State Of The Nation Address. Tema nya ialah Transformasi Untuk Semua. Ia disiarkan live.
Dia menggunakan kesempatan tersebut untuk jerit, memberi amaran dan melepaskan geram. Jika kita ada pemimpin seperti ini, ini petanda Malaysia dalam bahaya,” tulisnya.

Katanya, mereka yang mengikuti siaran yang dibuat di Angkasapuri membangkitkan pelbagai persoalan walaupun Najib mendakwa pelbagai kejayaan telah dicapai selepas lima tahun ia dilaksana.

“Kita menyampah dengan syarahan Najib mengenai ETP, GTP yang mengujudkan perkerjaan berjuta juta. Siapa perkerja tersebut dan siapa yang dapat kepakaran?

“Sila beritahu kita jumlah perkerja bumiputera yang berkerja dalam projek2 mega yang Najib laksanakan? MRT sebagai contoh. Pergilah ke mana site MRT- para perkerja mereka adalah perkeja asing. Mereka dibayar rendah – mereka boleh terima sebab keadaan negara mereka teruk,”ulasnya.

Menurut Mohd Ariff Sabri di sebalik, cerita kejayaan yang dicapai di bawah ETP, ia sebenarnya menjadi asas kritikan yang dibuat rakyat.

Bagaimanapun semua persoalan yang dibangkitkan tidak dijelaskan Najib.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...