27 April 2015

TMJ CABAR - BALING BATU KEPADA DIA KALAU ADA BERANI




“Baling Batu Kepada Saya Jika Berani” – TMJ



KUALA LUMPUR – Insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Ipoh selepas tamat aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Perak malam kelmarin bertambah panas dengan reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai kejadian itu hari ini.

Tunku Ismail yang ternyata berang dengan layanan buruk diterima penyokong Johor pada malam tersebut mencabar penyokong pasukan lain yang bencikan Harimau Selatan supaya jangan membaling batu kepada penyokong Johor, sebaliknya membaling batu kepada beliau.

“Kepada pahlawan kekunci dan juga kepada semua penyokong bola sepak dari mana-mana negeri, janganlah setakat berani berbunyi di alam maya. Kalau tidak berpuas hati, janganlah membaling batu kepada penyokong JDT.

“Balinglah kepada Presiden PBNJ kerana sayalah yang merevolusikan pembangunan bola sepak negeri Johor. Sila beritahu saya tarikh dan tempatnya dan saya akan datang,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail dalam pada itu menafikan penyokong Johor punca kepada kekecohan tersebut sebaliknya mendakwa penyokong Perak yang mencetuskan pergaduhan dengan membaling objek keras kepada penyokong Harimau Selatan.

Titah baginda, pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) yang ketakutan akan dikenakan tindakan pantas membuat laporan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kononnya penyokong Johor bertindak liar.

Justeru, baginda menyifatkan perbuatan penyokong Perak tersebut menjelaskan sikap tidak bertamadun mereka sejak tahun 2013.

“Sedar atau tidak bahawa tuduhan dilemparkan kepada penyokong JDT tersebut yang rata-ratanya datang bersama keluarga dan anak kecil.

“Mengapa tidak tanya sendiri kepada polis adakah kami yang mulakan dahulu. Lagu “JDT Bangsat” mula berkumandang dinyanyikan oleh penyokong Perak yang memenuhi stadium malam itu,” titah baginda.

Sehubungan itu, Tunku Ismail mencadangkan FAM mengambil tindakan dengan mendenda `mata’ yang diperoleh pasukan itu kerana ia lebih berkesan untuk menangani insiden sama berulang.

Baginda turut melahirkan rasa kesal kerana pasukan lain tidak berusaha menangani unsur-unsur negatif dalam kalangan penyokong mereka seperti yang PBNJ lakukan ke atas Inter Johor Firm (IJF).

“Teringat pula satu kisah semasa saya kecil dahulu orang-orang tua Johor berkata. Dahulu semasa manusia bermesyuarat dan duduk diatas pokok, di Johor, orang-orang Johor sudah mula memandu Rolls Royce,” sindir baginda.

Tunku Ismail turut mengemukakan kronologi insiden di Stadium Perak tersebut seperti berikut:

– Selepas tamat perlawanan penyokong Perak berkumpul dan memenuhi lobi utama stadium dan hanya bersurai selepas dikerahkan oleh pasukan keselamatan.

– Jalan utama menuju ke stadium turut dibanjiri penyokong Perak sehingga menghalang laluan kenderaan.

– Dua bas JDT telah dibaling dengan objek keras.

– Perbincangan diadakan oleh pengurusan JDT dan Ketua Polis Daerah Ipoh untuk mendapatkan kebenaran menggunakan trak FRU bagi menjamin keselamatan pemain.

– Penyokong JDT yang berada di stadium diarahkan berkumpul di grandstand dan padang.

– Beberapa penyokong Perak meluru masuk ke dalam stadium dari arah bertentangan grandstand dan membaling objek keras ke arah penyokong JDT.
– Pada pukul 1.00 pagi, penyokong JDT diiringi pasukan keselamatan berjalan kaki ke Kem FRU Sg. Senam (berjarak 300-400 meter).

– Penyokong menaiki bas dan diiringi pasukan keselamatan sehingga jalan masuk ke lebuh raya.

9 ulasan:

kerja sendiri berkata...

tengok bola pun boleh sampai gaduh baling batu bagai..

aku berkata...

Haramkan sahaja liga bola sepak kerana ia menanam semangat assabiayah kenegerian dan membangkitkan kebencian sesama rakyat Melesia.

Tanpa Nama berkata...

Terboeekkk...

Unknown berkata...

Penyokong mabuk minum daun ketum. Tak boleh berfikir.

Unknown berkata...

Sy tiada d stadium utk membuat ulasan. Maklumat dr media tdk blh membantu membuat konklusi.
Tanam kan sporting spirit kpd penyokong pasukan. Kalah menang adat pertandingan.

Tanpa Nama berkata...

TMJ mesti pandang dalam cermin, diri sendiri memang dah terok kata orang lebih. Siapa tak tahu di seluruh malaysia tentang perlaku TMJ. Dari itu musabah dirilah dulu baru bersikap adil. Jangan tanamkan sifat ego pada pemain. Ini akan memusnahkan sukan bolasepak malaysia. Bersifat rendah diri walaupun kita orang bangsawan. Ikut peribadi Rasullah. Faham tak?????????

Tanpa Nama berkata...

siapa yg lebih samseng... bos dia ke... peminat ke... atau pemain

Tanpa Nama berkata...

Di Kelantan FRU dan polis bantuan berada di tempat penyokong.

Baling berkata...

Cadangan untuk penyokong lebih berdisplin dan bertamadun ialah tukar kerajaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...