01 November 2014

HEBAT AH LONG SEDIAKAN PINJAMAN HALAL " TAKAFUL" PULAK ....


Muhammad Taufik menunjukkan poster yang ditampal ah long pada tiang telefon tertera perkataan “pinjaman takaful”.

BUKIT PALAH - Menggunakan perkataan “Takaful” dikenal pasti sebagai taktik terbaru sindiket pemberi pinjaman wang haram (ah long) menarik perhatian orang ramai yang kononnya ia berkonsepkan Islam.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi sekitar Bandaraya Melaka mendapati keadaan itu sudah menjadi trend sindiket terbabit dengan meletakkan poster-poster mereka di merata tempat.

Menurut seorang penduduk, Muhammad Taufik Khalil, 30, sindiket terbabit tidak sepatutnya menggunakan istilah Islam semata-mata bagi menarik perhatian orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan mereka.

Jelasnya, pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) harus memantau keadaan ini bagi mengelakkan orang ramai terkeliru dengan tawaran dijanjikan atas nama Islam kononnya.

“Saya terkejut apabila menemui poster yang ditampal menggunakan perkataan 'Pinjaman Takaful'. Mengikut tafsiran syarak, takaful bermaksud satu kumpulan pakatan yang saling menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain apabila salah seorang peserta ditimpa musibah.

“Perkataan takaful sering digunakan oleh syarikat insurans berasaskan muamalat Islam atau perkataan takaful itu sendiri dalam bahasa Arab berasal dari perkataan 'kafala' yang bermaksud saling menjamin. Jelas sekali, sindiket ah long ini menggunakan perkataan ini yang kononnya pinjaman mereka berlandaskan syarak,” katanya.

Muhammad Taufik yang juga seorang Imam di Masjid Al-Abrar, Semabok berkata, paling dikesali apabila poster-poster terbabit ditampal sesuka hati sehingga mencemarkan pemandangan sekitar.

“Poster-poster ini juga sukar ditanggalkan dan menyulitkan anggota penguatkuasa pihak berkuasa tempatan untuk membersihkannya,” katanya.

MH370 : Dua anak lelaki penumpang pesawat fail saman




Dua anak lelaki penumpang pesawat MH370 hari ini memfailkan saman terhadap Malaysian Airlines System Berhad (MAS), Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan tiga lagi bagi menuntut ganti rugi berhubung kehilangan pesawat itu yang dinaiki bapa mereka dalam penerbangan ke Beijing, pada 8 Mac lepas.

Dua beradik berusia 13 dan 11 tahun itu selaku plaintif memfailkan saman melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming, 38, menerusi Tetuan Rusmah Arunan (amp) Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dua beradik itu yang diwakili peguam Datuk Dr. S. Arunan dan peguam Gary Edward Chong, turut menamakan ketua pengarah Jabatan Imigresen, panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, dua beradik itu mendakwa bapanya, Jee Jing Hang, 41, yang merupakan penumpang pesawat MH370 telah memasuki suatu kontrak perjanjian penerbangan dengan MAS dalam penerbangan dari Kuala Lumpur pada jam 12.41 tengah malam dan dijangka mendarat di Beijing, pada 6.30 pagi, 8 Mac.

Plaintif mendakwa menerusi perjanjian itu, MAS sebagai defendan pertama seharusnya mengambil semua langkah yang wajib untuk memastikan suatu penerbangan yang selamat, namun telah memungkiri perjanjian itu apabila gagal mendarat di Beijing dan tiada butiran lanjut mengenai pengakhiran pesawat itu sehingga hari ini.

Mereka juga mendakwa MAS tidak memberi penjelasan yang sewajarnya tentang kejadian yang berlaku semasa penerbangan pesawat itu, khususnya dalam pengetahuan syarikat penerbangan tersebut dan gagal menyempurnakan tanggungjawab, sekaligus menyebabkan kehilangan bapa mereka.

Selain itu plaintif mendakwa ketua pengarah DCA sebagai defendan kedua, yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kawalan trafik udara bagi memastikan penerbangan itu selamat, telah gagal dan cuai untuk mengambil langkah secukupnya bagi mendapatkan perhubungan dan menjejaki pesawat itu melalui radar.

Pasangan adik beradik itu turut mendakwa Jabatan Imigresen telah gagal dan cuai melaksanakan pemeriksaan rapi ke atas penumpang pesawat itu sehingga membolehkan beberapa penumpang menaiki pesawat dengan menggunakan pengenalan palsu.

Mereka juga mendakwa pihak TUDM telah gagal dan cuai untuk menghantar pesawatnya dengan kadar segera bagi mengenal pasti pesawat yang tidak dijadualkan telah muncul dalam sistem radar TUDM, berkemungkinan adalah MH370.

Justeru itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi terhadap kesemua defendan atas kehilangan bapanya yang merupakan penanggung tunggal mereka, seorang ahli perniagaan berpendapatan bulanan sebanyak RM16,865 dan ganti rugi tambahan akibat penderitaan yang dialami kedua-dua adik beradik itu.

Selain itu, turut dituntut adalah ganti rugi teladan kerana mengabaikan nyawa bapanya, penumpang lain dan anak kapal serta meletakkan keluarga mereka dalam kecelaruan, kos, faedah dan relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Usaha mencari masih dijalankan di selatan Lautan Hindi.-- BERNAMA

KERANA SAINGAN PASAR BURMA ADUN DITUMBUK!!!

Tumbuk ADUN Kuala Perlis, Penjual Ikan Dipenjara 14 Hari

KANGAR - Seorang peniaga ikan dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM2,000 setelah didapati bersalah mencederakan Adun Kuala Perlis, Mat Hassan dua tahun lalu.

Majistret Norhayati Ibrahim memerintahkan Fauzi Yusof, 39, dihukum penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, Fauzi telah sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mat Hassan di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis pada 8 September 2012 kira-kira jam 9.15 pagi.

Hukuman itu berkuat kuasa semalam setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Norhayati melalui penghakimannya berkata, pihak pembelaan yang mengemukakan keterangan tertuduh cuba membela diri selepas diprovok juga tidak memenuhi pra syarat bagi tujuan itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun dan denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Fauzi yang diwakili dua peguam bela, Mohd Asrul Affandi Abdul Halim dan Mohd Hapiz Rajali memohon supaya hukuman penjara terhadap anak guamnya ditangguhkan.

Norhayati kemudian membenarkan hukuman itu ditangguhkan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 sementara menunggu rayuan mereka ke Mahkamah Tinggi.

Pada 8 September 2012, Sinar Harian melaporkan Fauzi yang mempunyai rekod ditahan polis telah menumbuk Mat Hassan gara-gara tidak berpuas hati dengan isu pasar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, wakil rakyat itu bersama isterinya ketika kejadian berada di Kampung Seberang Tok Pi menghadiri satu majlis kematian.

Menurutnya, semasa beliau mahu pulang, datang seorang lelaki berusia 36 tahun memaklumkan peniaga-peniaga pasar di Kuala Perlis ada mengadu kepadanya mengenai jumlah pelanggan terjejas semenjak Pasar Burma dibuka
.

"Mat Hassan kemudiannya memberitahu lelaki berkenaan agar memaklumkan peniaga pasar terbabit supaya datang berbincang mengenai masalah itu dengannya.

"Walaupun Adun itu meminta lelaki berkenaan memaklumkan perkara tersebut kepada para peniaga, lelaki terbabit masih bercakap mengenai masalah tersebut.

“Semasa Mat Hassan ingin bergerak pulang, suspek masih bising-bising dan tiba-tiba meluru ke arahnya serta melepaskan satu tumbukan di muka sehingga menyebabkan dia mengalami luka dan sakit di bawah mata pipi kirinya,” katanya. -Sinar Haria
n

31 Oktober 2014

PUTING BELIUNG LANDA KEDAH LAGI -VIDEO

Pautan kekal imej terbenam

DI KEPALA BATAS, JITRA

VIDEO KEJADIAN DIRAKAMKAN

Kejadian puting beliung berlaku lagi di Kedah hari ini (31 Okt 2014)....kejadian ini dirakamkan melanda Taman Inang dan kawasan sekitarnya.








Puting Beliung kuala sungai


DARI SUMBER SEBENTAR TADI


Kota Setar dilanda puting beliung

Alor Setar: Lebih 30 rumah di sekitar daerah Kota Setar rosak teruk selepas dilanda puting beliung dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi.

Difahamkan, antara kampung yang terbabit ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima laporan awal berhubung kejadian pada jam 5.22 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja dengan kekuatan enam anggota diketuai Pehawai Bomba Khairil Anuar Said dikejarkan ke lokasi salah sebuah lokasi iaitu di Taman Mergong Jaya.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati rata-rata rumah penduduk rosak teruk di bahagian bumbung dan garaj rumah akibat diterbangkan angin.

"Berikutan kejadian angin kuat pokok-pokok landskap berhampiran rumah penduduk dan di tepi jalan utama juga tumbang. Jumlah sebenar rumah yang rosak masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.

SPEKULASI KEJADIAN TEMBAK DI PENAMPANG, SABAH TERJAWAB



SPEKULASI KEJADIAN TEMBAK DI PENAMPANG, SABAH TERJAWAB

Kota Kinabalu, 31 Okt – Sidang media oleh SDCP Dato’ Jalaluddin Bin Abdul Rahman, Pesuruhjaya Polis Sabah mengenai kejadian berbalas tembak yang berlaku di bangunan kedai, Bandar Baru Penampang, Sabah telah diadakan pada jam 11.30 pagi tadi.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah dalam sidang media yang diadakan, pihak PDRM telah menerima maklumat bahawa terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mencurigakan di kawasan Bandar Baru Penampang dan pihak polis telah mengekori kenderaan tersebut dan bertindak memberhentikan kenderaan tersebut dan seterusnya pihak polis telah menghampiri kenderaan tersebut untuk memperkenalkan diri sebagai polis.

Dalam masa yang sama, seorang lagi anggota polis yang berada di sebelah kanan kenderaan saspek telah menjerit ‘pistol’ dan anggota polis yang berada di sebelah kiri kenderaan suspek telah melihat lelaki di bahagian penumpang hadapan memegang pistol ditangannya dan disyaki cuba menembak ke arah anggota polis. Pada masa yang masa anggota polis telah bertindak melepaskan tembakan kepada penumpang hadapan sebelah kiri pemandu bagi mempertahankan diri dan pada masa yang sama juga terdengar beberapa tembakan dilepaskan dari dalam dan luar kenderaan tersebut.

Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, mendapati kedua-dua saspek telah meninggal dunia di mana kedua-dua saspek berumur dalam lingkungan 40 ke 50 tahun. Turut dijumpai oleh pasukan forensik di dalam kenderaan kedua-dua saspek adalah sepucuk pistol semi auto di mana dalam magazine terdapat satu butir peluru hidup. Hasil siasatan juga, di syaki kedua-dua saspek merupakan warganegara asing.

GAMBAR DAN VIDEO : OPERASI MENJEJAK PENGGANAS SULU - Dua Ditembak Mati!!!


Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota baharu, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, semalam.



Dalam kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis telah mengepung kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan tembakan dan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Menurut sumber polis, pihaknya telah membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi kesultanan Sulu di seluruh Sabah serta mengajar elemen keganasan.

"Suspek berusia 30-an dan 50-an berasal dari Kota Kinabalu. Mereka juga sedang cuba melakukan samun bersenjata di kawasan kedai itu. Polis kini sedang mengesan saki baki kumpulan ini dan mereka juga dipercayai mula aktif di luar kawasan pantai timur Sabah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Febuari 2013, negara dikejutkan dengan pencerobohan pemberontak bersenjata tentera Sulu dari Selatan Filipina di Lahad Datu dan Semporna di perairan Pantai Timur Sabah yang menyaksikan 10 anggota pasukan keselamatan negara terkorban.

Bagaimanapun negara berjaya mematahkan tindakan pemberontak itu melalui operasi bersama pasukan tentera dan polis yang dinamakan Operasi Daulat dengan membunuh lebih 100 pemberontak itu dan menangkap ratusan lagi pengikutnya di negeri tersebut.

Susulan insiden itu kerajaan telah menubuhkan perisai keselamatan bagi mengawal insiden pencerobohan, penculikan dan penyeludupan di Sabah, yang dinamakan ESSZONE (Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah ) dan ESSSCOM ( Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah).

Sementara itu, di PENAMPANG, Sabah, penduduk pekan itu panik seketika dengan insiden berbalas tembakan di kawasan perniagaan Penampang Baru itu.

Saksi kejadian seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang tidak ingin dikenali, mendakwa beliau mendengar tembakan dilepaskan di kawasan perniagaan itu.

"Saya tengah bekerja, terdengar bunyi seperti barang jatuh dan saya keluar dari kedai ternampak sekumpulan lelaki bersenjata memakai topeng melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Pekerja kedai makanan itu berkata beliau bersembunyi di kawasan kedai itu dan sempat melihat sekumpulan anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan melakukan pemeriksaan terhadap mangsa yang ditembak mati.

Beliau juga berkata melihat anggota polis membawa masuk dua plastik hitam dipercayai mayat mangsa yang ditembak.

Tinjauan Bernama mendapati polis menutup dua blok perniagaan dengan memasang tali kuning bagi melarang mana-mana pihak memasuki kawasan itu.

Sementara itu, satu sidang media khas mengenai perkara itu akan diadakan esok oleh Pesuruhjaya Polis Sabah.














VIDEO RAKAMAN AMATUR




SOKONG NAJIB JATUH 48%, WALAUPUN BR1M DINAIKAN!!!


Sokongan Najib jatuh 48%, mungkin akibat potong subsidi bahan api


Pemotongan subsidi bahan api baru-baru ini mungkin punca sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merosot dalam kaji selidik terkini. 

Sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merosot 6% kepada 48% bulan ini hasil kaji selidik yang terakhir dilakukan pada Ogos, lapor Merdeka Center hari ini, memetik rasa tidak puas hati akibat pemotongan subsidi bahan api.

Najib mendapat 54% rating persetujuan pada Ogos, selepas ia mengambil alih operasi memulihkan penerbangan MH17, kotak hitam dan mangsa ketika pesawat Malaysia Airlines itu ditembak jatuh di Ukraine pada Julai.

"Pada pandangan kami, penurunan dalam angka kedudukan itu mungkin akibat daripada langkah pengurangan subsidi bahan api pada 2 Oktober 2014," kata pengumpul suara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Kajian itu dilakukan pada 11 Oktober dan 26 Oktober lalu.

Badan itu menemubual 1,005 pengundi berdaftar melalui telefon.

Penarafan kelulusan terbaru dipercayai yang paling rendah pernah dicatatkan perdana menteri.

Sebagai sebahagian daripada rancangan rasionalisasi bahan api, Putrajaya mengurangkan subsidi bahan api pada awal bulan ini, yang menyaksikan kenaikan 20 sen seliter bagi RON 95 petrol dan diesel.

RON 95 kini berharga RM2.30 seliter, meningkat daripada RM2.10, manakala diesel RM2.20, meningkat daripada RM2 sebelum ini.

Sehubungan itu, kaji selidik itu mendapati penilaian kelulusan bagi Putrajaya menyaksikan penurunan 3%, dengan 38% responden mengatakan mereka gembira dengan kerajaan berbanding 41% yang dicatatkan pada Ogos lepas.

"Sekali lagi, kita mengatakan ini disebabkan rasa tidak puas hati orang ramai mungkin berpunca daripada kebimbangan atas kos sara hidup yang meningkat disebabkan kenaikan harga bahan api serta harga komoditi yang tertekan di kawasan luar bandar di negara ini," kata pengkaji itu.

Kaji selidik itu juga mendapati hampir separuh daripada responden merasakan negara ini "menuju ke arah yang salah", bertentangan dengan 41% yang merasakan Malaysia berada di landasan yang betul.

Sentimen negatif sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup, keadaan umum ekonomi serta kebimbangan sentimen perkauman dan penyampaian perkhidmatan awam.

"Mereka yang merasakan negara ini berada pada landasan yang positif berdasarkan pandangan mereka mengenai keamanan dan keselamatan, ekonomi yang baik dan bantuan kebajikan yang berterusan daripada kerajaan," kata Merdeka Centre.

Ekonomi kekal menjadi kebimbangan yang paling utama di kalangan responden, meningkat kepada 71% dalam kajian kali ini dibandingkan dengan 54% dua bulan lalu.

"Kami mengesan sentimen ini juga mengambil kira langkah tebatan yang diumumkan dalam ucapan belanjawan negara perdana menteri pada 10 Oktober 2014," kata Merdeka Centre. – tmi

DUA PEMBERONTAK SULU DITEMBAK MATI

Gambar: 2 penjenayah mati ditembak
October 30, 2014 

Penampang – Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Penampang Baru, di sini, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang dua individu ditembak mati dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Bagaimanapun Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jamaluddin Abdul Rahman enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan akan berbuat demikian dalam sidang media yang dijadualkan esok.

Ketika kejadian orang ramai yang berada di sekitar lokasi berkenaan dikejutkan dengan bunyi beberapa das tembakan sebelum sebahagian peniaga bertindak menutup premis masing-masing bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Lokasi kejadian ditutup kepada orang ramai sementara polis melakukan siasatan, lapor Hmetro.

Dua lelaki dipercayai pemberontak Sulu ditembak mati

Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota baru, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis telah mengepung kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan tembakan dan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Menurut sumber polis, pihaknya telah membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi kesultanan Sulu di seluruh Sabah serta mengajar elemen keganasan.

"Suspek berusia 30-an dan 50-an berasal dari Kota Kinabalu. Mereka juga sedang cuba melakukan samun bersenjata di kawasan kedai itu. Polis kini sedang mengesan saki baki kumpulan ini dan mereka juga dipercayai mula aktif di luar kawasan pantai timur Sabah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Februari 2013, negara dikejutkan dengan pencerobohan pemberontak bersenjata tentera Sulu dari Selatan Filipina di Lahad Datu dan Semporna di perairan Pantai Timur Sabah yang menyaksikan 10 anggota pasukan keselamatan negara terkorban.

Bagaimanapun negara berjaya mematahkan tindakan pemberontak itu melalui operasi bersama pasukan tentera dan polis yang dinamakan Operasi Daulat dengan membunuh lebih 100 pemberontak itu dan menangkap ratusan lagi pengikutnya di negeri tersebut.

Susulan insiden itu kerajaan telah menubuhkan perisai keselamatan bagi mengawal insiden pencerobohan, penculikan dan penyeludupan di Sabah, yang dinamakan ESSZONE (Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah) dan ESSSCOM (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah).

Sementara itu, di PENAMPANG, Sabah, penduduk pekan itu panik seketika dengan insiden berbalas tembakan di kawasan perniagaan Penampang Baru itu.

Saksi kejadian seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang tidak ingin dikenali, mendakwa beliau mendengar tembakan dilepaskan di kawasan perniagaan itu.

"Saya tengah bekerja, terdengar bunyi seperti barang jatuh dan saya keluar dari kedai ternampak sekumpulan lelaki bersenjata memakai topeng melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Pekerja kedai makanan itu berkata beliau bersembunyi di kawasan kedai itu dan sempat melihat sekumpulan anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan melakukan pemeriksaan terhadap mangsa yang ditembak mati.

Beliau juga berkata melihat anggota polis membawa masuk dua plastik hitam dipercayai mayat mangsa yang ditembak.

Tinjauan Bernama mendapati polis menutup dua blok perniagaan dengan memasang tali kuning bagi melarang mana-mana pihak memasuki kawasan itu.

Sementara itu, satu sidang media khas mengenai perkara itu akan diadakanesok oleh Pesuruhjaya Polis Sabah.

- Bernama

30 Oktober 2014

SELUAR DALAM SAIFUL PENINGKAN PENDAKWA?


SELUAR DALAM SAIFUL PENINGKAN PENDAKWA?
Oleh :Mohamed Hanipa Maidin

Saya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab agak sukar untuk diramalkan. Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu. Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata " nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar !

Saya akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh membebaskan Anwar. Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini. Banyak isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan.Kita tahu Anwar dituduh melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting iaitu tusukan ( penetration ) ke dalam anus Saiful.

Peguam Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan. Antaranya peguam Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang tidak munasabah.

Peguam juga berhujah bagaimanakah dalam keadaan Saiful menyatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan tapi tidak ada sebarang atau sedikitpun kecederaan atau koyakan kepada anus beliau di mana fakta tersebut diakui oleh semua doktor yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anus beliau. Semua tahu 4 orang doktor , satu dari Pusrawi dan 3 dari Hospital Kuala Lumpur telah memeriksa Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah wujudnya percanggahan keterangan Saiful semasa di Mahkamah dan keterangan beliau kepada Pegawai Penyiasat, Jude Pareira dan doktor di mana di Mahkamah beliau katakan beliau diliwat selama 5 minit manakala dalam keterangannya kepada Jude Pariera dan doktor beliau memberitahu ia diliwat selama 30 minit. Jika sekalipun diandaikan benar Saiful diliwat secara kasar dan menyakitkan selama 30 minit mengapakah tiada kecederaan atau koyakan ke atas anus Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah yang lebih pelik lagi meskipun Saiful menyatakan dia telah diliwat dengan secara kasar dan menyakitkan dan tanpa kerelaannya namun sehari selepas tarikh kejadian yang dikatakan itu beliau masih boleh berada di rumah Anwar. Peguam tunjukkan kepada Mahkamah gambar Saiful di rumah Anwar dalam keadaan wajah , menurut peguam, yang tidak menunjukkan beliau adalah mangsa liwat !


Sebagai peguam yang ada pengalaman mengendalikan kes rogol saya rasa mana mana peguam atau orang awam sekalipun pasti akan rasa aneh jika seorang mangsa yang dikatakan diliwat atau dirogol tanpa kerelaannya masih boleh hadir ke rumah peliwat atau perogol tersebut apatah lagi sehari selepas kejadian. Apapun kita lihatlah nanti bagaimana Mahkamah Persekutuan menilai dan memutuskan hujah peguam Anwar tersebut.

Mengenai hujah tentang seluar dalam Saiful peguam Anwar berhujah begini. Bagi membuktikan Anwar meliwat Saiful pendakwa mengemukakan dua seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di mana kedua dua seluar dalam itu ditandakan sebagai eksibit P14 dan P15. Eksibit P14 merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa hari kejadian iaitu hari yang Saiful katakan Anwar meliwat beliau.

P15 pula merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu tarikh yang berbeza dengan tarikh kejadian. Maknanya seluar dalam yang dipakai semasa hari kejadian dan hari Saiful membuat laporan polis adalah dua seluat dalam yang berbeza.

Peguam Anwar berhujah jika benar Anwar meliwat Saiful sudah tentu ada kesan air mani di seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di eksibit P14 iaitu dipakai masa hari kejadian.Tapi seluar dalam di P14 , menurut peguam Anwar, telah dibasuh oleh ibu tunang Saiful. Oleh itu menurut peguam Anwar P14 secara forensiknya tidak berguna ( forensically useless ) kerana sebarang kesan air mani, jika ada, akan hilang kerana bahan bukti telah dibasuh !

Yang lebih pelik hujah peguam Anwar seluar dalam yang dipakai Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu P15 tiba tiba mengandungi kesan air mani !

Peguam Anwar berhujah bagaimanakah Anwar boleh disabitkan melakukan liwat ke atas Saiful berdasarkan kesan air mani yang terdapat di seluar dalam yang dipakai di hari yang bukan hari kejadian !!!

Adakah Anwar akan dibebaskan kerana misteri keterangan seluar dalam Saiful kita sama samalah tunggu dan lihat nanti apabila Mahkamah memberikan keputusannya nanti.

TONY AKUI SILAP DALAM PELABURAN FORMULA 1


Mengambil alih pasukan Formula One satu kesilapan - Tony Fernandes


FERNANDES: Bidang perlumbaan sudah berakhir untuk saya
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Tony Fernandes mengakui membuat kesilapan dalam mengambil alih pasukan Formula One dan mengusahakan syarikat penerbangan tambang murah terbesar Asia, AirAsia pada masa yang sama.

Caterham, pasukan Formula One yang berpangkalan di Leafield, England memfailkan perlindungan daripada kreditor minggu lalu selepas jualan yang dicadangkan kepada syarikat Swiss Engavest SA terhenti.

Fernandes mula menguruskan pasukan tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Lotus pada tahun 2010.

Berkata kepada Sky Sports News, Fernandes memberitahu beliau akan terus memberi sokongan ke atas usaha untuk mencari pemilik baru pasukan itu.

"Anda perlu tahu di mana kekuatan dan kelemahan anda. Bidang perlumbaan sudah berakhir untuk saya," katanya.

Marussia, satu lagi pasukan Formula One, juga telah mencari perlindungan sama pada 27 Oktober dan tidak akan menyertai Grand Prix Amerika Syarikat pada 2 November ini di Austin, Texas.

"Jurang kewangan antara pasukan adalah terlalu besar. Sukan ini perlu dikaji," kata Fernandes.

Memetik kata pakar industri ini, Xander Heijnen, rakan kongsi di CNC Communications & Network Consulting AG di Munich, kebiasaanya pasukan yang paling besar akan mendapat pulangan 10 kali ganda dari pasukan yang kecil.

Namun begitu, Fernandes berkata beliau akan kekal sebagai pemilik bersama kelab bola sepak Queens Park Rangers iaitu pasukan yang menduduki tangga kedua terakhir dalam Premier League.

KLIA2 JADI BAHAN LAWAK ANTARABANGSA -VIDEO

'Isu mendapan di KLIA2 jadi lawak antarabangsa'


MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata pihak berkuasa masih tidak bertindak walau isu mendapan landasan, jalan rayap dan tempat letak pesawat di KLIA2 kini menjadi “lawak antarabangsa”.


Pua berkata, pemilik KLIA2 Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga gagal menyerahkan laporan penuh mengenai status operasi lapangan terbang itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC).

Dalam sidang media di bangunanan parlimen hari ini, Pua berkata MAHB diminta berbuat demikian sejak empat minggu lalu.

"Masalah ini telah menjadi lawak antarabangsa. Kita sekarang mahu tahu adakah masalah ini kecil seperti yang didakwa mereka (MAHB)," kata Pua.

Katanya, masalah mendapan itu boleh dilihat melalui satu video menunjukkan pekerja KLIA2 mencedok ari dari jalan rayap landasan ke parti kerana permukaan tidak sekata

Video dimuatkan di Youtube itu, yang ditunjukkannya kepada para wartawan, menunjukkan masalah di permukaan berkenaan menyebabkan air bertakung di jalan rayap landasan.




TOKEY UDANG DILANTIK JADI MENTERI!!!

Susi gementar berucap

Jakarta: Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti mengaku gemuruh berucap di depan pegawainya kerana di antara mereka dibezakan taraf pendidikan.

Kata Susi, hampir semua pegawai di bawahnya mempunyai ijazah sedangkan dia hanya memiliki sijil sekolah menengah.

“Namun keraguan saya hilang selepas pertemuan pertama berlangsung dengan lancar.

“Sejak pagi hingga senja, kami tidak kehabisan topik untuk dibincangkan,” katanya mengenai pertemuan diadakan kelmarin.

Susi dilantik Presiden Jokowi mengetuai kementerian itu walaupun tidak mendapat pendidikan peringkat universiti.

Susi dilahirkan pasangan saudagar lembu dan kerbau di Pangandaran, Jawa Tengah.

Walaupun memasuki sekolah menengah atas, Susi tidak menamatkan pengajiannya.

Pada 2004 dia membeli pesawat ringan melalui pinjaman bank untuk mengangkut udang karang dan ikan segar dari pantai Indonesia ke Jakarta dan Jepun.- Agensi


Masuk, keluar sejam awal

 Susi Pudjiastuti, memulakan tugasnya sebagai Menteri Kelautan dan Perikanan dengan mengarahkan kakitangan masuk kerja sejam lebih awal, lapor media semalam.

Kata Susi, langkah itu dibuat bagi mengelak mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, terutama ketika pulang.

“Saya mahu waktu kerja 7 pagi berbanding jam 8 pagi sebelum ini dan pulang 3 petang.

“Perjalanan pergi dan balik yang terlepas daripada kesesakan membolehkan mereka datang semula ke pejabat dalam keadaan segar,” katanya.

Susi berkata, sebelum membuat arahan itu dia terfikirkan nasib anak serta keluarga kakitangannya di rumah.

Katanya, jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, kebanyakan masa mereka dihabiskan di jalan raya berbanding untuk keluarga.

Susi, 49, adalah seorang daripada lapan wanita dilantik Presiden Jokowi menganggotai Kabinet Kerjanya, baru-baru ini.

Sebelum ini Susi dikenali sebagai ahli perniagaan marin serta memiliki syarikat penerbangan Susi Air.

Sementara itu Susi juga berkata, statusnya sebagai menteri tidak akan mengubah penampilannya menjadi lebih feminin.

“Saya akan tampil seadanya, sama seperti sebelum ini,” katanya.

Imej Susi memang dilihat lebih keras dan maskulin.

Katanya, dia sudah biasa dengan imej itu dan sering berseluar panjang untuk ke mana-mana.

“Jika saya disuruh berubah seperti birokrat, seperti ibu yang manis feminin, saya tidak boleh.

“Sejak hampir 50 tahun saya seperti ini,” katanya.

Kata Susi, dia ibu tunggal dan mempunyai tiga orang anak seorang cucu.

Dia pernah berkahwin dua kali sebelum ini.

29 Oktober 2014

TALIBAN DAKWA MENANG SELEPAS ASKAR US & BRITAIN MENINGGALKAN HELMAND

ANGGOTA Marin AS bersedia meninggalkan Helmand selepas tempoh khidmat mereka dan askar Britain di wilayah itu berakhir semalam.

Taliban dakwa menang

Kabul: Kumpulan Taliban Afghanistan semalam mengisytiharkan kemenangan ke atas Britain di Helmand, wilayah di selatan negara itu.

Ia memuji pejuangnya kerana membunuh ratusan tentera Britain dan mencacatkan puluhan ribu lagi dalam peperangan selama 13 tahun.

Pasukan terakhir tentera Britain diterbangkan keluar dari Kem Bastion, berhampiran Kaskhar Gah, ibu negeri wilayah Helmand semalam, menamatkan misi yang lebih lama berbanding Perang Dunia Kedua sehingga meragut 453 nyawa.

Dalam kenyataan yang dimuatnaik dalam laman web mereka, Taliban mengucapkan terima kasih kepada pejuangnya.

“Sudah pasti serangan berani mujahidin sepanjang 13 tahun lalu memaksa tentera penceroboh pulang,” menurut kenyataan itu.

Statistik rasmi Taliban menunjukkan 500 askar Britain terbunuh tetapi percaya jumlah itu jauh lebih tinggi. — AFP

RAJA MLM & ' BAKAL ORANG TERKAYA DIDUNIA ' JUGA PENGASAS YSLM DI MALAYSIA DITANGKAP DI THAILAND !!!




Papan iklan gergasi memaparkan Jian yang dipasang di Butterworth.

GEORGE TOWN: Lelaki warganegara China, Zhang Jian yang menggelarkan dirinya 'Bakal orang Terkaya Di Dunia' telah ditahan di Thailand.

Jian Ditahan oleh Polis Thailand berkaitan dengan skim piramid yang melibatkan mangsa di China dan Malaysia dengan jumlah lebih kurang 6 Bilion baht (RM600juta) dan 3 bilon baht (RM300 juta).

Mengikut The Nation, pihak polis juga turut mencari warga Thai yang terlibat dengan skim yang dilancarkan pada Jun lalu.

Laporan akhbar itu juga berkata, polis Bangkok turut menahan Song Miqui,37, dan Wang Wenfang,29, dalam sebuah kondominium di Pathumwan pada Isnin dan merampas wang tunai dalam pelbagai matawang.

Pihak polis juga turut merampas lima kontrak penjualan tanah di Phuket bernilai 22.3 juta baht (RM2.23juta), dua perjanjian tanah di Phuket serta akaun bank berjumlah 1.5 juta bath (RM150,000) dan kad pengenalan Thailand.

Jian,26, pengasas YSLM atau turut dikenali Yun Shu Mao-'multi-level marketing' turut dilaporkan menyertai 100 hari program di kuil, Phuket sejak awal bulan Ogos.

Pun begitu, menurut sumber, dia terpaksa berhenti separuh jalan kerana kuil tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang mahu menjadi pengikutnya dan menyertai YSLM.

Jelas Jiang, dia telah menyumbang RM394,330 kepada kuil itu selepas syarikatnya mencapai sasaran RM50 juta.

Awal Julai lalu, Jian menjadi perhatian media Malaysia apabila mukanya muncul dipapan iklan gergasi yang mendakwa dia adalah 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia'.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat siasatan dan mendapati YSLM berikatan dengan skim cepat kaya sebelum Jian meninggalkan negara ini pergi ke Thailand.

YSLM selepas itu menawarkan untuk mengembalikan wang kepada ahli-ahlinya yang belum memperkenalkan skim ini kepada orang lain. ~mstar



Suspek dalam penipuan B9bn Ponzi tertangkap -BERITA DARI THAILAND.....

Polis telah menahan tiga suspek Cina dituduh mendalangi skim Ponzi bernilai 9 bilion baht di China dan Malaysia.




Tiga suspek Cina dituduh mendalangi skim Ponzi bernilai 9 bilion baht di China dan Malaysia telah dibawa ke sidang akhbar di Bangkok. (Gambar oleh Somchai Poomlard)

Ketua Polis Somyot Phumphanmuang pada Selasa mengumumkan penangkapan Chong Mee Chew, yang juga dikenali dengan nama Thai Supachai Rujathorn; Keng Lean Pao, juga dikenali sebagai Surin Sophonsukson; dan Wang Wen Fan, juga dikenali sebagai Pachaowchew Saeyang. Mereka adalah antara 10 suspek didakwa menjalankan skim Ponzi dan dikehendaki oleh polis Cina.

Polis turut merampas wang kertas dalam pelbagai mata wang bernilai lebih 900,000 baht, lima kontrak pembelian tanah di Phuket bernilai 22 juta baht, dua surat hak milik untuk hartanah tepi pantai di daerah Muang Phuket, buku simpanan dan dua kad pengenalan palsu.

Polis mengesan Encik Supachai dan menangkapnya di sebuah kuil di Phuket di mana beliau ditahbiskan sebagai sami. Beliau telah menyumbangkan 30 juta baht ke kuil, menurut polis. Dua lagi suspek ditahan di luar sebuah kondominium di Rajadmari Road di Bangkok. Tidak jelas apabila tiga ditangkap.

Pol Gen Somyot berkata ketiga-tiga dan tujuh ahli-ahli kumpulan yang lain telah membuka Yum Shu Mao Syarikat untuk menjalankan skim Ponzi di China. Kira-kira 100,000 orang di China telah ditipu untuk melabur kira-kira 1.3 bilion yuan China, atau kira-kira 9 bilion baht.

Kumpulan itu juga telah menubuhkan sebuah syarikat di Malaysia dan kononnya memikat lebih daripada 80,000 orang di negara itu untuk melabur kira-kira 300 juta ringgit Malaysia atau kira-kira 3 bilion baht, dalam usaha itu, kata polis.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Pol Lt Gen Chakthip Chaichinda berkata kumpulan itu telah cuba untuk menubuhkan sebuah syarikat di Thailand, tetapi tiga ditangkap sebelum mereka boleh berbuat demikian.

Pol Mej Jen Ronnasin Phusara, Bahagian Strategi Polis, mengatakan penahanan ini adalah hasil daripada kerjasama antara China, Malaysia dan polis Thai. Polis kata Supachai telah menggunakan ID palsu untuk membeli aset bernilai 240 juta baht di Thailand.

Kapten Pol Suwanee Sawaengpon, Timbalan Ketua Setiausaha Akta Pencegahan Pengubahan Pejabat Anti-Money, berkata kakitangan telah memeriksa aset trio dan urus niaga kewangan. ~Bangkok Post

LELAKI 'Y' BUKAN ANWAR -KATA PEGUAM

'Bukti diperoleh secara tak sah juga diterima'

LAPORAN LANGSUNG:

11.35pm: Sangeet berkata, hakim perbicaraan memutuskan bahawa barang-barang itu diperoleh dengan tujuan tidak adil.

Katanya, keputusan awal dibuat ketika beliau memilih menggunakan budi bicara tetapi perbicaraan utama menerima bukti-bukti itu.

“Kemasukan barang itu melalui cara tidak sah,” katanya.

Hakim Mohd Zabidin pada mulanya tidak menerima tiga barang itu – tuala, berus gigi dan botol air – sebagai bukti semasa perbicaraan dalam perbicaraan tetapi berubah selepas itu.

10.47am: Bagaimanapun, Hakim Arifin berkata, memperoleh bukti secara tidak sah juga diterima di Malaysia.

Sangeet berkata, pihak perayu ditahan di Jalan Segambut dan bertemu Jude di balai polis kira-kira ham 8 malam dan dibawa ke HKL.

“Anwar enggan beri DNA dia di hospital. Dia menggunakan hak yang dijamin perlembagaan untuk tidak berbuat demikian.

“Keseluruhan prosedur adalah salah kerana ia bertentangan dengan peraturan lokap (kerana tahanan harus berada dalam lokap sebelum jam 6 petang).”

Sangeet berkata, polis menahan Anwar semalaman ketika mereka tahu mereka berada di sana hanya untuk merakamkan kenyataan.

Tetapi, kata Sangeet, Anwar diberika tiga barang itu dan kemudian dikeluarkan secara berhati-hati.
'Lelaki Y' boleh jadi siapa saja, kata peguam

10.40pm: Sangeet berkata, perbicaraan dalam perbicaraan diadakan untuk menentukan kebolehterimaan tiga barang itu.

“(Peguam pembelaan) Sankara Nair dan R Sivarasa memberi keterangan dan mereka menceritakan bagaimana kereta Anwar diserbu (polis) ketika tahanan.

“Seorang superintenden Taufik memberi keterangan bahawa dia mendapat arahan untuk menangkap Anwar.

“Tiada alasan diberikan oleh Taufik untuk membuat tangkapan, yang memberi keterangan sebagai satu-satunya saksi dalam pendakwaan,” kata Sangeet.

10.30am: Sangeet berkata 'Male Y' boleh jadi sesiapa sahaja dan tidak semestinya Anwar.

Sangeet berkata, semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, penyiasat di tapak berlaku jenayah Supt Amidon diminta memberikan bukti dan timbalan pendakwaraya (DPP) meminta tiga barangan itu diserah.

“Bagaimanapun (ketua pembelaan ketika itu) Karpal Singh membantah. Penerimaan tiga barang itu adalah salah. Mahkamah Tinggi tidak mahu menerima barang-barang itu.

“Bagaimanapun, hakim menyemak semula permohonan sejurus sebelum pendakwaan menutup kes.”

10.20am: Hakim Abdull Hamid bertanya, bilakan botol itu diberikan. Sangeet berkata ia diberi ketika soal siasat.

10.15am: Hakim Arifin bertanya sama ada terdapat sebarang barang ditinggalkan dalam sel sebelum Anwar memasukinya.

Peguam pembelaan Sangeet merujuk diari lokap yang menyebut ia kosong dan tiada tahanan lain.

Seorang lagi panel, Hakim Md Raus berkata, ketiga-tiga barang itu diberikan kepada Anwar tetapi Sangeet bertanya kembali sama ada ia digunakan oleh dia.

10.10am: Peguam pembelaan Sangeet berkata, penghakiman Mahkamah Tinggi menyatakan pegawai polis melihat Anwar menggunakan toilet sel dan memberus gigi pada 17 Julai 2008.

Bagaimanapun, kata Sangeet, pegawai polis itu hanya mendengar dan tidak melihatnya sendiri.


10.05pm: Sangeet, diari lokap menyatakan Anwar tidur pada waktu malam, bangun dan bersandar pada palang lokap sebelum mengambil air sembahyang dan bersembahyang sunat.

Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 selepas pergi ke Hospital Kuala Lumpur dan tidur semalam di lokap ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

“Terdapat bukti langsung dan pendakwaan tidak boleh bergantung kepada bukti keadaan ketika terdapat bukti langsung.”

10am: Sangeet berkata, berus gigi, sabun dan tuala diberikan kepada Anwar semasa di dalam lokap.

Sangeet berhujah, tiada sebarang bukti daripada saksi polis menunjukkan bahawa Anwar menggunakan barang-barang itu.

“Diari lokap hanya menyatakan Anwar berada dalam penjara dan bersembahyang pada waktu pagi,” katanya,

“Tuala Good Morning”, berus gigi dan botol air mineral didakwa digunakan oleh polis bagi mendapatkan DNA Anwar tanpa pengetahuannya.

9.50am: Peguam pembelaan Sangeet Kaur Eeo pula memulakan penghujahannya.

Katanya, peguam utama Gopal Sri Ram berhujah bahawa Saiful bukan saksi berwibawa.

angeet menegaskan tindakan Mahkamah Rayuan mendapati Saiful sebagai saksi berwibawa tidak boleh dipertahankan kerana dia tidak membuat pengakuan.

Sangeet berkata, DNA daripada Anwar diperoleh daripada sel tempat dia ditahan sebelum ini.

Pendakwaan, katanya, gagal menghubungkan “male Y” kepada kes itu.

“Mahkamah Rayuan tidak boleh bergantung kepada keadaan di mana bukti langsung datang daripada pengakuan pegawai polis yang menjaga sel itu,” katanya.

9.45am Surendran memulakan penghujahan dengan memetik kenyataan pelbagai pihak berhubung keadaan daripada kandang tertuduh yang turut memberi kesan.

Anwar satu-satunya pihak yang memberi kenyataan daripada kandang tertuduh, yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati beliau tidak bersalah sebelum ini.

Tertuduh mempunyai tiga pilihan untuk pembelaannya sama ada memberi keterangan daripada kandang saksi, berdiam diri atau memberi kenyataan tidak bersumpah daripada kandang yang tidak boleh disoal balas.

“Mahkamah patut mempertimbangkan kenyataan Dr Mohd Osman yang bertentangan dengan Saiful. Mahkamah Rayuan patut mengambil kira kekuatan pengakuan Anwar di mahkamah yang mana ia sepenuhnya tidak endahkan.

“Ini menyebabkan penyalaharahan yang memerlukan campur tangan Mahkamah Persekutuan,” kata Surendran.

9.40am: Mahkamah mula bersidang selepas ketua hakim negara mengambil tempat.

9.30am: Shafee tiba.

Anggota Parlimen Sepang Mohd Hanipa Maidin yang juga seorang peguam turut berada dalam mahkamah.

Turut kelihatan naib presiden dan setiausaha agung PKR Rafizi Ramli.

9.20am: Mahkamah kini padat dan pihak tidak mendapat pas masuk diminta keluar.

Peguam utama Anwar Gopal Sri Ram semalam membayangkan beliau akan tiba lewat hari ini dan membenarkan peguam lain menjalankan penghujahan terlebih dahulu.

Peguam pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah dijangka tiba tidak lama lagi.

Prosiding mahkamah dijangka bermula 9.30 pagi.





9.00am: Keadaan sedikit kecoh ketika Anwar ingin memasuki kawasan Istana Kehakiman apabila penyokong mula menolak kembali pagar halangan.

Bagaimanapun pihak polis segera membuka pagar tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar dan menghalang orang awam daripada melepasi pagar tersebut.

Anwar yang berbaju kemeja putih dan kot hitam ditemani isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dua orang anak perempuannya kemudian melambai kepada penyokong sebelum memasuki mahkamah.

8.57am: Anwar tiba di perkarangan Istana Kehakiman untuk bertemu penyokong sebelum menghadiri sesi pendengaran rayuan kes liwat II.

Kesemua penyokong kini mula mengerumuni Anwar untuk bersalaman dan bergambar dengannya.

8.50am: Naib Presiden PKR Tian Chua kini berucap di hadapan penyokong Anwar.

Tian berkata, beliau sebentar tadi telah cuba meminta kebenaran daripada pihak polis untuk berhimpun di hadapan Istana Kehakiman tetapi tidak dibenarkan.

"Tadi saya minta untuk berada berdekatan dengan mahkamah. Hari ini kita lagi jauh. Hari ini kita diarah untuk berada di belakang sini.

"Kita minta supaya kita berada di depan mahkamah untuk lakukan himpunan tapi polis tak benarkan," kata Tian.

Turut hadir pada perhimpunan hari ini ialah Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Kesemua penyokong pro-Anwar kini dianjak kira-kira beberapa meter ke belakang berbanding semalam.

Jarak penyokong berhimpun daripada Istana Kehakiman kira-kira 300 meter.

8.40am: Peguam wakili Anwar mulai masuk ke mahkamah. Antara mereka Eric Paulsen, Sangeet Kaur Deo dan Ram Karpal.

Wartawan pula duduk di bahagian kiri mahkamah sementara pemerhati antarabangsa, yang mula sampai, di sebelah kanan.

Semalam, hari permulaan pendengaran rayuan akhir, dewan mahkamah padat dengan kira-kira 80 orang hadirin, termasuk wartawan, pemerhati dan penyokong Anwar.


8.38am: Ketika tiba di perkarangan Istana Kehakiman, penyokong mula menolak pagar halangan yang diletakkan oleh Perbadanan Putrajaya bagi menghalang orang ramai daripada memasuki mahkamah.

Mereka mula menarik pagar halangan itu dengan menjerit "tolak".

Bagaimanapun pasukan polis menahan pagar berkenaan daripada dirempuh.

Seramai kira-kira 50 orang anggota polis mengawal di pagar halangan.

Selepas itu, keadaan mulai terkawal selepas Nik Nazmi meminta supaya semua penyokong bertenang.


8.25am: Kira-kira 300 orang berpakaian kemeja-t merah dan hitam, diketuai pemimpin PKR Nik Nazmi Ahmad dan Tian Chua berarak daripada Masjid Tuanku Mizan ke Mahkamah Kehakiman tidak jauh daripada tempat itu.

Mereka membawa kain rentang bertulis “Rakyat Hakim Negara” dan plakad “Keadilan untuk Anwar”.

Kira-kira 200 orang lagi berkumpul di kompleks mahkamah.

8.20am: Sudah berada di dewan mahkamah ialah timbalan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria dan peguam Saiful Zamri Idrus.

8:05am: Kakitangan mahkamah tiba awal dan mereka melalui sekatan yang dibuka oleh polis di pintu masuk belakang kompleks mahkamah.

Beberapa ahli politik PKR dan PAS yang sudah berada di dalam bangunan. Ia termasuk MP Kelana Jaya Wong Chen, Naib Presiden PAS Sallehuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, ADUN Batu Buruk Syed Azman Syed Mohamad dan bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

8.00am: Jumlah penyokong di luar Masjid Mizan Zainal Abidin Tuanku semakin ramai dan kini mencecah 100. Antara mereka ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli.

Adam dan empat orang lain bermain muzik untuk memberi semangat kepada orang ramai pada awal pagi.

Turut kedengaran teriakan 'Allahuakhbar', 'Reformasi' dan 'Bebas Anwar'.


7.20am: Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di seberang jalan dari Istana Kehakiman di Putrajaya yang menempatkan Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

Antara mereka ialah anggota NGO Royalti dari Kelantan. Yang lainnya datang dari Kedah dan Pulau Pinang semalam dengan menaiki bas sewa khas.

Ramai yang menjangkakan keputusan dibuat hari ini walaupun prosiding boleh berlarutan sehari lagi atau lebih.

Sepertimana semalam, kelihatan kehadiran anggota polis yang ramai dan kawalan keselamatan yang ketat dengan sekatan di jalan-jalan utama menuju ke kompleks mahkamah.

Latar kes

Rayuan terakhir terhadap sabitan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersambung hari ini di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.


Pasukan pembelaan akan turut merayu terhadap hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar dan pendakwaan akan membuat rayuan balas untuk memanjangkan tempoh penjara terhadap ketua pembangkang.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria mengetuai panel lima anggota dalam perbicaraan yang turut menyaksikan kehadiran pemerhati antarabangsa di samping sambutan luar biasa hadirin dalam mahkamah.

Paling mengejutkan semalam apabila bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram yang bersara pada 2010, mengepalai pasukan pendakwaan Anwar.

Beliau menggantikan peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang tidak sihat.

Gopal semalam menyampaikan hujahnya dengan mencabar kewibawaan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi utama.

Peguam pembelaan N Surendran akan meneruskan hujahnya hari ini.

TUDUHAN KONSPIRASI BUKAN DIPETIK DARI LANGIT -PEGUAM


PERBICARAAN HARI KEDUA

Liwat II ialah konspirasi politik, peguam Anwar beritahu mahkamah


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan Mahkamah Persekutuan bersama-sama anak perempuan mereka Nurul Izzah Anwar di Putrajaya, petang ini. 


Hujah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tuduhan liwat dan sabitan ke atasnya merupakan satu konspirasi politik dibentangkan pada pusingan kedua perbicaraan di Mahkamah Persekutuan petang ini yang sedang mendengar rayuan ketua pembangkang itu bagi mengetepikan keputusan bersalahnya.

Peguamnya N Surendran, mengambil alih daripada peguam utama Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam meneruskan hujah pembelaan di hadapan panel hakim lima anggota.

Surendran berkata, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan bertemu pegawai polis kanan SAC Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 24 Jun 2008, sebelum didakwa diliwat pada 26 Jun.

Beliau juga bertemu timbalan perdana menteri pada waktu itu, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun dan berhubung dengan ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Musa Hassan pada 25 Jun 2008, kata Surendran.

Saiful sendiri mengaku mengadakan pertemuan tersebut, Surendran memberitahu Mahkamah Persekutuan.

"Ini bukan semata-mata tuduhan konspirasi yang dipetik dari langit. Ada tarikh-tarikh perjumpaan ini," kata beliau.

Surendran berkata Anwar menjelaskan kepada mahkamah kenapa beliau memberi kenyataan dari kandang tertuduh semasa perbicaraan "bukan sekali, tetapi lima kali".

"Malangnya, Mahkamah Rayuan (dalam penghakimannya) menganggap pernyataan beliau seolah-olah tiada penjelasan," katanya.

Tarikh mesyuarat dan pengakuan Saiful merupakan bukti wujud "rancangan yang diatur terlebih dahulu" yang menyokong kenyataan Anwar dari kandang tertuduh, kata Surendran.

Beliau berkata, kenyataan daripada tertuduh seperti itu sepatutnya dipertimbangkan tetapi Mahkamah Rayuan tidak mengendahkannya.

Di mahkamah tengah hari ini, Surendran membacakan petikan soal balas Saiful semasa perbicaraan yang dijalankan mendiang Karpal Singh. Petikan itu menunjukkan bukti berlakunya satu konspirasi, kata Surendran.

Tetapi, Mahkamah Tinggi tidak mengkaji kenyataan Anwar dari kandang tertuduh dan Mahkamah Rayuan kemudiannya menganggap ia "semata-mata penafian" terhadap tuduhan yang dikenakan.

Hari pertama perbicaraan hari ini berakhir dengan mahkamah meminta Surendran menyambung hujahnya esok berkenaan relevansi sesuatu pernyataan yang dibuat dari kandang tertuduh.

Mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga jam 9.30 pagi esok.

Anwar, 67, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan tetapi diberi penangguhan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan didengar sehingga Khamis ini.

Ketua pembangkang itu dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun 2008. Beliau dibebaskan Mahkamah Tinggi pada Januari 2012 tetapi didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada Mac lalu.

Surendran ialah salah seorang yang mewakili Anwar di dalam pasukan pembelaan yang terdiri daripada 14 orang peguam diketuai hakim bersara Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Panel hakim yang mendengar rayuan Anwar diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria, dan dianggotai Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar serta Datuk Ramly Ali.

Kes ini merupakan tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Pertama kali pada 1998, selepas beliau disingkirkan daripada kerajaan, apabila dituduh meliwat bekas pemandunya. Namun, beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Kali ini, karier politk Anwar mungkin berakhir jika mahkamah tertinggi memihak kepada keputusan kehakiman Mahkamah Rayuan dan mengekalkan hukumannya. – 28 Oktober, 2014

28 Oktober 2014

KANTOI: PENYOKONG SAIFOL DIBAYAR DAN PULANG AWAL!!!


Pakai baju sokong Saiful dapat RM50 seorang



Dua pelajar remaja ini mendakwa mendapat RM50 seorang dan memakai baju bertulis Justice For Saiful di Putrajaya pada 28 Oktober 2014.

Dua pelajar remaja dari Unisel mendakwa menerima RM50 setiap seorang supaya memakai baju Justice For Saiful.

Remaja lelaki dan perempuan yang enggan memberikan namanya itu kemudiannya hadir ke kawasan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Istana Kehakiman.

Baju itu kemudiannya menjadi bahan pijakan penyokong-penyokong Anwar yang hadir menyokong Ketua Umum PKR itu dalam kes liwatnya.



Salah seorang daripada remaja itu berkata, dia datang berjalan kaki ke mahkamah sebelum dipanggil oleh seorang lelaki di dalam bas berhampiran jambatan di Putrajaya.

"Dia panggil kami dan bagi baju suruh pakai dan berkumpul di kawasan penyokong Saiful. Dia juga bagi RM50 seorang sebagai upah dan kami ambillah," katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Malangnya baju itu tidak dipakai oleh mereka kerana kedua-dua remaja itu penyokong Anwar dan hadir di kawasan penyokong Ketua Umum PKR itu berkumpul. Mereka sendiri pun memijak baju tersebut sebagai tanda bantahan kepada Saiful yang kes dakwaannya diliwat Anwar dibicarakan.

Penyokong-penyokong Anwar memijak baju gambar Saiful dan sesetengahnya agresif sambil mencerca dan memaki Saiful.

Selepas dipijak-pijak termasuk oleh golongan wanita yang hadir, baju itu kemudian cuba dibakar.

Semasa insiden itu, sebahagian penyokong Anwar menghalang perbuatan sekumpulan lelaki membakar baju tersebut sehingga berlaku pergaduhan.

Bagaimanapun, situasi dapat dikawal dengan campur tangan anggota polis berhampiran dan api dipadamkan pada baju t-shirt tersebut.--MalaysiaGazette


Penyokong Saiful tak lagi kelihatan

Hujan lebat yang melanda sekitar kawasan pusat pentadbiran Putrajaya menyebabkan kumpulan peserta perhimpunan semakin berkurangan di luar kompleks Istana Kehakiman.

Jumlah penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjumlah kira-kira 500 orang pada pagi ini berkurangan menjadi sekitar 200 orang sahaja.

Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya bagi menunjukkan solidariti kes liwat II semakin berkurangan berikutan hujan lebat.

Kumpulan penyokong pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan, pula sudah tidak kelihatan lagi setakat jam 3 petang ini.

Kumpulan penyokong Anwar yang yang setia sejak dari pagi berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman kini berteduh di bawah khemah yang didirikan di hadapan kompleks mahkamah itu.

Sementara menunggu pendengaran itu selesai, para peserta meluangkan masa dengan mendengar ucapan daripada pemimpin dan juga bacaan sajak.

Jumlah anggota polis yang memantau perhimpunan itu juga semakin berkurangan, berbanding kira-kira 60 orang pada pagi ini.

Kumpulan anggota berkenaan bagaimanapun tetap berkawal bagi memastikan orang awam tidak memasuki kawasan Istana Kehakiman.

KES LIWAT 2 : KEJUTAN DARI DSAI




Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan jadi peguam bela utama Anwar

PUTRAJAYA 28 OKT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan dalam rayuan kes di Mahkamah Persekutuan hari ini apabila diwakili bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai peguam bela utama berhadapan dengan pihak pendakwaan yang diketuai Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Anwar berkata ketua pembelaan Datuk Sulaiman Abdulllah tidak sihat ekoran pembedahan kaki dua bulan lepas.

“Gopal menemui pihak kami pada minggu lepas.



“Kita ada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan (sebagai peguam utama pembelaan) … Saya bersedia dari segi mental, tetapi tidak mempunyai banyak harapan,” kata Anwar.

Anwar menyebut bahawa pelakon Hollywood Mel Gibson menghubungi untuk bertanya sama ada bintang ‘Lethal Weapon’ itu perlu mengeluarkan kenyataan.

“Dia memberitahu saya, satu perkara yang saya belajar daripada anda (Anwar) ialah jangan masuk politik,” kata Anwar mengenai perbualan singkatnya dengan Gibson.

Sementara itu laungan reformasi terus bergema di perkarangan Istana Kehakiman sebagai sokongan kepada Anwar.


Dianggarkan lebih seribu orang penyokong Pakatan Rakyat hadir termasukan pengamal media dalam dan luar negara bagi mengikuti perbicaraan‎ hari ini.

Anwar tiba pada jam 8.30 pagi bersama isteri dan anak-anaknya turut disambut dengan laungan reformasi‎ bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria‎ yang dibantu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.‎