29 November 2014

TERKINI! BERITA MENGERIKAN UNTUK KERAJAAN BN, RAKYAT MALAYSIA....HANGPA BACALAH SENDIRI!!!!

KEKURANGAN HASIL NEGARA SEBANYAK RM25 BILION SEKIRANYA HARGA MINYAK TERUS AS$75 SETONG....

Petronas potong royalti kepada kerajaan jika harga minyak AS$75 setong




Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas menjawab soalan wartawan pada sidang media pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi suku ke 3 tahun .

Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) terpaksa memotong pembayaran dividen, cukai dan royalti kerajaan sebanyak 37 peratus kepada RM43 bilion pada tahun depan berbanding RM68 bilion tahun ini sekiranya harga minyak mentah dunia jatuh ke paras AS$75 setong.


Ini kerana penurunan harga sebanyak AS$1 setong memberi kesan kepada keuntungan sebelum cukai syarikat tersebut sebanyak RM1 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas menjangkakan hanya mampu membayar dividen sebanyak RM17 bilion, cukai (RM17 bilion) dan royalti (RM9 bilion) pada tahun hadapan sekiranya harga minyak mentah kekal berlegar sekitar AS$75.

Tegasnya, kerajaan perlu menerima hakikat Petronas perlu berdisplin di dalam menguruskan kewangannya bagi memastikan pendapatan yang diperolehi disalurkan kepada perbelanjaan modal dan digunakan untuk memanjangkan hayat syarikat tersebut.


Malah didorong oleh penurunan harga minyak mentah dunia, Petronas terpaksa mengurangkan perbelanjaan modal sekitar 20-25 peratus pada tahun hadapan.

Syarikat tersebut memerlukan perbelanjaan modal sekurang-kurangnya RM60 bilion ke RM80 bilion setahun dan mungkin juga lebih daripada jumlah tersebut bergantung kepada pelan perniagaan syarikat pada tahun berkenaan.

“Jika kami tidak berhati-hati di dalam perbelanjaan, kami tidak akan mampu bertahan kerana dalam tempoh lima tahun, sekiranya tidak mencari sumber baharu, pengeluaran Petronas di semua peringkat akan merosot kepada separuh.

"Kami perlu mengekalkan tunai yang mencukupi, jika tidak kami tidak akan mampu bergerak dan kita kena fikir dari sekarang apa yang perlu dilakukan untuk memastikan pengeluaran dapat diteruskan.

"Jika kerajaan masih berharap kami membayar dengan jumlah yang sama, ini pastinya akan memberi impak yang sangat besar kepada Petronas,” jelasnya semasa sidang media mengumumkan prestasi kewangan suku ketiga 2014 di sini hari ini.


Bagaimanapun menurut Shamsul Azhar, jumlah pembayaran royalti sebanyak RM29 bilion pada tahun ini akan dikekalkan di sebalik penurunan harga minyak mentah dan keuntungan syarikat kerana jumlah tersebut telah dipersetujui oleh Petronas dan kerajaan sejak awal lagi.

Petronas mencatatkan penurunan pendapatan sebanyak satu peratus kepada RM80.4 bilion pada suku ketiga 2014 berbanding RM81.4 pada tempoh yang sama tahun lalu disebabkan oleh kemerosotan purata harga hampir kesemua produk utama di samping kesan daripada kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika.

Syarikat petroliam negara itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM22.78 bilion pada suku ketiga 2014 berbanding RM25.88 bilion tempoh sama tahun lalu.

Setakat 30 September 2014, Petronas memiliki asset keseluruhan sebanyak RM541.1 billion manakala tunai sebanyak RM140.6 bilion ~MG

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...