01 Februari 2014

TERHANGAT ! PKR SELANGOR TERUS BERGOLAK ?!!!

Nik Nazmi mahu Faekah tutup mulut


Nik Nazmi Nik Ahmad

SHAH ALAM - Perang Twitter antara ahli dan pemimpin PKR terus hangat di laman sosial itu, hari ini.

Terbaharu Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad turut membidas bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Nik Nazmi melalui Twitternya berkata, Faekah tidak perlu bercakap soal politik ekoran tidak lagi memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kata sudah bukan Setiausaha Politik, tapi masih banyak cakap soal politik.

"Anda perlu tahu masa anda sudah tamat," tulisnya.

Semalam, media melaporkan, Faekah yang juga penyokong Abdul Khalid mula membela majikannya itu dengan membuat serangan balas dan menyifatkan pihak yang mengejar jawatan bernafsu besar.

Faekah juga turut menasihatkan supaya ahli politik belajar mengenai undang-undang sebelum malakukan apa-apa tindakan.

"Yang mengejar bernafsu besar, yang mengendong patutkah berjiwa besar?"


"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya.

Susulan itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilaporkan telah membidas kembali kenyataan Faekah.

"Lebih baik turun ke Kajang dan bantu kempen PR dan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meracau di rumah.

"Atau sudah tak relevan," katanya.


Dalam perkembangan sama, Sinar Harian Online cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia itu berhubung kenyataannya di laman mikro itu.

"Saya tidak mahu komen lagi.   "Kalau sudah tahu itu, cukuplah," ujarnya ringkas.




Khalid terbuka untuk berdamai dengan Azmin




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap di majlis meraikan peminat bola sepak pasukan Selangor di kediaman rasminya di Shah Alam, hari ini. 

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyatakan kesediaan untuk menjernihkan hubungannya dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bagi mewujudkan keadaan saling hormat-menghormati.

Abdul Khalid berkata, apa yang menjadi keutamaan adalah rakyat memberi sokongan kepada parti pemerintah dan pemimpin itu pula dapat menyumbang kepada pembangunan negeri.

"Politik memang terbuka. Jadi tidak menjadi satu masalah. Dalam politik kita sekarang perlu menimbulkan suasana hormat-menghormati satu sama lain.


"Politik ini bukan akhirnya. Politik satu usaha supaya satu kumpulan mendapat sokongan rakyat untuk diberikan kuasa memerintah. Jadi orang yang dipilih boleh menyumbang kepada kejayaan negeri," katanya ketika ditemui media di majlis meraikan peminat bola sepak Selangor di Shah Alam, hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid termasuk mengenai bajet kerajaan negeri yang disifatkannya kurang diperuntukkan kepada rakyat.

Katanya, adalah satu perkara yang sia-sia bagi kerajaan negeri Selangor berjaya meningkatkan rizab kepada RM2.7 bilion tetapi rakyat tidak dapat merasainya.

"Apa makna ada rizab besar, kalau jalan masih berlubang, kalau sampah tidak dipungut, banjir masih berulang, kalau cerun masih alami kejadian tanah runtuh, kalau masalah denggi masih tertinggi dalam negara," katanya.

Abdul Khalid ketika ditemui menafikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang akan menyelesaikan pertelingkahannya bersama Azmin.

Katanya, perkara itu sememangnya tiada dalam strategi PKR tetapi kehadiran Anwar adalah sebagai mengisi kekosongan di DUN Selangor.

"Itu tiada dalam strategi kita. Sebenarnya tujuan kemasukan Anwar adalah sebagai penelitian seorang Adun. Dalam masa begitu singkat, kita perlu mencari orang yang senang dapat diketengahkan untuk bertanding di Selangor,” katanya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketika ditemubual The Malaysian Insider berkata, pencalonan Anwar sebagai wakil Pakatan Rakyat (PR) di DUN Kajang merupakan serampang dua mata iaitu menstruktur semula pentadbiran negeri dan pada masa sama menjernihkan hubungan Abdul Khalid dan Azmin.

Katanya, dengan terpilihnya Anwar sebagai Adun Kajang kelak, hubungan Abdul Khalid dan Azmin dapat dijernihkan selain Anwar dapat menjadi pemantau kepada kerajaan negeri.

Menyentuh isu kenyataan bekas setiausaha politik Abdul Khalid, Faekah Husin dalam laman sosial Twitter, beliau berkata, apa yang dilontarkan Faekah itu bukan datang daripadanya dan menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak rasmi.

Katanya, apa jua yang akan diumumkannya berkaitan urusan kerajaan negeri akan dibuat melalui kenyataan akhbar.

“Percakapan melalui internet bukan kenyataan rasmi. Ramai orang menggunakan ini. Saya akan buat kenyataan akhbar dan kenyataan bertulis untuk apa pendirian negeri dan saya dalam hal ini.

“Kita tidak boleh menggunakan (kenyataan) itu sebagai satu usaha menaik atau menjatuhkan orang lain. Usaha itu mungkin mencetuskan kemarahan dan rasa tidak percaya,” katanya.

Faekah sebelum ini dalam laman Twitternya menulis, "Yang mengejar bernafsu besar, yang mengendong patutkah berjiwa besar?".

Difahamkan kenyataan itu dikeluarkan selepas timbul ura-ura Anwar akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Abdul Khalid berikutan peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh.

Di majlis itu juga, Abdul Khalid ditanya mengenai status siasatan dua bekas pengurusan tertinggi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dipindahkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

Beliau berkata, seorang pegawai khas bebas daripada pejabat SUK diarahkan untuk melakukan pemantauan dan bukannya setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

“Sekarang mereka di bawah jagaan pejabat SUK dan diletakkan seorang pegawai khas bebas untuk mengendalikan pentadbiran. Ini kerana setiausaha juga dikatakan namanya terlibat dalam hal ini.

“Oleh itu, untuk menunjukkan tiada percanggahan kepentingan, kita tidak meminta setiausaha mengendalikannya,” katanya yang mengenakan jersi pasukan bola sepak Selangor hari ini.

Bulan lalu, bekas Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan bekas setiausaha kerja perbadanan itu, Norita Mohd Sidek ditukarkan serta-merta ke pejabat SUK dan dilarang menghadiri mensyuarat ahli lembaga pengarah PKNS.

Abdul Khalid sebelum ini memaklumkan Khusrin diberi masa dua minggu untuk membuat siasatan terhadap Othman dan Norita membabitkan kes surat penamatan perkhidmatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS bertarikh 8 Januari lalu.

Norita dalam kenyataan balasnya mendakwa kuasa lantikan ahli perbadanan itu terletak di tangan exco.

Norita berkata, PKNS memaklumkan kepada Azmin mengenai penamatan jawatannya melalui sepucuk surat bertarikh 8 Januari.

"Tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan pada 4 Disember 2013.

"PKNS ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli perbadanan adalah di tangan exco dan bukan di tangan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS," katanya.

Mohammed Khusrin juga memaklumkan Azmin kekal digugurkan daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS dan tidak akan dilantik kembali.

Katanya, surat Othman pada 16 Januari lalu yang mengatakan PKNS menarik balik pengguguran tersebut adalah tidak benar.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa sebenarnya yang hendak merasai duit negeri Selangor RM2.7 billion kalau bukan Azmin dengan kuncu-kuncunya? KOAA - Kick Out Azmin Ali

Masalah besar akan timbul lagi apabila PR menang PRU14 dan Azmin Ali ialah Ahli Parlimen. Pasti dia mahu jawatan yang bukan -bukan.

PAK JHONATANG DI MALAYSIA berkata...

WASSALALUMU AKAIKUM WARAHMATULLAHO WABARAKATU..
KAMI INI DARI MALAYSIA DAN NAMA AWA PAK JHONATAN-
MALALUI MEDIA INTERNET KAMI HANYA INGIN MENGUCAPAKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA KI DARMO-ATAS BANTUANNYA MELALUI PEMBERIAN NGKA GHOIB TOGEL MALAYISA BERHASIL SAYA MENANGKAN 200 LEMBAR WALAUPUN AWALNYA KAMI RAGU AKAN PEMBERIAN ANGKA GHOIB INI ,TERNYATA ANGKANYA BENAR BENAR TEMBUS KAMI DAPAT BANYAK DARI BANDAR TOGEL ,DENGAN PUJI SYUKUR KEPADA TUHAN YANG MAHA KUASA SAYA MENGUCAPAKN BANYAK BANYAK TERIMAH KSIH KEPADA YANG DI ATAS DAN SAMA AKI DARMO ATAS BANTUANYA...
JIKA ANDA INGIN MENANG TOGEL SPERTI KAMI SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG KI DARMO DI NOMOR TELPON 082-310-142-255- ATAU SILHKAN KUNJUGI BLOG AKI DARMO DENGAN CARA KETIK - http://suhuacay.blogspot.com-DAN AKI DARMO MENJUAL BELIKAN TUYUL YANG MEDATANGKAN UANG BANYAK…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...