31 Januari 2014

PEMUDA PAS SELANGOR BUAT KERJA GILA ...TINDAKAN SEPERTI MACAI UMNO !!!

"Kerja gila jika PKR buat tanpa persetujuan PAS dan DAP. Mereka (pemuda PAS Sgor) yg membelakangkan pimpinan mereka". -Rafizi

"Kalau anda rasa ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami! Kami sedia dihukum" - Rafizi

Pautan kekal imej terbenam

Rafizi Ramli menjawab soalan dan meminta maaf kepada rakyat sambil menitiskan air mata

ULASAN DARI NAIB PRESIDEN PAS:

Dalam suasana getir, PAS hulur semangat setiakawan kepada Anwar, kata Salahudin



Sokongan PAS kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Kajang adalah semangat setiakawan, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. 

Tindakan PAS memberikan sokongan penuh kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah untuk menunjukkan semangat setiakawan ketika parti rakannya itu sedang menghadapi masalah.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu kenyataannya hari ini berkata:"Adalah penting di saat-saat sukar begini PAS terus dilihat sebagai rakan yang setia dalam persahabatan."

Kenyataan ini dibuat Salahudin ketika pelbagai kenyataan dibuat oleh pemimpin muda PAS bagi membantah apa yang belaku berikutan peletakan jawatan Adun Kajang.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairudin Othman, berkata PAS Selangor akan menghantar calonnya sendiri jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan dan kenyataan itu menjadi tajuk muka depan akhbar harian.


Kenyataan Nasrudin Hassan iaitu bekas ketua pemuda PAS (yang dibuat atas nama ahli PAS Indera Mahkota), Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Sany Hamzan; serta ketua Pemuda PAS Selangor dan Gombak tidak mendapat tempat dalam media tetapi memberikan lambang besar terhadap apa yang berlaku di kalangan akar umbi.

Kenyataan seorang AJK Pemuda PAS Selayang, Zuhdi Mat Piah yang mengungkit cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, allahyarham Harun Taib agar tahaluf siasi dengan PKR dikaji sangat menarik dalam situasi dan mood yang ada di kalangan ahli PAS sekarang
.


Ia melambangkan sikap sesetengah ahli dan penyokong PAS bahawa mereka sangat kesal dengan apa yang berlaku.

Salahudin menyertai sidang media Pakatan Rakyat semalam ketika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon Pakatan di Kajang.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan peletakan jawatan Adun PKR, Lee Chin Cheh. Tindakan ini menimbulkan kemarahan akar umbi Pakatan termasuk sebahagian ahli PAS.

Sehubungan itu, penyertaan Salahudin dalam sidang media pengumuman Anwar sebagai calon Kajang secara tidak langsung tidak disenangi oleh sebahagian ahli PAS.

Salahudin sedar hal ini apabila berkata:"Isu ini mencetuskan reaksi yang sangat kontroversi tidak seperti pilihan raya kecil sebelum ini kerana amat sukar untuk memahamkan rakyat biasa tentang isu dalaman parti khususnya.

"Rakyat begitu marah dan keadaan ini pastinya meletakkan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang begitu sukar dan memerlukan sokongan dan dukungan.

"Dalam keadaan seperti ini saya rasa pastinya PAS terus menunjukkan sikap jiwa besarnya untuk menghulurkan tangan bagi membantu apa saja cara dan pendekatan untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat mempertahan kerusi DUN Kajang," kata Salahudin dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, sekiranya PAS tidak berpuas hati dengan beberapa isu dan masalah dalaman yang melibatkan Pakatan Rakyat, PAS akan menggunakan saluran sewajarnya untuk menyatakan sikap dan pendirian.


KENYATAAN TERKINI DARI K.PEMUDA PAS PUSAT :

"Pemuda Pas tetap komited untuk membantu memenangkan calon PR.

"Mungkin kita tidak bersetuju pada perletakan jawatan, tapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas dari genggaman PR," tulisnya dalam laman Facebooknya. - Ibid.

Nasib baik la Syuhaizan yang menang jawatan Ketua Pemuda PAS dalam pertandingan 3 penjuru hari tu, kalau la Kamaruzzaman yang menang tentu punya kenyataan dia lebih kurang sama kalau pun tak lebih keras dari kenyataan Pemuda PAS Selangor.

Aku tak yakin Kamaruzzaman yang begitu 'teguh prinsip' akan peduli dengan kenyataan Salahuddin Ayub dan Mat Sabu.

Memang sangat-sangat tak kena kalau tiba-tiba ketua Pemuda PAS bernada songsang berbanding kenyataan Timbalan Presiden dan kenyataan Naib Presiden.

Cantiknya kenyataan Ketua Pemuda PAS ni bila Sinarharian juga melaporkan Syuhaizan berkata:

"Pemuda Pas tetap komited untuk membantu memenangkan calon PR.

"Mungkin kita tidak bersetuju pada perletakan jawatan, tapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas dari genggaman PR," tulisnya dalam laman Facebooknya. - Ibid.

Maksud aku, tak tepat la kalau ada yang kata ketua pemuda PAS ni jadi balachi Anwar dan PKR. Bab letak jawatan dia tak setuju tapi mamat cina tu dah pun letak jawatan, mana boleh nak tarik balik.

Bab Anwar jadi calon PRK N45 Kajang tu pun tak berbangkit sangat untuk PAS pertikaikan, ikut suka PKR la nak letak sapa pun pasai kerusi tu kerusi depa, lagi pun Lin Chen Cheh tu bukan lompat parti, dia cuma letak jawatan.

Kecuali la kalau Anwar memang tak layak dari segi peraturan untuk jadi calon PRK Kajang tu ataupun Anwar terbukti memang seorang penjual pil kuda contohnya, ada la jugak sebab untuk Pemuda PAS protes atas asas pertimbangan kalah menang.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Eloklah tu, tunjukkan kekuatan anda semua wahai pemuda PAS, biar berkecai pakatan PR, biar lebur semua,puas hati kalian.

Lebih elok lagi kalau bekerjasama dengan KJ. Hancurkan PR, jangan bekerjasama dengan orang-orang PKR. Anda akan berjaya kalau berada di luar pakatan. Buktinya telah ada semasa kalian belum bekerjasama dlm PKR kalian telah memerintah hampir semua negeri di Malaysia ni.

Tahniah !!!

sudah tahu berkata...

Tepat! Mereka yang menentang hatta pimpinan mereka sendiri adalah mereka yang amat Arif dalam berpolitik. Hasilnya mereka sudah "memimpin" dan ada yang sudah bergelar YB. "Tahniah" atas apa yang telah mereka zahirkan. Kami telah mengenal mana itu tuan guru @ ustaz mana itu penghafal kitab.

Tanpa Nama berkata...

Saki baki UG penjilat Asan Akidah! Kah kah kah..

Tanpa Nama berkata...

Janganlah hal diranjang bersama isteri hebohkan diluar...berbincang secara beriman dgn istri masalah dalaman tu...sbb diluar tu malaun malaun sedang menanti mencedok air yg keroh tu....harap pemuda pas faham ye....jgan jadi kangkong bapak sebelah tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...